Soalan 1: Adakah pendengaran penting kepada kanak-kanak?
Ya. Kanak-kanak mempelajari bahasa, bercakap, belajar, bermain dan membina kemahiran sosial melalui pengalaman mendengar.
Soalan 2: Adakah masalah pendengaran akan memberi kesan buruk kepada perkembangan kanak-kanak?
Ya. Tiga kesan utama masalah pendengaran ialah:
- Kelewatan perkembangan bahasa
- Menghadapi masalah pembelajaran
- Kesukaran untuk bersosial
Kesan 1: Lewat perkembangan bahasa
HURAIAN
|
CONTOH
|
|
Jumlah perkataan yang dikuasai kanak-kanak sedikit dan tidak sepadan dengan umur sebenar mereka | Kata konkrit lebih mudah difahami daripada kata abstrak. |
|
Sukar memahami perkataan yang mempunyai banyak makna. |
Melaka
|
|
Guna ayat pendek dan ringkas | Faham dan hasilkan ayat-ayat yang pendek dan mudah | Ayat aktif: Baju abah Saya makan nasi |
Sukar memahami dan menulis ayat-ayat panjang. | Ayat pasif: ‘kucing itu cedera dibaling batu oleh budak itu’ | |
Percakapan sukar difahami | Pertuturan mereka sukar difahami terutama orang luar (bukan ahli keluarga) | Sebutan yang tidak jelas, sebutan tidak sempurna atau salah |
Tidak dapat atau sukar mendengar bunyi seperti /s/,/sh/,/t/ /f/,dan /k/. Bunyi yang tidak didengari akan digugurkan dan bunyi yang belum dikuasai akan diganti dengan bunyi lain. | sikat jadi ‘iyat’ | |
Tidak boleh mendengar suara mereka sendiri apabila mereka bercakap disebabkan masalah pendengaran yang dihadapi. | Tidak pasti sebutan sendiri betul atau salah. Bercakap terlalu kuat atau terlalu perlahan, intonasi suara mendatar dan kadar pertuturan laju |
Kesan 2: Masalah pembelajaran
- Pencapaian lemah dalam pembelajaran terutama apabila melibatkan aktiviti membaca, menulis dan mengira.
- Tahap pendengaran yang terhad menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan kerana kurang memahami apa yang di sampaikan oleh guru.
Kesan 3: Kesukaran untuk bersosial
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran pada tahap yang teruk sering dilaporkan sukar untuk mendapat kawan, terasing, dan menyendiri di sekolah. Namun, ada segelintir kanak-kanak ini yang aktif, digelar nakal, tidak mendengar cakap dan tidak melakukan kerja sekolah. Mereka akan melanggar peraturan dan disiplin sekolah.
Keadaan ini boleh berlaku disebabkan mereka tidak atau kurang memahami arahan-arahan secara lisan yang diberi disebabkan oleh masalah pendengaran yang dialami.
Soalan 3: Apakah peranan anda sebagai ibubapa?
Ibu bapa atau penjaga adalah individu pertama yang dapat mengesan jika berlaku sebarang gangguan dalam perkembangan anak-anak. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memerhati perkembangan anak-anak dari peringkat awal iaitu bayi sehingga ke peringkat sekolah. Ibu bapa perlu peka sekiranya anak-anak tidak memberi respons apabila namanya dipanggil. Ini mungkin petanda anak mengalami masalah pendengaran.
Soalan 4: Bagaimana anda mengesan masalah pendengaran dikalangan kanak-kanak?
Ibu bapa boleh menggunakan Senarai Semak Perkembangan Bayi dan Senarai Semak Kanak-kanak Prasekolah sebagai panduan untuk mengesan jika terdapat masalah pendengaran di peringakat awal lagi.
Senarai Semak Perkembangan Bayi
Jika jawapan anda kebanyakannya adalah TIDAK, bawalah bayi anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
UMUR | PEMERHATIAN (YA/TIDAK) |
Lahir hingga empat bulan |
|
Empat bulan hingga sembilan bulan |
|
Sembilan bulan hingga 15 bulan |
|
15 hingga 24 bulan |
|
Senarai Semak Kanak-kanak Prasekolah
Jika jawapan anda adalah YA, anak anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar anda untuk tindakan susulan.
BIL | ADAKAH ANAK ANDA KERAP… | YA / TIDAK |
1. | Menguatkan suara TV melebihi kadar yang digunakan oleh ahli keluarga | |
2. | Memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan | |
3. | Tidak menyahut apabila anda memanggil namanya | |
4. | Sukar memahami pertuturan atau arahan | |
5. | Mempunyai masalah sebutan atau sebutan tidak jelas | |
6. | Mempunyai masalah pembelajaran | |
7. | Mengadu sakit telinga atau berkaitan dengan telinga | |
8. | Mempunyai kesukaran memahami percakapan orang lain | |
9. | Percakapan anak berbeza jika dibanding dengan kanak-kanak sebaya | |
10. | Meminta anda menguatkan suara ketika bercakap dengannya | |
11. | Lewat bercakap jika dibandingkan dengan rakan sebaya |
Soalan 5: Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anak anda menunjukkan ciri-ciri masalah pendengaran?
Ambil tindakan segera dengan menghubungi Pakar ENT dan Audiologis di hospital berdekatan tempat tinggal anda.
Jika pengesanan awal dapat dilakukan, maka kanak-kanak akan menjalani rawatan dan terapi pemulihan pertuturan-bahasa secepat mungkin. Dengan itu, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa, sosial dan pendidikan setanding dengan rakan sebaya.
Rujukan
- American Speech-Language-Hearing Association. (n.d.) Effects of Hearing Loss in Development. Retrieved August 30, 2012, from http://www.asha.org/public/hearing/disorders/effects.htm
- Neil, B. (2006). New to Hearing Loss? Here’s the Help You Need!. Retrieved September 17, 2012, http://www.hearinglosshelp.com/articles/resources.htm
- Cochlear.com. (n.d.) My child has hearing loss. Retrieved August 30, 2012, from http://www.cochlear.com/wps/wcm/connect/au/home/understand/my-child-has-hl/
- CHE ISMAIL BIN CHE LAH (2008) Tesis Kajian Masalah Pendengaran dan Saringan Mutasi A1555g Gen DNA Mitokondria (mtDNA) di Kalangan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Jenis Sensorineural Tidak Bersindromik di Hospital Universiti Sains Malaysia. Retrieved August 30, 2012, from http://eprints.usm.my/9960/1/KAJIAN_MASALAH_PENDENGARAN.pdf
- American Speech-Language-Hearing Association. (n.d.) How Does Your Child Hear and Talk?. Retrieved August 30, 2012, from http://www.asha.org/public/speech/development/chart.htm
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Norhafillah bt. Abdul Rahman |
Akreditor | : | Zaidi bin Ya’acob |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |