A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kepintaran & IQ

Apakah Kepintaran?

Kepintaran bermakna seseorang boleh hidup dengan :

  • Menyesuaikan diri sewajarnya dengan persekitaran
  • Mempelajari konsep dan idea-idea baru
  • Menyelesaikan masalah

Kepintaran merangkumi kombinasi pelbagai kemahiran untuk hidup secara berkesan:

  • Kemahiran fizikal: Kemahiran pergerakan seperti kemahiran motor
  • Kemahiran mental: Kemahiran memori, pengetahuan, penyelesaian masalah dan ketangkasan memproses maklumat
  • Kemahiran tingkah laku seperti kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran akademik
  • Kemahiran kehidupan seharian

 

Berapakah jenis kepintaran?

Terdapat pelbagai teori yang cuba menjelaskan perbezaan kepintaran seseorang.

Kajian awal oleh Francis Galton menunjukkan bahawa mereka yang berjaya dalam bidang intelek tertentu akan turut berjaya dalam bidang yang lain.

Ini menunjukkan kepintaran jenis umum.

Charles Spearman meneruskan usaha Galton dan kajian beliau merumuskan bahawa manusia mempunyai kedua-dua jenis kepintaran umum dan khusus.

Sebaliknya Howard Gardner pula berdasarkan kajiannya mencadangkan bahawa manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran yang boleh dikategorikan kepada 7 kumpulan utama, iaitu:

  • Kepintaran Muzik
    • Contoh: ahli muzik
  • Kepintaran Kinestetik atau pergerakan badan
    • Contoh: ahli sukan atau penari
  • Kepintaran Logik Matematik
    • Contoh: saintis, pencipta atau ahli matematik
  • Kepintaran Bahasa
    • Contoh: penulis atau ahli bahasa
  • Kepintaran “Spatial”
    • Contoh: pelayar, arkitek, artis atau pemandu pelancong
  • Kepintaran “Interpersonal”
    • Contoh; pakar sakit jiwa, pakar psikologi atau kaunselor
  • Kepintaran “Intrapersonal”
    • Contoh; ahli falsafah, pakar sakit jiwa atau pakar psikologi
  • Kepintaran Rohani
    • Contoh; imam, sami atau pendakwah

 

Dari manakah punca kepintaran?

Kebanyakan kajian merumuskan bahawa kepintaran adalah kombinasi fakta keturunan dan persekitaran.

 

Kenapakah manusia mempunyai kepintaran yang berbeza?

Tahap kepintaran seseorang individu berbeza dan ia ditentukan oleh:

  • Kemahiran berfikir dan membuat pertimbangan
  • Asuhan semasa kecil dan interaksi sosial
  • Faktor baka

Oleh kerana setiap individu mengalami perbezaan dalam faktor-faktor di atas, maka tahap kepintaran setiap individu juga berbeza..

 

Adakah kepintaran berubah apabila seseorang membesar?

Kepintaran kita biasanya stabil di antara umur 25 dan 60 tahun.

Biasanya pengetahuan kita kekal selepas 60 tahun, tetapi keupayaan untuk mendapat kemahiran baru mungkin mengambil masa lebih lama apabila kita semakin berusia..

 

Tanda dan Gejala

Bagaimanakah mengukur kepintaran?

Kepintaran boleh diukur. Terdapat alat dan teknik tertentu untuk menentukan tahap kepintaran seseorang.

Ianya digunakan oleh anggota profesional terlatih. Alat tersebut boleh dibuat dalam bentuk ujian aptitud atau ujian pencapaian.

Ujian Pencapaian:

  • Mengukur tahap pengetahuan atau kompetensi seseorang dalam bidang tertentu
  • Menganggap kepintaran adalah kapasiti mental yang boleh diukur melalui analisa pencapaian ujian mental (contoh; ujian IQ)

Ujian aptitud:

  • Mengukur potensi seseorang untuk mempelajari sesuatu tugasan khusus
  • Ia mengandaikan bahawa kemahiran semasa seseorang boleh meramal pencapaian sesuatu tugasan khusus pada masa hadapan

 

Apakah itu IQ?

IQ adalah singkatan kepada “Intelligence Quotient”. “Quotient” bermaksud suatu ukuran piawai. Oleh itu, IQ adalah suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran. Ujian IQ adalah alat mengukur kepintaran yang biasa diguna pakai.

  • Biasanya IQ dikira sebagai Umur Mental/Umur Kronologi X 100
  • IQ dinilai berdasarkan skor seseorang
  • Kebanyakan orang mempunyai skor IQ di antara 70 – 130
  • IQ sederhana adalah sekitar 100

 

Apakah yang diuji melalui Ujian IQ?

Pelbagai ujian telah dicipta untuk mengukur kemahiran berkaitan pembelajaran dan umur mental kanak-kanak. Ujian ini biasanya mengukur:

  • Kemahiran pertimbangan tanpa lisan (“Nonverbal reasoning skills”)
  • Kemahiran lisan
  • Pengetahuan

 

Bagaimanakah skor IQ dapat membantu?

Biasanya skor IQ dapat meramal pencapaian akademik Walau bagaimanapun Skor IQ tidak dapat menerangkan indeks lebar kepintaran.

