Pengenalan |
Kemerosotan kognitif ringan adalah kemerosotan sama ada dari segi ingatan, bahasa, pemikiran atau pertimbangan yang lebih serius daripada masalah sukar mengingat atau lupa yang biasa berlaku dalam proses penuaan namun tidak menjejaskan aktiviti kehidupan harian warga emas tanpa perlu pergantungan pada orang lain. |
Faktor risiko |
Faktor-faktor risiko utama bagi kemerosotan kognitif ringan adalah seperti berikut:
Walau bagaimanapun, faktor-faktor risiko lain yang berkaitan dengan demensia atau nyanyuk tidak dapat dibuktikan menyumbang kepada risiko untuk mengalami kemerosotan kognitif ringan. |
Gejala dan tanda |
Antara tanda-tanda dan gejala kemerosotan kognitif ringan adalah:
Walau bagaimanapun, tanda-tanda dan gejala-gejala di atas adalah dalam bentuk yang lebih ringan dan individu yang masih boleh melakukan aktiviti harian tanpa perlu bergantung pada orang lain. |
Diagnosa |
Diagnosis kemerosotan nilai kognitif ringan dibuat jika orang yang memenuhi kriteria berikut:
Ujian darah dan pengimejan otak boleh dijalankan untuk menentukan kemerosotan kognitif ringan bukan disebabkan oleh kecederaan otak atau penyakit perubatan. |
Implikasi diagnosa kemerosotan kognitif ringan |
Individu yang didiagnosa dengan kemerosotan kognitif ringan mempunyai peningkatan risiko untuk mengalami Penyakit Alzheimer pada kadar 10% hingga 15% setahun. Bagi sesetengah individu, kemerosotan kognitif ringan mungkin tidak menjadi demensia kerana ia boleh pulih kembali atau kekal stabil. |
Rawatan |
Rawatan untuk kemerosotan kognitif ringan adalah lebih menjurus kepada intervensi tanpa ubatan. Intervensi yang dimaksudkan adalah:
Buat masa ini, masih belum ada lagi ubatan yang disyorkan untuk merawat kemerosotan kognitif ringan. |
Langkah Pencegahan |
Walaupun bukti mengenai pencegahan kemerosotan kognitif ringan tidak dapat memberi kesimpulan, gaya hidup sihat akan menggalakkan kesihatan kognitif yang lebih baik dan harus digalakkan untuk warga emas. Contoh gaya hidup sihat yang boleh menggalakkan kesihatan kognitif yang baik adalah:
|
Strategi untuk individu bagi membantu menampung masalah kemorosotan kognitif ringan |
Ini adalah sebahagian strategi untuk membantu individu yang menghadapi kemerosotan kognitif yang sederhana:
|
Apa yang ahli keluarga perlu lakukan jika seseorang dalam keluarga mengalami masalahkemerosotan kognitif ringan? |
Individu yang mengalami kemerosotan kognitif ringan masih mampu untuk melakukan aktiviti harian dengan sendiri tanpa pergantungan sungguhpun mereka ada mengalami masalah kognitf ringan. Ahli-ahli keluarga perlu memberi galakan, sokongan dan membantu individu yang mengalami kemerosotan kognitif ringan untuk kekal berfungsi tanpa perlu bergantung dengan orang lain. Jika ada ahli keluarga anda yang mengalami masalah kemerosotan kognitif ringan, anda perlu:
|
Rujukan:
- Alzheimer Society of Canada. Mild Cognitive Impairment. Diambil pada Mac 13, 2017 daripada http://www.alzheimer.ca/~/media/Files/national/Other%20dementias/other_dementias_MCI_e.pdf”>http://www.alzheimer.ca/~/media/Files/national/Other dementias/other_dementias_MCI_e.pdf
- Center for Gerantology. Mild Cognitive Impairment: What Do We Do Now? Diambil pada Mac 13,2017 daripada http://www.gerontology.vt.edu/docs/Gerontology_MCI_final.pdf”>http://www.gerontology.vt.edu/docs/Gerontology_MCI_final.pdf
- Cognitive Neurology and Alzheimer’s Disease Center of Northwestern University Feinberg School of Medicine. Mild Cognitive Impairment. Diambil pada Mac 13, 2017 daripada http://www.brain.northwestern.edu/pdfs/Disease%20Summaries/mci.pdf”>http://www.brain.northwestern.edu/pdfs/Disease%20Summaries/mci.pdf
- Mayo Clinic. Mild Cognitive Impairment. Diambil pada Mac 14, 2017 daripada http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mild-cognitive-impairment/manage/ptc20206212″>http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mild-cognitive-impairment/manage/ptc20206212
- Petersen, R.C., Smith, G.E., Waring, S.C., Ivnik, R.J., et al.(1999). Mild Cognitive Impairment: Clinical Characterization and Outcome. Archive Neurology, 56, 303- 308.
- Petersen, R.C.(2004). Mild Cognitive Impairment as a Diagnostic Entity. Journal of Internal Medicine, 256, 183-194.
- Petersen, R.C., Caracciolo, B., Brayne, C., Gauthier, S.et al(2014). Journal of Internal Medicine, 275, 214-228.
Semakan Akhir | : | 29 Mei 2017 |
Penulis | : | Dr. Layuza bt. Aliasad |
Akreditor | : | Dr. Chin Loi Fei |