A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Tanda & Gejala
  6. /
  7. Kesukaran Untuk Menelan

Kesukaran Untuk Menelan

Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher.

Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher. Ia juga menyebabkan masalah menelan makanan. Menelan makanan merupakan aktiviti yang kompleks melibatkan mulut, bahagian tekak dan esophagus (saluran yang membawa makanan ke perut). Banyak saraf dan otot memberi kesan kepada fungsi betul bahagian-bahagian ini. Kebanyakan proses menelan adalah tanpa sedar dan sebahagiannya adalah dengan sedar.

Sebab yang biasa:

  1. Masalah-masalah yang berkaitan dengan bahagian atas mulut dan pharynx (tekak) termasuklah: halangan pada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan emosi atau masalah kemurungan, ketumbuhan, penyakit pada tulang cervical dan jaringan esophageal.
  2. Masalah saraf otot seperti strok, penyakit Parkinson’s, Penyakit Huntington’s, pelbagai skelerosis, muscular dystrophy dan jangkitan-jangkitan (seperti polio dan sifilis).
  3. Masalah yang berkaitan dengan esophagus termasuklah halangan kepada laluan makanan dan minuman. Ia mungkin disebabkan oleh ketumbuhan, bendasing dan penyempitan yang disebabkan oleh radiasi, bahan kimia, pengubatan atau ulser.
  4. Masalah otot dan saraf seperti achalasia, kekejangan esophageal yang meluas, hypertensive lower esophageal sphincter (otot di hujung esophagus yang membenarkan makanan melaluinya ke perut), nutcracker esophagus dan scleroderma.

Ujian diagnostik mungkin dijalankan untuk mengesahkan punca-punca masalah kesukaran menelan makanan termasuklah:

  • (Barium swallow) Kajian menelan menggunakan Barium.
  • X-ray dada.
  • Endoskopi.
  • Ujian keasidan esopaghus, juga dikenali sebagai pengujian pH (memeriksa asid yang keluar dari perut dan memasuki esophagus, seperti dalam penyakit gastroesophageal reflux).
  • Esophageal manometry (pengukuran tekanan).

Tanda dan Gejala

Tanda dan gejala adalah:

  • Terasa sakit semasa ingin menelan
  • Tidak boleh menelan langsung
  • Tersedak atau batuk ketika menelan
  • Terasa makanan terlekat di tekak atau dada, atau belakang tulang dada (sternum).
  • Terasa tekanan atau sakit di dada
  • Makanan naik semula (Regurgitation)
  • Kerap pedih ulu hati
  • Makanan atau asid perut naik ke tekak
  • Bunyi membuak (membobok) di bahagian tekak
  • Berat badan turun dengan tiba-tiba

Untuk bayi dan kanak-kanak, tanda dan gejala kesukaran menelan termasuklah:

  • Kurang minat kanak-kanak semasa makan atau menyusu
  • Rasa tegang pada badan semasa menyusu
  • Tidak mahu makan makanan yang berbeza tekstur
  • Menyusu atau makan terlalu lama (30 minit atau lebih)
  • Makanan atau minuman terkeluar (bocor) dari mulut
  • Batuk atau tersedak semasa menyusu atau makan
  • Meludah keluar atau muntah ketika menyusu atau makan
  • Tidak mampu mengkoordinasi pernafasan dengan makan atau minum
  • Berat badan lambat naik dan tumbesar yang lembab

Komplikasi

Kesukaran menelan menyebabkan badan kita tidak cukup makanan dan cecair yang berkhasiat. Seseorang yang mengalami masalah kesukaran menelan adalah berisiko untuk menjadi malnutrisi dan kurang air (dehydration). Jika makanan dan cecair memasuki ruang pernafasan (aspiration) semasa menelan, masalah pernafasan atau jangkitan boleh berlaku, seperti serangan demam pneumonia yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan.

Rawatan

Rawatan untuk kesukaran menelan selalunya ditentukan dengan jenis yang tertentu atau punca masalah menelan tersebut.

Pencegahan

Penjagaan di rumah

Makan secara perlahan-lahan, kunyah makanan sepenuhnya. Jika seseorang secara tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda tersedak dan kesukaran bernafas, kaedah Heimlich perlu dilakukan dengan segera.

Anda mungkin lebih senang untuk menelan cecair atau makanan lenyek daripada yang pejal. Elakkan mengambil makanan yang terlalu panas atau, hubungi atau berjumpa dengan doktor anda jika masalah ini berlarutan, walaupun gejala-gejalanya sekali sekala. Beritahu doktor sebarang gejala, seperti batuk, bersin, demam, kesejukkan, sakit abdomen, sakit semasa menelan, loya atau muntah, muntah berdarah, penurunan berat badan, pedih hulu hati, atau rasa masam di mulut.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. A. Khalek Abd. Rahman
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Ulser Peptik

Ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum.

Sembelit

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Pening

Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,137

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia