Apakah CT Toraks?
Computed Tomography (CT) Toraks merupakan pemeriksaan imbasan CT untuk memperlihatkan struktur morfologi organ-organ dalam rongga torak seperti, jantung dan pembuluh darah besar, paru-paru, rongga pleura dan struktur organ lain dalam rongga mediastinum dan paru serta bahagian atas abdomen iaitu hati.
Tujuan pemeriksaan CT Toraks dilakukan
Pemeriksaan CT Toraks bertujuan untuk mendiagnos;
- Pengumpulan darah atau cecair dalam paru-paru
- Jangkitan kuman dalam paru-paru
- Tumor
- Keabnormalan lain yang meningkatkan kandungan cairan apabila disuntik media kontras.
Bagaimana untuk mendapatkan pemeriksaan ini dan di mana?
- Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
- Sekiranya perlu, doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
- Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.
Sebelum pemeriksaan
- Juru X-ray akan menerangkan kepada anda tentang pemeriksaan yang akan dilakukan
- Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung
- Jika pemeriksaan memerlukan kontras media, maka beberapa arahan perlu dipatuhi seperti:
– Anda perlu berpuasa minimum 4 – 6 jam sebelum prosedur.
– Makan ubat steroid yang dibekalkan 12 jam dan 2 jam sebelum pemeriksaan.
– Anda tidak digalakkan memakai atau membawa barang kemas dan barang berharga pada hari pemeriksaan.
- Anda perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang dan rantai leher, untuk mengelakkan artifak pada imej.
- Jika anda akan menjalani pemeriksaan CT Toraks dengan media kontras, maka doktor akan memasangkan jarum pada tangan atau lengan anda.
- Pakaian atau aksesori di bahagian toraks yang mengandungi besi (contoh: rantai, baju dalam dan lain-lain) perlu ditanggalkan dan gunakan pakaian hospital.
- Maklumkan kepada doktor dan/ atau Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
- Berat badan anda akan ditimbang.
Semasa pemeriksaan
- Anda diminta baring di atas meja pesakit di bilik CT.
- Juru X-ray akan menerangkan tentang prosedur pemeriksaan yang akan dijalankan.
- Juru X-ray akan memposisikan kedudukan anda seperti meluruskan badan dan memastikan anda dalam kedudukan yang betul.
- Meja akan dimasukkan ke dalam gantry untuk pemeriksaan.
- Juru X-ray akan berada di bilik kawalan untuk mengendalikan mesin imbasan CT.
- Imbasan CT akan dimulakan.
- Walaupun pintu bilik pemeriksaan ditutup, anda masih dapat berhubung dengan Juru X-ray dan doktor melalui intercom.
- Anda dinasihatkan supaya tidak bergerak sepanjang imbasan CT (CT Toraks) dilakukan untuk mengelakkan berlakunya herotan pada imej dan akan menyebabkan pemeriksaan ulangan.
- Jika anda menjalani pemeriksaan CT Toraks berkontras, kemungkinan anda akan rasa tidak selesa selepas media kontras disuntik ke dalam salur darah seperti rasa panas di seluruh badan, mual, pening dan lain-lain. Walau bagaimanapun, simptom ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.
- Doktor sentiasa ada bersama untuk memantau dan memastikan keadaan anda selamat
- Imej akan terhasil dan dipamerkan di monitor
- Selepas imbasan CT selesai, meja pemeriksaan akan dikeluarkan dari gantri.
- Anda dibenarkan turun dan dibenarkan menukar pakaian.
Selepas pemeriksaan
- Anda dibenarkan menukar pakaian.
- Sekiranya doktor memasang jarum pada tangan atau lengan anda, pastikan ia dicabut sebelum anda pulang.
- Pemeriksaan selesai dan sila ikut temujanji anda seperti yang ditetapkan.
- Bagi anda yang menjalani pemeriksaan CT Toraks tanpa penggunaan kontras media, tiada apa-apa penjagaan khusus diperlukan.
- Bagi anda yang telah menjalani pemeriksaan CT Toraks berkontras, anda disarankan agar minum banyak air untuk mempercepatkan media kontras keluar dari badan melalui proses pembuangan air kencing.
- Pastikan anda stabil sebelum dibenarkan balik.
- Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.
Laporan pemeriksaan
Imej-imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
Gambar 1 (a), (b): Normal imej CT Toraks.
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Erliananiza binti Mohd Salim |
Akreditor | : | Norman Serbastian Alangaram |