Mohd Faizul bin Abd Wahab merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Forensik) .
Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian spesimen medikolegal di Jabatan Perubatan Forensik termasuk penyediaan slide histopatologi bagi analisis lanjutan oleh pegawai perubatan bagi kes bedah siasat.
Beliau juga terlibat dalam beberapa operasi di lapangan seperti pengalian semula kubur dan juga lawatan ke tempat kejadian.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Penyelidik ( Pusat Penyelidikan Klinikal – National Cancer Patient Resistry) 2008-2009
- Pegawai Sains Forensik ( Hospital Tuanku Ja’afar Seremban) 2009-sekarang
Semakan Akhir : 2 Februari 2017