Mohd Hilmi bin Saidin merupakan Pegawai Sains Forensik di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik).
Kerja-kerja beliau melibatkan membantu dalam pengendalian bedahsiasat bersama-sama pakar dan pegawai perubatan.
Kepakaran lain termasuk pengurusan spesimen medikolegal, pengurusan bencana ramai mangsa, bidang antropologi dan lain-lain yang melibatkan kes medikolegal. Selain itu, beliau juga terlibat dalam menguruskan aspek kualiti diperingkat jabatan dan menjadi juruaudit dalaman diperingkat hospital.
Pengalaman kerja:
- Pembantu Tadbir (Kewangan) di Jabatan Akauntan Negara cawangan Pulau Pinang (Julai 2006 – Julai 2007)
Semakan Akhir : 23 Februari 2017