Apa maksud modaliti pemeriksaan?
Modaliti pemeriksaan merupakan peralatan pengimejan yang terdapat di Jabatan Pengimejan Diagnostik yang membolehkan pelbagai perkhidmatan disediakan seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, Angiografi dan sebagainya.
Jenis modaliti pemeriksaan
- Modaliti pemeriksaan am
- Modaliti pemeriksaan khas
Modaliti Pemeriksaan Am |
Merupakan peralatan pengimejan yang digunakan untuk pemeriksaan dada, anggota atas dan bawah, bahagian abdomen, tulang belakang, tulang pinggul dan sebagainya. Pemeriksaan ini biasanya mengambil masa yang lebih cepat berbanding pemeriksan khas tanpa memerlukan temujanji dan persediaan khusus. |
Modaliti Pemeriksaan Khas |
Merupakan peralatan pengimejan yang digunakan untuk pemeriksaan khas. Pemeriksaan ini selalunya mengambil masa yang agak lama dan memerlukan temujanji serta persediaan khusus. Jenis-jenis pemeriksaan yang biasanya dijalankan ialah seperti:
Merupakan mesin yang digunakan untuk kajian seperti berikut; – Sistem saluran gastrointestinal seperti kajian barium contoh barium enema, barium swallow, barium meal dan lain-lain lagi. – Sistem saluran urinari seperti Micturating Cystourethrography (MCU) dan yang berkaitan. – Sistem reproduktif seperti Hysterosalpingography (HSG) dan yang berkaitan.
Merupakan pemeriksaan khas ke atas payudara bagi mengesan ketumbuhan dan sebarang keabnormalan.
Tomografi berkomputer (CT Scan) adalah penggabungan satu siri X-ray yang diambil dari sudut yang berbeza dengan prosesan komputer untuk membuat gambar keratan rentas tulang dan tisu.
Pemeriksaan khas yang dapat memperlihatkan imej panaromik gigi yang menunjukkan maksilla dan rahang bawah, semua gigi termasuk sinus frontal dan rahang atas, rongga hidung dan sendi temporomandibular.
Merupakan pemeriksaan radiologi ke atas organ dan anggota badan dengan menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi tanpa ada risiko radiasi mengion.
Merupakan pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan imej. Imej yang dihasilkan adalah lebih jelas terutama untuk organ dan tisu.
Merupakan prosedur khas mendiagnosis dan merawat penyakit di hampir setiap sistem organ dengan menggambarkan bahagian dalam, atau lumen, saluran darah dan organ-organ yang terlibat. |
Angiografi | CT Scan |
OPG | Mesin X-ray Am |
Rujukan
- Hospital Selayang
- Institut Kanser Negara
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Azmi Murad bin Taha |
Akreditor | : | Norman Serbastian Alangaram |