A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Alam Sekitar
  6. /
  7. Kepentingan Penggunaan Perangkap Minyak...

Kepentingan Penggunaan Perangkap Minyak (Grease Trap) di Premis Makanan.

Pengenalan

Pada masa kini, pencemaran sungai telah menjadi satu masalah yang serius di Malaysia. Lazimnya pencemaran ini adalah berpunca dari aktiviti yang dijalankan oleh manusia sendiri. Antara punca yang telah dikenalpasti adalah pelepasan sisa makanan, minyak atau gris dari premis makanan ke dalam air sungai. Merujuk kepada kajian lembangan sungai yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK- 8) dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), salah satu penyumbang utama pencemaran sungai yang dikenalpasti adalah air limbah dari premis makanan (Rancangan Malaysia Ke Sembilan, 2006). Kandungan air limbah dari premis makanan mengandungi kuantiti lemak, minyak dan sisa makanan yang agak tinggi yang berpunca dari aktiviti memasak, mencuci bahan makanan dan peralatan memasak.

Bagi mengatasi masalah pencemaran air sungai, negara-negara maju sudah lama memperkenalkan perangkap minyak dan mengenakan syarat pemasangannya di premis makanan. Perangkap minyak adalah sejenis alat yang dipasang di premis makanan untuk mengasingkan sisa makanan dan minyak dari air limbah. Ini bertujuan bagi menapis air limbah dari premis tersebut sebelum air disalurkan ke dalam sistem pembentungan. Pemasangan perangkap minyak di premis makanan merupakan langkah yang paling praktikal dalam menangani masalah pencemaran air sungai dari sisa makanan, minyak dan gris. Terdapat dua jenis perangkap minyak di pasaran yang pertama jenis komunal yang dipasang untuk menampung bagi beberapa premis makanan dan yang kedua adalah jenis individu bagi yang dipasang bagi setiap premis. Kapasiti prangkap minyak adalah mengikut kuantiti air limbah yang terhasil. Bahan yang digunakan bagi membina perangkap minyak, adalah konkrit bagi jenis komunal dan stainless steel atau fiber glass bagi jenis individu.

1

Rajah 1 : Komponen asas perangkap minyak

1          –           Paip inlet ke perangkap minyak
2.         –           Penapis (bakul) jenis stainless steel/ plastic
3.         –           Dinding pemisah baffle jenis konkrit/stainless steel/ fiberglass
4.         –           Penutup perangkap minyak jenis konkrit/stainless steel /fiberglass
5.         –           Outlet chamber
6.         –           Paip outlet ke longkang/ sistem pembentungan

Air limbah dari sinki, tempat masak dan tempat membasuh disalurkan ke dalam perangkap minyak melalui paip inlet. Sisa makanan yang terkandung dalam air limbah ini  akan tersangkut pada penapis dan air serta minyak akan mengalir ke bahagian tengah melepasi dinding baffle pertama.  Memandangkan minyak lebih ringan dari air, maka minyak akan terapung di bahagian atas manakala air duduk di bahagian bawah.  Paras air dalam perangkap minyak pada setiap masa adalah mengikut paras outlet paip di outlet chamber. Setiap kali air limbah masuk, air akan mengalir melepasi di bahagian bawah dinding baffle dan air berlebihan akan keluar melalui paip outlet  ke sistem pembentungan atau ke longkang awam.  Sisa makanan yang terperangkap perlu di kutip setiap hari dan bakul penapis di bersihkan.  Minyak yang kumpul di bahagian atas di perangkap minyak akan beku dan perlu dibersihkan dari masa ke masa.  Cara untuk melupuskan kedua-dua sisa ini adalah dengan  dimasuk ke dalam karung plastik dan dilupuskan sebagai sisa dapur.

Rujukan

  1. Garis Panduan Pemasangan Perangkap Minyak. (n.d.). Jabatan Kerajaan Tempatan. Diambil dari http://ope.kpkt.gov.my/ope/upload/topik/V.10-GPGT%20FINAL.pdf
  2. Grease Trap. (n.d.). Wikipedia Online. Diambil dari https://en.wikipedia.org/wiki/Grease_trap
  3. Rancangan Malaysia Ke Sembilan. (2006). Menggalakkan Penjagaan Alam Sekitar (Bab 22). Diambil daripada http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab22.pdf
  4. What Is A Grease Trap?. (2015). Thermaco. Diambil dari https://thermaco.com/resources/what-is-a-grease-trap
Semakan Akhir : 27 Mei 2016
Penulis : Somasundram a/l R. Vethiah
Akreditor : Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,084

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia