A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Penyakit Hidung, Telinga &...
  8. /
  9. Pemulihan Masalah Keseimbangan Di...

Pemulihan Masalah Keseimbangan Di Rumah: Epley Maneuver

Vertigo adalah masalah dimana pesakit berasa seolah-olah dirinya berpusing atau objek dalam persekitaran yang berpusing serta hilang keseimbangan walaupun tiada pergerakan dilakukan. Simptom ini berkaitan dengan perubahan kedudukan kepala atau disebabkan oleh jangkitan pada bahagian telinga dalam atau saraf vestibular.

Kesan masalah vertigo ini menyebabkan pesakit sukar untuk menjalani aktiviti harian dengan baik seterusnya memberi impak kepada kualiti hidup pesakit. Pemulihan masalah vertigo yang dicadangkan kepada pesakit bergantung kepada simptom yang dialami oleh pesakit, sejarah perubatan dan kesihatan pesakit, pemeriksaan fizikal oleh doktor dan keputusan ujian diagnostik.

Salah satu masalah vertigo yang sering terjadi dalam kalangan pesakit dewasa adalah  BPPV (Benign Positional Paroxysmal Vertigo) atau keadaan dimana pesakit berasa seperti berpusing secara tiba-tiba pada posisi kepala yang tertentu. BPPV berlaku apabila partikel kristal (kalsium karbonat) di dalam semicircular canal yang terletak pada bahagian telinga dalam beralih kedudukan menyebabkan pergerakan cecair di dalam salur terhalang. Keadaan ini menyebabkan isyarat pergerakan kepala yang dihantar adalah tidak tepat.

Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan pergerakan tertentu untuk menggalakkan pergerakan partikel kristal yang beralih kembali kepada kedudukan asal. Antara latihan atau pergerakkan yang boleh dijalankan adalah Epley Maneuver. Latihan ini boleh dijalankan dirumah setelah mendapat nasihat dan  panduan dari doktor atau fisioterapis.

Jika masalah BPPV yang dialami telah dipastikan berpunca dari telinga kiri, langkah-langkah pergerakan adalah seperti berikut:-

  1. Duduk di atas katil dan pusingkan kepala 45 darjah ke kiri.
  2. Baring dengan kedudukan bantal dibawah bahu bukan di bawah kepala
  3. Kekalkan kedudukan kepala pada sudut 45 darjah dan tunggu selama 30 hingga 60 saat
  4. Anda akan berasa sedikit pening
  5. Selepas itu, pusingkan kepala pada sudut 90 darjah ke kanan dan kekalkan pada kedudukan tersebut selama 30 hingga 60 saat
  6. Mengiringkan badan ke kanan dan pada ketika itu kedudukan kepala adalah menghala ke bawah. Kekalkan pada kedudukan ini selama 30 hingga 60 saat
  7. Turunkan kaki, bangun dan duduk semula di tepi katil untuk selama beberapa minit. Jangan terus bangun.
  8. Jika masalah BPPV berpunca dari telinga kanan, pergerakan diubah mengikut telinga yang bermasalah.
  9. Latihan diulang selama tiga kali sebelum tidur setiap malam sehingga simptom hilang selama lebih dari 24 jam.

Panduan selepas latihan:

  • Elakkan tidur berbaring dan digalakkan untuk tidur mengiring pada sebelah telinga yang normal.

Rujukan

  1. Benign Paroxysmal Positional Vertigo. (n.d.) In Mayo Clinic. Retrieved November 23,2015,from http://www.mayoclinic.org/diseaseconditions/vertigo/basics/definition/con-
  2. Desmond A.L. (2004). Vestibular Function: Evaluation and Treatment. New York. Thieme Medical Publishers, Inc.
  3. Kamus DBP Online. (n.d.) In. Carian PRPM@DBP Malaysia. Retrieved November 23, 2015, from  http://prpm.dbp.gov.my/
  4. Marian, G., Randolph, A. M., & Meiho, N. (2009). Vestibular Rehabilitation Therapy for the patient with dizziness and balance disorders. Canada.  Vestibular Technologies Publications.
  5. Vertigo. (n.d.) In Brain & Nervous System Health Center. Retrieved November 23, 2015, from http://www.webmd.com/brain/vertigo-symptoms-causes-treatment
Semakan Akhir : 11 April 2017
Penulis : Roshila bt. Bujang
Akreditor : Rohaizatul bt. Mat Yaacob

Artikel Berkaitan

Penjagaan Suara untuk Guru-guru

Suara dikatakan bermasalah apabila kualiti suara dari aspek kelangsingan suara dan kekuatan suara berubah dari suara kebiasaan sebelum ini.

Jom Jaga Suara!

Suara terhasil daripada getaran peti suara apabila udara dari paru-paru melalui peti suara yang terbuka dan tertutup.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,089

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia