Apa itu pemeriksaan MRI Tulang Belakang?
Pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) Tulang Belakang akan menghasilkan imej yang jelas melalui komputer dari pelbagai potongan tulang belakang. MRI menggunakan medan magnet dan gelombang frekuensi radio untuk menghasilkan imej dari bahagian tulang belakang. Medan magnet dan gelombang frekuensi radio tidak mempunyai kesan yang membahayakan seperti sinar-X.
Bagaimanakah Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Dan Di Mana?
-
Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
-
Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
-
Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.
Tujuan Pemeriksaan MRI Tulang Belakang Dilakukan
-
Di antara tujuan utama pemeriksaan MRI tulang belakang dijalankan adalah;
-
Tumor
-
Kerosakan saraf
-
Akar saraf tersepit (hernia nukleus pulposus)
-
Penyempitan tulang belakang (spinal stenosis)
-
Spondylitis
-
Apakah Persediaan Pemeriksaan MRI Tulang Belakang?
-
Biasanya apabila anda diberikan temujanji, anda akan diberikan penjelasan,di antaranya ialah;
-
Berpuasa di antara 4-6 jam sebelum pemeriksaan.
-
Air kosong boleh diminum semasa berpuasa tersebut.
-
Mengambil ubat alahan (steroid) jika perlu.
-
Maklumkan kepada doktor atau juru X-ray sekiranya anda pernah mengalami perkara berikut:
-
Asma (penyakit lelah)
-
Alahan kepada makanan atau ubatan (gatal-gatal, kemerahan atau kebengkakan).
-
-
-
Sekiranya sedang mengambil ubat-ubatan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.
-
Maklumkan kepada doktor dan/ atau juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
Pada hari pemeriksaan
-
Laporkan diri anda di kaunter pendaftaran.
Sebelum pemeriksaan
-
Anda perlu menukar pakaian anda kepada pakaian hospital yang disediakan.
-
Anda perlu menanggalkan semua benda-benda logam, termasuk perhiasan, pin rambut, jam tangan, gigi palsu, alat pendengar (hearing aids), kad ATM, kredit kad, pen, kaca mata dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap barang-barang tersebut atau akan memberi kesan yang kurang baik ke atas kualiti imej yang dihasilkan sekiranya di bawa ke dalam bilik pemeriksaan.
-
Sila maklumkan kepada doktor jika anda menggunakan cochlear implant, sendi implantasi (metallic joint prosthesis), klip atau pin pembedahan kepala (clips used in brain surgery; aneurysm) dan alat pemacu jantung (cardiac pacemaker) yang dapat dipengaruhi oleh kekuatan medan magnet mesin MRI. Jika terdapat barang-barang ini di tubuh anda, pemeriksaan anda mungkin dibatalkan atau ditangguhkan.
-
Barang peribadi/ berharga adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri (anda dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang berharga semasa hari pemeriksaan).
-
Maklumkan kepada doktor dan/ atau juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
-
Sila maklumkan kepada doktor jika anda pernah mengalami allergi/ alahan kepada makanan laut, ubat dan lain-lain.
-
Anda akan ditanya tentang persediaan anda untuk pemeriksaan merujuk kepada senarai semak yang diberikan semasa temujanji.
-
Doktor anda akan mengisi senarai semak MRI dengan lengkap semasa memohon pemeriksaan ini.
Gambar 1: Mesin MRI Sumber: www.magnet.fsu.edu |
Gambar 2: Imej MRI Tulang Belakang Sumber: www.smartchoicemri.com |
Semasa pemeriksaan
-
Pemeriksaan MRI tulang belakang mengambil masa selama di antara 30 hingga 60 minit.
-
Anda akan diminta untuk berbaring di atas meja pemeriksaan, kemudian meja tersebut akan digerakkan menuju posisi yang ditentukan di dalam ruangan bulat atau dipanggil bore MRI.
-
Jika anda mempunyai klaustrofobia (rasa takut jika berada di ruangan sempit), anda mungkin memerlukan bantuan ubat penenang untuk membantu anda menjalani pemeriksaan tersebut.
-
Anda diminta untuk bertenang dan tidak bergerak semasa pemeriksaan tulang belakang dijalankan untuk mengelakkan pemeriksaan ulangan.
-
Anda akan disuntik dengan media kontras di tangan atau lengan jika (perlu).
-
Anda akan mendengar bunyi yang agak bising yang dihasilkan oleh mesin MRI semasa pemeriksaan dijalankan. Selain itu, meja pemeriksaan akan sesekali bergerak ke depan dan ke belakang. Anda tidak perlu risau.
-
Imej bahagian tulang belakang yang diperiksa akan dirakam dan dipamerkan di monitor komputer.
Selepas pemeriksaan
-
Anda mungkin akan merasakan pening ketika bangun atau duduk selepas pemeriksaan kerana telah baring agak lama.
-
Anda akan dibenarkan untuk menukar semula pakaian.
-
Jika mempunyai jarum suntikan untuk media kontras, jarum tersebut akan dikeluarkan.
-
Anda akan dibenarkan pulang setelah anda diperiksa dan dalam keadaan baik.
Laporan Pemeriksaan
-
Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.
Semakan Akhir | : | 9 Jun 2014 |
Penulis | : | Norasikin binti Ismail |
Akreditor | : | Mohd Zin bin Yusof |