Pengenalan
Terdapat beberapa ubatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mulut.. Riwayat perubatan yang menyeluruh adalah amat penting bagi pengamal pergigian untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi termasuklah kesan ubatan pada kesihatan mulut seseorang pesakit.. Kesan sampingan yang biasa ditemui dalam tisu mulut adalah gusi berdarah, pembengkakan gusi, mulut kering dan reaksi tisu lembut.
Ubat-ubatan yang mempengaruhi gusi
- Ubat Pencair Darah (anticoagulant) (Aspirin, Warfarin, Heparin)
Kesan: Pendarahan gusi
Mudah berdarah dan pendarahan berterusan adalah beberapa kesan sampingan banyak ubat pencair darah termasuk aspirin. Ubat pencair darah seperti warfarin dan heparin biasa digunakan untuk individu yang berisiko mendapat serangan sakit jantung atau strok. Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan masalah pendarahan semasa rawatan gusi.
- Ubat sawan, Ubat Penindas Imun (Immunosuppressants) dan Ubat darah tinggi
Kesan: Pembengkakan gusi
Pembengkakan atau pembesaran gusi mungkin dialami oleh pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk sawan (Phenytoin), darah tinggi (calcium-channel blockers – Nifedipine, Verapamil, Diltiazem, Amlodipine) atau pemindahan organ (Cyclosporine).
- Antihistamin (Antihistamines), Dekongestan (Decongestants), Anti-kemurungan (Antidepressants), Ubat tahan sakit (Painkillers), Ubat darah tinggi (Anti-hypertensive), Pengendur Otot (Muscle relaxants), Ubat tahan kencing (Urinary incontinence), Ubat untuk Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease), Agen Kemoterapi (Chemotherapy agents)
Kesan: Mulut kering
Mulut kering atau xerostomia adalah keadaan di mana pesakit mengalami kekurangan air liur.
Keadaan ini akan boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan gusi dan meninggikan risiko untuk penyakit gusi dan juga kerosakan gigi.
- Anti-hypertensive agents, Immunosuppressive agents, oral contraceptives, some chemotherapeutic agents
Kesan: Ulser (Pecah mulut)
Ubat-ubatan seperti diatas telah dikaitkan dengan pembentukan rekah mulut, keradangan atau pertukaran warna tisu lembut dalam mulut.
Gambar Klinikal
|
||
Gusi Berdarah
|
|
Pembesaran Gusi akibat ubat cyclosporine
|
|
|
|
Ulser
|
Peranan Pesakit
- Maklumkan doktor pergigian anda mengenai riwayat perubatan anda dan apa-apa ubatan yang anda ambil atau gunakan.
- Amalan kebersihan mulut yang baik untuk meminimakan/menghindarkan kesan sampingan ubat-ubatan ke atas gusi
- Jika ada perubahan atau tambahan pada ubat yang diberikan, sila bertanya doktor atau ahli farmasi berkenaan segala kesan sampingan yang mungkin berlaku dan maklumkan kepada doktor gigi anda.
Semakan Akhir | : | 3 Jun 2014 |
Penulis | : | Dr. Uma Subramaniam |