Apakah Pemakanan Melalui Tiub?
Pemakanan melalui tiub, atau dalam istilah perubatan, lebih dikenali sebagai Enteral Nutrition. Ia adalah dalam bentuk cecair atau kebiasaannya merupakan formula atau rumusan susu. Susu tersebut dirumus dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang mengikut keperluan badan atau penyakit. Cara pemakanan melalui tiub adalah mencukupi dan selamat jika tatacara pemberian adalah betul.
Kenapa Perlu Pemakanan Melalui Tiub?
- Ia diberi apabila individu tidak mampu mengambil makanan melalui kaedah biasa (makan melalui mulut).
- Ia juga diberi kepada individu yang gagal mendapatkan zat makanan yang mencukupi melalui hidangan makanan biasa dalam tempoh melebihi 1 minggu.
Siapakah Yang Diberi Pemakanan Melalui Tiub?
Pemakanan melalui tiub yang dirancang dengan baik sesuai untuk semua daripada bayi hingga warga emas. Ia dicadangkan kepada pesakit yang mempunyai masalah pengambilan makanan melalui mulut seperti masalah penggigian (maksilofacial), masalah penelanan, masalah penyumbatan/sekatan dalam saluran penghadaman dan masalah-masalah lain yang menghalang pengambilan pemakanan secara biasa dengan mencukupi.
Bagaimana Ia Diberi?
Pemakanan melalui tiub boleh diberi melalui beberapa saluran, iaitu :
- Tiub nasogastrik (tiub dimasukkan melalui hidung dan berakhir di perut).
- Tiub orogastrik (tiub yang dimasukkan melalui mulut dan berakhir di perut).
- Tiub nasoduodenum (tiub dimasukkan melalui hidung dan berakhir di duodenum).
- Tiub nasojejunum (tiub dimasukkan melalui hidung dan berakhir di jejunum).
- Tiub gastrostomi (tiub yang dimasukkan melalui tebukan di bahagian abdomen terus ke perut).
- Tiub jujenostomi (tiub yang dimasukkan melalui tebukan di bahagian abdomen terus ke jejunum).
Rajah laluan pemberian pemakanan tiub.
Apakah Pilihan Susu Formula Yang Boleh Diberi ?
Susu formula yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan keperluan pesakit.
- Keperluan bayi (0 hingga 12 bulan) dan kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun
- Keperluan dewasa dan warga emas
- Keperluan khas dengan ubahsuai nutrien (zat makanan) mengikut keperluan penyakit tertentu
Bagaimana Menentukan Keperluan Pesakit ?
Keperluan pesakit ditentukan berdasarkan beberapa perkara, iaitu :
- Jantina
- Umur
- Berat Badan
- Penyakit
Kebiasaannya, keperluan tenaga bagi seorang kanak-kanak 1 hingga 10 tahun adalah antara 1,000 hingga 2,000 kcal sehari.
Keperluan tenaga bagi dewasa dan warga emas adalah antara 1,200 hingga 2,000 kcal sehari.
Satu hidangan lengkap seperti gambar di bawah dengan anggaran kandungan tenaga 500 kcal boleh diperoleh daripada 2 gelas susu formula.
Sekiranya pesakit memerlukan 1,500 kcal sehari (3 hidangan lengkap) susu formula perlu diberi sebanyak 6 gelas sehari. Aturan pemberian susu biasanya diberi setiap 3 atau 4 jam.
Pemberian rumusan cecair melalui tiub adalah mencukupi dari segi tenaga dan zat makanan sekiranya dirancang dan diatur dengan betul. Pastikan setiap saranan dirancang dan disemak oleh Pegawai Dietetik sebelum dimulakan kepada pesakit.
Apakah Komplikasi Pemakanan Melalui Tiub ?
Terdapat beberapa komplikasi/masalah yang mungkin timbul apabila pemakanan melalui tiub dipraktikkan. Sila rujuk panduan berikut jika ada masalah :
Komplikasi / Masalah | Punca Masalah | Cara Mengatasi Masalah |
---|---|---|
Tiub tersumbat |
|
|
Muntah |
|
|
Cirit-birit |
|
|
Sembelit |
|
|
Sekiranya anda mempunyai keraguan dan pertanyaan mengenai pemakanan melalui tiub, sila hubungi Pegawai Dietetik yang berhampiran dengan anda. Pautan berikut boleh membantu :
http://dietitians.org.my/dietitian
Rujukan
- Medical Nutrition Therapy Guidelines for nutrition support in critically ill adults. Persatuan Dietitian Malaysia (Malaysian Dietetian Association), 2005.
- http://www.nutritioncare.org/Information_for_Patients/What_is_Enteral_Nutrition_/
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Nurul Huda binti Ibrahim |
Akreditor | : | L. Mageswary a/p Lapchmanan |
Penyemak | : | Nik Mahani binti Nik Mahmood |