A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kudis Tekanan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera.

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Faktor risiko:

  • Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi

Tanda & Simptom

  • Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang
  • Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu

Komplikasi

Fizikal

  • Jangkitan
  • Kesakitan

Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan

Sosial

  • Pengasingan
  • Tekanan pada penjaga
  • Masalah kewangan

Rawatan

  • Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
  • Merawat jangkitan kuman
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. Kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
    4. Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

Pencegahan

Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi :

  • Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko.
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
    4. Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi

Rehabilitasi

Nasihat kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih carakerja boleh membantu dari segi teknik mengangkat dan mengalih, posisi badan dan alat bantuan.

Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Joseph Ngeh
  : Dr. Mohd Daud Che Yusof
  : Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,077

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia