Bagaimana untuk mengelakkan penderaan kanak-kanak?
Cara mengelakkan penderaan – nasihat untuk ibu bapa
- Berhati-hati apabila memilih/mengambil pengasuh kanak-kanak atau penjaga.
- Pastikan anda tahu nama penuh mereka dan sekiranya perlu, minta rujukan yang perlu
- Pilih pusat penjagaan kanak-kanak yang didaftar dengan penjaga yang terlatih
- Dapatkan orang dewasa lain seperti ahli keluarga anda contohnya nenek atau memasang CCTV sekiranya anda mendapatkan khidmat pembantu rumah
Contoh-contoh cara mendisiplinkan anak anda termasuk;
- Tekankan cara-cara lain mendisiplinkan anak selain dari menggunakan hukuman fizikal yang melibatkan tekanan fizikal dam emosi. Hukuman “Corporal” menggunakan kawalan luar dan boleh melibatkan penggunaan kuasa dan dominasi dan sama seperti penderaan.
- Menarik perhatian dan mengubah pandangan
- Menentukan jangka masa untuk ditenteramkan
- Menetapkan had peraturan yang sesuai dengan tahap perkembangan dan umur kanak-kanak
- Penyelesaian masalah
- Menarik balik kemudahan sementara waktu
- Sesetengah ibu bapa merotan anak mereka untuk menggalakkan mereka belajar dengan tekun. Sekiranya anak anda tidak mencapai seperti yang diharapkan atau kelihatan lambat dalam pembelajaran dan perkembangan, dapatkan bantuan, anak anda mungkin memerlukan penilaian dari pakar psikologi atau pakar kanak-kanak atau mengalami masalah pembelajaran spesifik seperti Dyslexia.
- Sekiranya anda mengalami kesulitan dengan bayi anda contohnya tangisan tiada henti dapatkan pertolongan dari perkhidmatan komuniti.
- Sekiranya anak anda di luar kawalan anda patut dapatkan bantuan.
- Sesiapa yang mengesyaki penderaan perlu melaporkan segera kepada polis atau Talian Nur hotline.
Bagaimana untuk mencegah berlakunya penderaan seksual kanak-kanak
- Tingkatkan kesedaran umum berkenaan gangguan/ancaman seksual.
- Sikap yang positif terhadap mangsa penderaan seksual.
- Mengajar kanak-kanak berkenaan nilai moral dan sosial dan menghormati orang lain.
- Elakkan perbezaan peranan antara jantina.
- Elakkan stigma atau perasaan segan dan malu untuk laporkan gangguan seksual.
- Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun, ibu bapa perlu mula mengajar tentang sentuhan yang baik dan yang tidak dan memberitahu orang dewasa yang sesuai sekiranya mereka tidak selesa dengan sentuhan atau layanan yang diberi terhadap mereka oleh sesiapa pun.
Pautan Lain
- Direktori Pelindung Kebajikan Masyarakat Daerah – http://www.jkm.gov.my
- Teledera hotline 1800-88-3040
- www.everychildmatters.gov.uk/deliveringservices/commoncore/
- http://www.nspcc.org.uk/Inform/Home/InformHomepage_ifega26884.html
- Child Welfare Information Gateway (National Clearing House on Child Abuse and Neglect), USA
http://www.childwelfare.gov/ - Majlis Kebajikan & Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia, No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur
= tel : +603 40447640/ 40447641 fax : +603 40447705
= email – ncswm@po.jaring.my - National CBR Co-odinating Committee Malaysia, room 3, 2nd Floor, Bangunan SSAAS, 16, lorong utara A, 46700 PJ Selangor
- Women’s Aid Organisation, P. O. Box 493, Jalan Sultan, 46760 PJ Selangor.
tel : +603 79563488/ 79575068 fax : +603 79563237 - Rumah Ozanam, No. 1, Lorong 4/48D, Jalan Padang, 46050 Petaling Jaya Selangor
- All Women’s Action Society (AWAM) no. 85 Jalan 21/1 Sea park 46300 PJ S’go.
tel : +603 78774221 fax : +603 78743312 - Malaysian Care, 15, Jln 3/146 Metro Centre Bandar Tasik Selatan 57000 KL
tel : +60390582102 fax : +603 90584057 - Women’s Center for Change (WCC) 24-D Jalan Jones 10250 Pulau Pinang
tel : +604 2280342 - World Vision
tel : +603 77221505
Rujukan
- Hobbs C.J., Hanks G.I.,Wynne J.M. 2000. Child Abuse and Neglect
– A Clinician’s Handbook. 2nd edition. Churchill Livingstone - Giardino E.R., Giardino A.P. 2003. Nursing approach to the evaluation of child maltreatment.
G.W.Medical Publishing Inc., St Louis - WHO and International Society for the Prevention of Child Abuse and Neglect. 2006.
Preventing Child Maltreatment: a guide to taking action and generating evidence. WHO Press.
Tarikh Akhir Kemaskini | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Siti Aishah bt. Saidin |
Penyemak | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |