A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Konjunktivitis

Pengenalan

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Penyebab-penyebab lain termasuklah alahan dan tindakbalas mata terhadap sesetengah jenis ubat mata.


Gambar mata konjunktivitis disebabkan virus (merah dan berair)


Gambar mata konjunktivitis disebabkan bakteria (merah dan banyak discaj)


Gambar mata konjunktivitis disebabkan alahan (merah dan berbiji)

Tanda & gejala

Gejala-gejala konjunktivitis termasuklah

  • mata merah,
  • discaj atau pengeluaran cecair atau lendir dari mata,
  • Rasa berpasir
  • Kadangkala gatal (terutama konjunktivitis alahan)
  • sensitif terhadap cahaya (fotofobia)
  • Ianya boleh terjadi pada sebelah mata atau kedua-duanya.

Komplikasi

Sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea. Sekiranya anda mengalami kesakitan, kabur penglihatan atau sensitif melampau pada cahaya di samping gejala-gejala mata merah, anda mungkin mengalami suatu keadaan yang lebih serius dari konjunktivitis. Jika ini berlaku anda dinasihatkan segera berjumpa pakar oftalmologi.

Rawatan

Rawatan adalah berbeza bergantung kepada sebab-sebab terjadinya konjunktivitis. Sekiranya gejala-gejala menunjukkan jangkitan viral konjunktivitis, ia boleh dirawat melalui penggunaan tuala sejuk yang diletakkan pada mata tersebut 3-4 kali sehari, disamping penggunaan ubat titis mata. Sekiranya jangkitan bakteria disyaki, maka ubat titis atau salap antibiotik diberikan. Sementara konjunktivitis alahan boleh dirawat dengan ubat titis antihistamin atau ubat titis “mast cell stabilizer“.

Pencegahan

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi alat solek. Ianya boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas demam selsema atau jangkitan pada saluran pernafasan kerana virus yang menyebabkan selsema juga boleh menyebabkan konjunktivitis

Maka, langkah pencegahan bagi megelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan. Antaranya adalah:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyentuh mata.
  • Elakkan sebarang sentuhan muka dengan orang lain sekiranya anda mengalami gejala konjunktivitis.
  • Jangan benarkan orang lain menggunakan barangan peribadi anda seperti tuala, bantal atau alat kosmetik.
  • Jangan gunasama ubat titisan atau salap mata
  • Buangkan ubat titisan dan salap mata yang berlebihan sekiranya konjunktivitis telah pulih
  • Sekiranya anda pengguna kanta sentuh, berhentilah menggunakannya untuk sementara waktu.
  • Mereka yang terlibat di dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan makanan atau pendidikan, dinasihatkan agar tidak bekerja sehingga mata mereka kembali pulih kerana mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
  : Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
  : Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Akreditor : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Kusta

Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,126

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia