Pengenalan
Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga tua. 25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun dikenalpasti menghidap kemurungan. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi murung. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial.
Kemungkinan anda untuk menjadi murung akan meningkat bila anda mempunyai faktor berisiko seperti:
- Golongan wanita
- Sejarah keluarga yang mengalami kemurungan
- Menjadi janda/duda
- Kemiskinan
- Kemerosotan kesihatan fizikal
- Mengalami penyakit kronik
- Tiada/ Kurang jalinan sokongan sosial
- Mengalami peristiwa hidup yang berat seperti kehilangan orang yang disayangi atau ditimpa musibah
- Bersara
- Pengambilan ubat-ubatan seperti
- Methyldopa
- Diuretics
- Cimetidine
- Indomethacin
Tanda dan gejala
Anda berkemungkinan mengalami kemurungan bila anda mengalami tanda-tanda berikut
- Berasa sedih sepanjang hari yang melebihi 2 minggu
- Mudah tersinggung, merajuk atau menjadi cepat marah
- Hilang minat atau rasa seronok terhadap aktiviti yang biasanya mengembirakan anda
- Berasa penat/ letih lesu sepanjang masa
- Hilang keyakinan pada diri
- Sering mengalami perasaan bersalah
- Kerap memikirkan tidak mahu meneruskan lagi kehidupan harian
- Mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap kerja atau perbualan
- Susut berat badan akibat kurang selera makan
- Gangguan tidur atau tidak puas tidur
- Kerap berasa was-was
Anda boleh juga menjawab soalan berikut untuk mengetahui samada anda mengalami kemurungan. Skala Kemurungan Wargatua
Komplikasi bila kemurungan tidak ditangani dengan baik
- Keinginan/ kecenderungan untuk membunuh diri
- Kesengsaraan yang kronik
- Hilang ingatan
Merawat kemurungan
- Kaunseling dan terapi psikologikal
- Pendekatan kerohanian Penggunaan ubat khusus anti kemurungan
- Dalam kes kemurungan yang teruk penggunaan rawatan seperti Terapi Electrokonvulsif juga boleh membantu.
Minta nasihat dari doktor anda
Langkah Pencegahan
- Kekalkan gaya hidup aktif
- Kembangkan minat/ hobi dalam mengisi masa lapang
- Amalkan tabiat pemakanan yang baik
- Bersenam selalu
- Kekalkan tabiat tidur yang baik
- Urus tekanan dengan berkesan
- Bersikap realistik terhadap perubahan hidup
- Berfikiran positif melalui cabaran hidup
Langkah Pemulihan
Proses pemulihan dari kemurungan bertujuan untuk:
- Memperelokkan semula aktiviti harian anda
- Meningkatkan kemahiran sosial
- Mengurangkan rasa terasing
Kumpulan Sokongan
Pusat Pesara Kerajaan (http://www5.jaring.my/gem/social.htm#Society)
Majlis Pusat Kebajikan Malaysia
Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
Gerantology Association of Malaysia (http://www3.jaring.my/gem)
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Suraya binti Yusoff |
: | Dr. Susy Mathew | |
: | En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid | |
Penyemak | : | Dr. Zarina Bt. Zainan Abidin |