Pengenalan
Mengangkat dan mengalih pesakit strok memerlukan teknik yang betul. Sekiranya teknik yang salah digunakan, ianya akan mengakibatkan kecederaan kepada penjaga dan juga pesakit strok. Penjaga boleh mengalami sakit pinggang akibat dari penggunaan teknik mengangkat dan mengalih yang salah.
Teknik yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Sebagai contoh, pesakit strok yang mengalami kelumpuhan disebelah kiri (left hemiplegia)
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
||
Ampu bahu dan pinggul kiri pesakit dan pusingkan secara serentak ke kanan | ||
|
||
|
||
|
||
Gerak punggungnya berselang-seli ke hadapan sehingga kaki pesakit mencecah lantai. | ||
|
||
|
||
|
||
|
||
|
Perkara yang perlu dititik beratkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok
- Ruang yang luas untuk keselamatan dan memudahkan pergerakan penjaga, pesakit dan kerusi roda.
- Permukaan lantai yang rata dan tidak licin.
- Penjaga perlu memakai pakaian yang sesuai; longgar dan selesa untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan daripada jatuh.
- Pesakit perlu memakai seluar atau kain yang diikat kemas dengan tali pinggang atau tali yang sesuai.
- Jika memakai kasut, ia perlulah mempunyai tapak yang lebar dan rata bagi memastikan keselamatan pesakit dan penjaga.
- Apabila berdiri atau melutut pastikan kaki dibuka sedikit (broad based) bagi memberi kestabilan.
- Berdiri dengan jarak yang rapat dengan pesakit semasa mengangkat dan mengalih.
- Pastikan bahagian belakang /pinggang penjaga mestilah tegak/lurus dan perut dikempiskan semasa mengangkat dan mengalih.
- Lutut dibengkokkan sedikit setiap kali penjaga mengangkat pesakit.
- Gunakan kekuatan otot lengan dan kaki dan bukan otot belakang untuk mengangkat dan mengalihkan pesakit.
Perkara yang perlu dielakkan semasa mengangkat dan mengalih pesakit strok
- Elak mengangkat pesakit dengan :
- Membongkok pada pinggang
- Kaki lurus
- Memakai stoking tanpa kasut
- Pergerakan yang mengejut (jerky movements)
- Menarik bahu pesakit bagi mengelak kecederaan pada sendi bahu
- Memusing pinggang semasa mengangkat dan mengalih pesakit
Rujukan
- Butterworth Heinemann Oxford, Auckland, Johannesburg, Melbourne, New Delhi.
- Janet H, Carr E, Roberta B. (1998). Optimizing motor performance. Neurological Rehabilitation
- Susan E. (2002). A Problem solving approach Churchill Livingstone, Edinburgh London, New York Oxford Philadelphia St Louis, Sydney,
Toronto - Tony. P, & Margaret G. (1988). Illustrated transfer techniques for disabled people: Neurological Physiotherapy. Churchill Livingstone, Melbourne, Edinburgh London & New York.
Semakan akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Foo Kok Wee |
Akreditor | : | Datin Hjh. Asiah bt. Mohd Hashim |
Penyemak | : | Halimah bt. Hashim |