 

Apakah pengertian skor IQ?

Panduan umum maksud skor IQ adalah seperti di bawah :

  • 130 ke atas – Kepintaran unggul
  • 110-120 – Kepintaran sederhana tinggi
  • 90-110 – Kepintaran sederhana
  • 70-90 – Kepintaran sederhana rendah
  • Di bawah 70 – Terencat akal

Perlu diingatkan, ujian IQ tidak mengukur kemahiran penyesuaian diri secara menyeluruh.

Contohnya, seseorang yang mempunyai IQ 130 mungkin tidak mempunyai kemahiran sosial.

Manakala seseorang yang mempunyai IQ di bawah paras sederhana mungkin mempunyai kemahiran sosial yang baik.

 

Apakah fakta lain yang ada hubung kait dengan kepintaran?

Kreativiti

  • Keupayaan menghasilkan idea-idea asli dan baru yang boleh diukur melalui beberapa cara

Kepintaran Emosi, EQ

  • Keupayaan menilai, memahami dan meluahkan perasaan
  • EQ tinggi = Empati tinggi

Kepintaran Kerohanian, SQ

  • Keupayaan untuk memahami diri sendiri dari aspek perkembangan rohani dan menggunakannya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran

 

Komplikasi

Isu-isu berkaitan kepintaran

Biasanya kepintaran dikaitkan dengan pencapaian akademik dan pengetahuan sahaja. Ini menjadi satu isu apabila kemahiran “adaptif” diri yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran hidup dan kemahiran bersosial tidak diambil kira.

Kepintaran adalah konsep sosial yang secara umum digunakan untuk mereka yang berpengetahuan luas dan mempunyai status akademik yang baik. Mereka yang tidak digolongkan dalam kategori ini, mungkin dilabelkan sebagai kurang pintar.

Biasanya golongan yang sering tersalah label sebagai mempunyai kepintaran rendah termasuklah mereka yang:

  • Tidak menarik
  • Kurang upaya
  • Menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar
  • Berat badan yang berlebihan atau gemuk
  • Dilabel dengan sikap negatif seperti pemalas dan jahat
  • Didiagnosis sebagai mempunyai masalah pembelajaran seperti “disleksia” atau “hiperaktif”
  • Miskin
  • Tidak berjawatan tinggi
  • Tidak berpakaian kemas
  • Pendiam

 

Apakah yang boleh mempengaruhi skor IQ?

  • Emosi
  • Motivasi
  • Pemahaman bahasa
  • Kecederaan otak
  • Kecacatan fizikal
  • Gangguan “sensori”

 

Rawatan

Bagaimana IQ boleh ditingkatkan?

Mempelajari kemahiran yang meliputi semua aspek kepintaran dan tingkah laku “adaptif”.

  • Kemahiran akademik
    • Contoh: pengetahuan atau logik
  • Kemahiran berkomunikasi
    • Contoh: mendengar, meluah atau menulis
  • Kemahiran hidup seharian
    • Contoh: penjagaan diri, kemahiran domestik, kemahiran komuniti, penyelesaian masalah atau keselamatan
  • Kemahiran bersosial
    • Contoh: berkawan atau kemahiran bermain
  • Kemahiran pergerakan

 

Pencegahan

Bagaimana saya mencegah kemerosotan kemahiran untuk membuat pertimbangan apabila usia meningkat?

Teruskan merangsang minda anda dengan melakukan aktiviti penyelesaian masalah serta sentiasa mencari pengalaman baru.

 

Rehabilitasi

Bagaimana mengatasi kekurangan kepintaran?

Dapatkan bantuan ahli profesional yang boleh melakukan penilaian formal untuk menentukan sejauh mana kekurangan kepintaran seseorang.

Dapatkan cadangan ahli profesional tentang latihan dan aktiviti baik pulih.

 

Had-had Ujian IQ

  • Ujian IQ mempunyai had-had tersendiri
  • Ujian I! tidak boleh menerangkan bagaimana seseorang melihat sesuatu dan memahami sesuatu
  • Ia kadangkala tidak tepat
  • Ujian IQ tidak boleh menerangkan mereka yang mempunyai fikiran abstrak
  • Ujian IQ perlu dilakukan dengan informasi yang cukup mengenai mereka yang menjalani ujian IQ tersebut seperti bahasa yang digunakan, tahap persekolahan, keadaan emosi dan sebagainya.
  • Banyak perkara akan mempengaruhi keputusan ujian IQ seperti:
  • Bahasa
  • Kebimbangan untuk menjalani ujian
  • Keadaan persekitaran (contohnya: peluang untuk ke sekolah, kemiskinan)

 

Kumpulan sokongan

Anggota profesional yang boleh membantu termasuklah:

  • Pakar Psikologi Klinikal
  • Ahli Psikologi Pendidik
  • Ahli Psikologi Perkembangan
  • Ahli Neurofisiologi Klinikal
  • Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja
  • Guru Pendidikan Khas
  • Guru
  • Kaunselor

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr. Norharlina bt. Bahar

 

Artikel Berkaitan

Bulimia Nervosa

Apakah Bulimia Nervosa? Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

Jangkitan Saluran Kencing

Kuman yang menyebabkan jangkitan salur kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,132

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia