Latihan auditori ialah proses mengajar otak untuk mendengar. Ia merupakan proses mengajar individu bermasalah pendengaran untuk menggunakan kesemua isyarat auditori (pendengaran) yang mereka ada sepenuhnya (Carhart 1960). Ini bertujuan untuk membantu mereka memperolehi kebolehan mendengar menyerupai individu berpendengaran normal secara semulajadi tanpa sebarang intervensi (Erber 1980). Latihan auditori melibatkan aktiviti-aktiviti mendengar yang bermatlamat untuk mengoptimumkan persepsi pertuturan melalui pendengaran. Goldstein (1939) mendefinisikan ia sebagai satu perkembangan dalam kebolehan untuk membezakan perbagai ciri-ciri bunyi pertuturan dan bunyi bukan pertuturan.
Kita mendengar dengan otak. Walaupun dengan penggunaan alat bantu pendengaran dan/atau implan koklea boleh membantu pesakit mengesan bunyi yang perlahan, namun hanya dengan pemakaian alat pendengaran sahaja tidak boleh memberikan kemahiran mendengar yang baik kepada pesakit. Bunyi yang diterima dan didengar oleh pesakit yang menggunakan alat bantu pendengaran atau implan koklea tidak sama seperti yang didengari oleh individu berpendengaran normal. Ini kerana pada awal pemakaian alat bantu pendengaran atau implan koklea, otak sukar untuk mentafsir bunyi-bunyi yang diterima. Maka pesakit perlu belajar untuk mentafsir bunyi-bunyi yang diterima (sama ada bunyi persekitaran, bunyi pertuturan, muzik dan sebagainya) dan ini memerlukan latihan auditori untuk otak menerima dan memahami rangsangan berkenaan. Dengan ransangan yang berterusan, latihan inimembolehkan pesakit membezakan bunyi, mengenal bunyi dan memadankan bunyi.
Latihan auditori dijalankan oleh ibubapa atau penjaga dengan tunjuk ajar dan penyeliaan dari Audiologis atau Terapis Pertuturan-Bahasa.
Objektif/Tujuan
Objektif utama dalam pelaksanaan latihan auditori ialah:
- Untuk menggunakan baki pendengaran berbantu yang ada dalam memaksimumkan pengunaan isyarat akustik yang diterima untuk persepsi pertuturan
- Membantu dalam penyesuaian dan penggunaan alat bantu pendengaran atau implan koklea yang sepenuhnya sepanjang waktu berjaga.
- Membantu memastikan seting alat bantu pendengaran atau implan koklea yang digunakan oleh pesakit bertepatan dengan masalah pendengarannya bagi membantunya dalam pemerolehan bahasa pertuturan yang optimum.
- Menyediakan pesakit dengan kemahiran auditori sebelum sesi komprehensif dengan Terapis Pertuturan-Bahasa
- Membantu ibubapa/penjaga dengan contoh-contoh aktiviti harian dan teknik pembelajaran auditori
- Memberi penekanan dalam matlamat terapi iaitu melatih minda pesakit untuk sedar dengan kehadiran rangsangan bunyi, beri perhatian, dan menggunakan/memahami rangsangan bunyi.
- Untuk membantu pesakit dalam memantau suaranya dan suara penutur lain dalam usaha untuk meningkatkan kejelasan pertuturan yang didengar.
Individu Yang Memerlukannya
Latihan auditori dilaksanakan pada:
- Kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai masalah pendengaran, tidak mengira tahap atau jenis masalah pendengaran, yang menggunakan alat bantu pendengaran dan/atau implan koklea, sebelah telinga atau kedua-dua belah telinga
- Individu berpendengaran normal tetapi mempunyai masalah dalam memproses bunyi auditori
Proses Yang Terlibat
Selepas memastikan pesakit menggunakan alat bantu pendengaran dan/atau implan koklea yang berfungsi dengan baik dengan konsisten, ibubapa perlu menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak terdedah kepada rangsangan auditori yang optimum.
Latihan Pra-Pertuturan
Latihan pra-pertuturan merupakan latihan asas yang dijalankan bagi memudahkan anak belajar mendengar. Kemahiran pra-pertuturan terdiri daripada kemahiran meniru, memadankan objek atau gambar, mengambil giliran, tumpuan perhatian dan hubungan mata.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah contohnya setiap pagi selepas anak bangun tidur dan dipakaikan dengan alat pendengarannya, duduk berhadapan dengan anak dan ucapkan “selamat pagi” dan bercakap sebanyak mungkin dengan anak dengan turut sertakan dengan pelbagai mimik muka dan ekspresi gaya badan yang bersesuaian. Selain itu aktiviti membaling-tangkap bola secara berpasangan atau dalam kumpulan, dan memadankan objek dan gambar.
Aktiviti membaling bola |
Latihan Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar terdiri daripada empat peringkat. Hirarki perkembangan kemahiran mendengar diaplikasikan dalam aktiviti latihan auditori iaitu:
Kemahiran auditori |
Contoh aktiviti latihan auditori yang bersesuaian |
||
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
Bermain masak-masak, bermain berlakon peranan (contohnya berlakon doktor, polis), bersoaljawab, mendengar baca buku cerita, bermain sorok-sorok. Memahami sesuatu bunyi membawa maksud, contohnya bunyi pintu diketuk bermaksud ada seseorang di luar dan ingin masuk ke dalam atau melawat, bunyi hon kereta menandakan isyarat bahaya. |
Matlamat tertinggi dalam latihan auditori ialah memberi penekanan dalam membantu kanak-kanak menggunakan pertuturan.
Rujukan
- Nor Azizah Nurdin, Yusmeera Yusof (2008) Buku Latihan & Penilaian Modul Latihan Auditori, MOLA, Malaysia, Saahifah Global Resources
- http://www.tsbvi.edu/seehear/fall03/training.htm
- http://www.asha.org/Publications/leader/2008/080415/080415e.htm
- http://www.heara.ca/content/why-do-i-need-auditory-training
- http://www.hearingpro.com.au/hearing-solutions/auditory-training
- http://devdelay.org/newsletter/articles/html/34-auditory-training.html
- http://www.betterhearing.org/aural_education_and_counseling/Hearing_Loss_retraining_brain/
Semakan akhir | : | 29 Januari 2014 |
Penulis | : | Ummu Athiyyah bt Abdul Razak |
Akreditor | : | Nur Azyani bt. Amri |