Pengenalan
Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan/Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut. Penyerahan mayat kepada ahli keluarga atau waris si mati dilakukan dalam situasi berikut:
-
Bagi kes kematian biasa di wad, ahli keluarga atau waris boleh menuntut selepas segala dokumen lengkap diisi di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik.
-
Bagi kes kematian melibatkan medicolegal, tuntutan mayat hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan bedah siasat selesai dilaksanakan dan semua dokumen lengkap diisi.
Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas akan mengenal pasti sama ada si mati adalah kes kematian biasa atau medicolegal, dan memaklumkan anggaran masa mayat boleh dituntut kepada ahli keluarga atau waris, sekiranya melibatkan pemeriksaan bedah siasat.
Pengecaman Mayat
-
Bagi kes kematian biasa, pengecaman mayat akan dilakukan oleh waris.
-
Bagi kes polis, pengecaman mayat dilakukan oleh waris bersama pegawai penyiasat polis yang berkaitan.
Tuntutan Mayat
Butir-butir peribadi ahli keluarga atau waris yang menuntut mayat akan dicatatkan ke dalam Borang Pengendalian Mayat dan Buku Daftar Kematian; atau Forensic Medicine Information System (FMIS) adalah seperti berikut:
- Nama waris
- No. Kad Pengenalan / Passport
- Alamat
- Nombor telefon
- Hubungan dengan simati
- Tarikh dan masa penyerahan
Dokumen-dokumen yang akan diserahkan kepada waris adalah seperti berikut:
Pastikan semua dokumen berkenaan dan barangan peribadi si mati (jika ada) diambil semasa prosedur tuntutan mayat di kaunter Jabatan / Unit Perubatan Forensik. Proses pengurusan mayat oleh pihak hospital dianggap selesai setelah dokumen tersebut diserahkan.
Pengurusan Mayat
Urusan penyempurnaan mayat untuk pengebumian/pembakaran adalah tanggungjawab waris. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat seperti mandi kapan, sembahyang atau pengawetan mayat. Walau bagaimanapun, pihak hospital ada menyediakan tempat untuk pengurusan mayat tanpa sebarang bayaran.
Sila berhubung dengan Penolong Pegawai Perubatan di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik untuk maklumat lanjut kerana terdapat juga hospital yang tidak membenarkan proses penyempurnaan mayat ini dilakukan dalam premis hospital.
Untuk makluman:
- Kakitangan jabatan/hospital tidak terlibat dalam prosedur pengurusan mayat termasuklah mengiringi mayat dalam perjalanan untuk pengebumian.
- Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang tidak diingini yang berlaku setelah mayat dituntut.
- Sekiranya waris ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan mayat milik hospital, bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil. Kadar bayaran bergantung kepada jarak perjalanan. Bawa kembali resit bayaran yang telah dibuat ke kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik untuk proses selanjutnya.
Pendaftaran Kematian
Ahli keluarga atau waris si mati dinasihatkan untuk mendapatkan Sijil Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara selepas tempoh masa tiga hari bekerja. Sila bawa bersama:
- Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur (Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957 (Seksyen 4(1) Kaedah 5 – JPN.LM02 (Pin1/11)
- Kad pengenalan si mati
Bagi pendaftaran kematian di Sabah, berikut ialah dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran kematian. Sila pastikan ia diterima di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik:
- Slip MF13 dan Borang B (JPN)
- Borang B – Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah, 1951(Cap.123)
- Kad pengenalan si mati
Bagi pendaftaran kematian di Sarawak, berikut ialah dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran kematian. Sila pastikan ia diterima di kaunter Jabatan/Unit Perubatan Forensik:
Penyerahan Mayat Warga Asing
Pihak kedutaan yang berkenaan perlu dimaklumkan untuk pengesahan taraf warganegara si mati sebelum mayat tersebut diserahkan kepada waris / pihak yang diberi kuasa.
Pihak yang menuntut mayat hendaklah berhubung sendiri dengan operator pengebumian berdasarkan kepada Garis Panduan Pengimportan Atau Pengeksportan Mayat Atau Mana-mana Bahagiannya (Edisi Pertama) 2006.
Rujukan
- Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2012 Standard Operating Procedures of Forensic Medicine Services : No. Rujukan KKM87/P1/34/8 Jld 4 (76) bertarikh 22 Februari 2012
Semakan Akhir | : | Februari 2024 |
Penulis / Penterjemah | : | Salina bt. Hisham |
Penyemak | : | ChM. Dr. Khairul Adli bin Nikman |