A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Patah Tulang

Pengenalan

Fraktur berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan. Ia akan berlaku jika sesuatu tulang itu tidak dapat menahan beban atau tekanan yang dihadapinya

Jenis-jenis patah

Ada beberapa jenis fraktur yang biasa ditemui:

  • Fraktur tertutup – frakur yang berlaku di mana tiada luka ataupun tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara luar
  • Fraktur terbuka – kepatahan tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar
  • Fraktur penuh – kepatahan tulang yang berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan
  • Fraktur tidak penuh – keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut
  • Fraktur stres – fraktur yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut ( seperti berlari atau kawat ) . Tulang akan mengalami keretakan yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada peringkat awal

Sebab

Sebab- sebab biasa fraktur ;

  • jatuh dari tempat tinggi
  • kemalangan jalan raya
  • penderaan kanak-kanak
  • aktiviti berulang( berlari atau kawat )

Gejala dan tanda

  • kebengkakan dan sakit pada anggota yang terlibat
  • hilang fungsi anggota
  • lebam pada kawasan yang cedera
  • kecacatan pada anggota terlibat
  • kebas
  • kepatahan yang mempunyai luka dan tulang yang terdedah kepada udara

Diagnosa

Tulang yang patah boleh didiagnosa dengan mengambil sejarah pesakit yang teliti dan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Fraktur boleh disahkan dengan mengambil gambar sinar x. Pemeriksaan radiologi yang khas seperti ‘magnetic resonance imaging’ atau ‘CT scan’ mungkin diperlukan untuk mendiagnosa kepatahan tulang di tempat tertentu seperti di tulang belakang atau sendi tulang pinggul

Rawatan

Rawatan fraktur tulang bergantung kepada jenis dan lokasi tulang tersebut. Rawatan awal fraktur adalah immobilisasi . Menggantung anggota yang patah boleh mengurangkan kesakitan dan kebengkakkan.

Rawatan juga boleh dibahagikan kepada rawatan konservatif ataupun secara pembedahan. Rawatan konservatif termasuk penarikkan tulang ke posisi normal dan menggunakan simen untuk memegang fraktur tersebut.

Pembedahan akan dilakukan pada jenis-jenis fraktur tersebut:

  • serpihan tulang yang yang tidak boleh disambung dengan sempurna
  • fraktur yang melibatkan sendi
  • fraktur yang mempunyai luka

Pembedahan akan dilakukan di dalam dewan bedah dan pelbagai alat akan digunakan untuk memegang tulang kembali ke posisi normal. Ini termasuk wayar, besi seperti skru atau paku. Pakar bedah perlu membersihkan kawasan fraktur sebelum menggunakan alat-alat tersebut. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan daripada luka yang terbuka.

Komplikasi rawatan

Di dalam rawatan konservatif, tulang mungkin pulih ke posisi yang kurang normal disebabkan oleh sifat – sifat fraktur tersebut. Di dalam rawatan yang melibatkan pembedahan, ia mempunyai komplikasi umum pembedahan seperti kecederaan kepada urat saraf, jangkitan kuman atau komplikasi dari anesthesia.

Terdapat beberapa komplikasi spesifik kepada fraktur :

  • ‘delay union’ – waktu untuk pulih mengambil masa yang lama
  • ‘non union’ – fraktur tidak pulih pada waktu yang ditetapkan
  • ‘mal union’ – faraktur pulih tetapi tidak kembali ke posisi asal

Pakar bedah ortopedik akan berbincang dengan pesakit tentang rawatan dan komplikasi yang mungkin akan timbul akibat fraktur.

Rehabilitasi

Fisioterapi dan rehabilitasi adalah kaedah penting didalam rawatan fraktur. Ia mengekalkan fungsi otot dan tulang yang terlibat semasa proses pemulihan.

Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Azaiddin Akasah
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,138

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia