A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nilai Diri (Remaja)

Nilai diri adalah bagaimana anda menilai diri anda sendiri dan memberikan keutamaan kepada keperluan diri anda.

“Langkah pertama untuk anda berjaya adalah dengan mengatakan bahawa anda mempunyai nilai diri”.

Apa yang dimaksudkan dengan nilai diri?

Ia adalah bagaimana anda menilai diri anda sendiri dan memberikan keutamaan kepada keperluan diri anda.

Mengapa anda kurang nilai diri?

Ia mungkin disebabkan oleh rasa kekurangan berpunca dari pengalaman lalu yang:
Terdedah kepada kejadian negatif dan maklum balas yang negatif.

  • Contoh:
    • Sering diperkecil-kecilkan
    • Sering dipersalahkan atas sesuatu kejadian buruk
  • Tidak dihargai
  • Tidak disayangi

Bagaimana anda tahu bahawa anda kurang nilai diri?

Kekurangan nilai diri akan mengakibatkan anda:

  • Memperkecilkan diri sendiri di hadapan rakan-rakan
  • Tidak mengendahkan keperluan fizikal, mental dan rohani
  • Sering memperkecilkan kebolehan diri sendiri
  • Tidak dapat menguruskan masa dan sumber yang ada dengan baik
  • Perasaan:
    • Selalu dipersalahkan oleh ahli keluarga
    • Tidak diperlukan dan terpinggir
    • Serba tak kena
    • Merasa keji di khalayak ramai

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak bertindak?

Ia akan menjadikan anda:

  • Merasa mempunyai harga diri yang rendah
  • Merasa tidak bahagia
  • Memencilkan diri dari rakan-rakan
  • Menganggap bahawa diri anda tidak bernilai
  • Tidak mampu mengawal kehidupan anda

Bagaimana anda memperbaiki nilai diri?

  • Berfikiran positif
  • Terima diri anda seadanya
  • Bertanggungjawab untuk kebahagiaan diri sendiri
  • Belajar kemahiran baru untuk kepuasan diri
Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Penyemak : Aina Mazwin binti Mohamed Radzi

 

Artikel Berkaitan

Hak Jagaan Di Bawah JKM

Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah.

Buli dalam kalangan remaja

Buli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain. Kelakuan buli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,138

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia