Apa Itu Pemeriksaan Micturating Cystourethrogram (MCUG)?
- Merupakan pemeriksaan lanjutan bagi menilai struktur dan fungsi saluran kencing.
- Prosedur ini dilakukan di bilik floroskopi, jabatan pengimejan diagnostik oleh pakar radiologi.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?
- Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini.
- Sekiranya perlu, doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
- Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital terpilih KKM.
Bila Pemeriksaan MCUG Diperlukan?
Pemeriksaan MCUG biasa dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengalami jangkitan saluran kencing berulang.
Sebelum pemeriksaan
- Anda akan diberikan temujanji untuk pemeriksaan ini.
- Juru X-ray akan memberikan penerangan bagaimana pemeriksaan ini dilakukan.
Semasa pemeriksaan
- Pesakit perlu baring di atas meja pemeriksaan.
- Kawasan kemaluannya dibersihkan dengan antiseptik.
- Tiub kecil akan dimasukkan melalui saluran kencing (urethra).
- Pesakit mungkin berasa tidak selesa, semasa pemeriksaan ini dijalankan.
- Sedikit media kontras dimasukkan melalui tiub tersebut dan mengalir ke dalam pundi kencing sehingga pundi kencing penuh.
- Beberapa imej floroskopi dari pelbagai sudut yang berbeza diambil.
Gambar 1: MCUG dilakukan dengan cara memasukkan kartheter ke dalam uretra dan media kontras memenuhi pundi kencing
Selepas pemeriksaan
- Kebiasaannya pesakit boleh dibenarkan pulang selepas pemeriksaan.
- Selepas pemeriksaaan, pesakit akan merasa pedih semasa membuang air kencing dan kerap ke bilik air berbanding sebelum pemeriksaan.
- Anda perlu menghubungi doktor anda jika mempunyai masalah / tanda-tanda seperti berikut:
– Darah dalam air kencing selepas dua hari.
– Sakit di bahagian bawah perut (abdomen).
– Tanda-tanda jangkitan saluran kencing.
– Air kencing yang kemerahan atau merah jambu dan berbau busuk.
– Suhu tinggi (demam) atau kesejukan.
– Rasa sakit (loya) atau sakit (muntah).
Laporan Pemeriksaan
Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
Rujukan
- SAAD, I. 1992. Radiologi Diagnosis Asas, 1992, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- STEPHENS CHAPMAN & NAKIELY, R. 2001. Aguide to Radiological Procedures, United Kingdom,London, W.B Saunders.
- www.infokid.org.uk/cystourethrogram
- www.patient.co.uk/health/micturatingvoiding-cystourethrogram-mcugvcug
Semakan Akhir | : | 2 Jun 2016 |
Penulis | : | Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |