A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Modifikasi Diet Pesakit Disfagia

Modifikasi Diet Pesakit Disfagia

Modifikasi diet biasanya berkesan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan yang sedikit atau sederhana. Perubahan yang dilakukan dapat mengelakkan risiko aspiration pada sesetengah pesakit.

Modifikasi diet adalah modifikasi pada makanan dan minuman yang digunakan secara meluas bagi rawatan pesakit disfagia.  Modifikasi makanan memberi kesan pada proses pemindahan makanan di farinks  tanpa merubah fisiologi sistem penelanan.

Modifikasi diet biasanya berkesan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan yang sedikit atau sederhana. Perubahan yang dilakukan dapat mengelakkan risiko aspiration pada sesetengah pesakit.  Penilaian instrumentasi boleh dijalankan bersama modifikasi diet untuk memastikan keberkesanan modifikasi yang dilakukan.

Modifikasi kepekatan minuman

Modifikasi minuman biasanya  berkesan pada pesakit yang mengalami masalah strok atau masalah neurologi. Penggunaan pemekat makanan dapat  mengubah kepekatan cecair.  Apabila cecair semakin pekat, ia  melambat pergerakkan bolus di farinks.

Pihak pakar  telah mengeluarkan garis panduan menyokong penggunaan pemekat makanan komersial untuk memekatkan makanan dan minuman. (Dysphagia Diet Food Texture Descriptors, 2012; Irish Consistency Descriptors for Modified Fluids and Fluids Consensus Document 2009).

Pemekat makanan boleh dicampur dengan air atau cecair lain untuk menghasilkan kepekatan berikut :

Kepekatan

Gambar

Minuman sebenar berkepekatan yang sama

Kepekatan Nektar Cecair turun dengan mudah dari sudu tetapi meninggalkan sedikit sisa di atas sudu

Jus barli, minuman yogurt

Kepekatan Madu Cecair turun dengan perlahan dalam gumpalan yang besar pada hujung sudu

Jus buah – buahan pekat

Kepekatan Puding Cecair tertinggal di atas sudu dan tidak terjatuh

 

Nestum bayi

Modifikasi tekstur makanan

Modifikasi makanan membantu pesakit yang mempunyai masalah pada fasa oral. Ia memudahkan proses penyediaan bolus dan amat sesuai bagi pesakit yang mempunyai kelemahan pada struktur oral seperti lidah, otot pipi dan gigi.

Modifikasi makanan juga membantu pesakit yang sukar menelan dua konsistensi pada satu masa. Ia biasanya berlaku kerana kelemahan otot penelanan pada kawasan farinks.  Berikut adalah modifikasi makanan yang biasanya dilakukan kepada pesakit :

Modifikasi makanan

Makanan lain yang bertekstur sama

Soft diet Makanan yang secara semula jadi bertekstur lembut atau makanan yang dimasak hingga tekstur lembut.  Jeli, kek, sayur kukus, isi ikan, biskut/ roti yang dimasukkan dalam air.
Makanan cincang dan lembap Makanan yang dicincang/ dihancurkan sehingga licin dan berketul. Makanan lembut, lembab dan mudah dilenyek menggunakan sudu. Daging atau sayur-sayuran yang dicincang.
Makan pureed Makanan lembut, lembap dan tidak berketul. Kentang lenyek, aiskrim, bubur yang dikisar, nestum bayi, sup cendawan.

Modifikasi suhu & rasa

Perubahan suhu makanan memberi kesan penting pada sistem penelanan.  Suhu ekstrem seperti sejuk atau panas dapat meningkatkan kesedaran oral dan refleks penelanan.

Ia membantu pesakit yang tiada refleks penelanan dan pesakit yang lanjut usia. Contoh modifikasi suhu yang boleh dilakukan adalah :

Perubahan rasa kepada rasa ekstrem seperti masam juga boleh meningkatkan kesedaran oral. Bagi pesakit yang lanjut usia, pengambilan minuman bergula dapat meningkatkan refleks penelanan berbanding air kosong.

Modifikasi kuantiti makanan & minuman

Kawalan kuantiti makanan dan minuman sangat penting bagi pesakit yang mempunyai kelemahan otot pada kawasan fariks. Sistem penelanan yang tidak efektif menyebabkan makanan terkumpul di farinks selepas menelan. Makanan yang terkumpul terlalu banyak boleh meningkatkan risiko aspiration.

Teknik minum yang betul dapat mengawal kuantiti air yang masuk dan mengawal kelajuan air di farinks.  Minum menggunakan sudu dapat mengurangkan kelajuan pergerakan  air. Dalam masa yang sama ia juga mengurangkan kuantiti air supaya mudah ditelan oleh pesakit.

Minum daripada straw memudahkan pesakit yang lumpuh kedua-dua belah tangan untuk minum, tetapi ingat! Penggunaan straw meningkatkan kelajuan pergerakan air  ke dalam  farinks.

Menggunakan cawan

Menggunakan straw

Menggunakan sudu

Ubah kuantiti makanan pada sudu dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah untuk mengunyah makanan. Teknik ini juga mengurangkan risiko aspiration bagi pesakit yang mempunyai lebihan makanan di farinks selepas menelan.

1/3 sudu nasi

1/2 sudu nasi

1 sudu nasi

Walaupun modifikasi diet  boleh mengelakkan risiko aspiration, ia tidak mengubah fisiologi penelanan. Oleh itu, pesakit perlu menjalankan teknik  rehabilitasi yang disyorkan untuk membantu proses pemulihan pesakit.

Rujukan

  1. Alberta Health Services (2013). Nutrition Guideline Dysphagia Applicable to: Nurses, Physicians and Other Health Professionals. Retrieved  August 1, 2015 from http://www.albertahealthservices.ca/hp/if-hp-ed-cdm-ns-5-2-1-dysphagia.pdf
  2. Jawatankuasa kerja Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), (2014). Prosedur Operasi Standard Penjagaan Pesakit Dengan Kecelaruan Penelanan. Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, KKM
  3. Jeri A. Logemann, (1997). Evaluation and Treatment of Swallowing Disorder. Pro ed.
  4. Lizzy Marks & Deidre Rainbow, (2001). Working With Dysphagia. Speechmark, Publishing Ltd UK
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Marina bt. Abdul Malek
Akreditor : Nur Syuhada bt. Hosni
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Susu dan Sihat (Minum Susu Untuk Lebih Sihat)

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,089

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia