Pengapitan tali pusat “awal” kebiasaannya dilakukan pada tempoh 60 saat yang pertama selepas kelahiran bayi (sekitar 15-30 saat). Pengapitan tali pusat “bertangguh” pula dilakukan lebih dari 1 minit selepas kelahiran atau setelah denyutan pada tali pusat sudah reda.
Kadar penggunaan
Kadar penggunaan pengapitan tali pusat bertangguh ini ialah rendah memandangkan ia adalah teknik terbaru dalam amalan obstetrik moden.
Kelebihan
Ada bukti-bukti yang menyatakan pengapitan tali pusat bertangguh ini adalah bermanfaat dan dapat memperbaiki status zat besi seorang bayi sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Untuk beberapa minit setelah kelahiran, pengaliran dari plasenta ke bayi masih lagi berlaku. Dengan menunggu selama 2-3 minit sebelum mengepit tali pusat, atau menunggu sehingga denyutan pada tali pusat beransur hilang, ia akan membantu mengalirkan darah plasenta ke bayi (proses ini dikenali sebagai “pemindahan plasenta”), kebanyakannya berlaku dalam lingkungan 3 minit. (lihat Jadual 1).
Pemindahan plasenta ini menyediakan bekalan zat besi yang cukup untuk tempoh 6-8 bulan yang pertama, mengelakkan atau memperlahankan kekurangan zat besi sehingga lain-lain bentuk bantuan – seperti pemakanan makanan yang kaya dengan zat besi, dapat dijalankan. Kekurangan zat besi pada tempoh beberapa bulan pertama ini dikaitkan dengan perkembangan neurologi yang lambat.
Jadual 1. Ringkasan mengenai faedah serta-merta dan faedah jangka panjang Pengapitan Tali Pusat Bertangguh untuk bayi (cukup bulan/pra-matang/kurang berat badan) dan ibu
Faedah serta-merta |
Faedah jangka panjang |
|||
Cukup bulan/pra-matang/kurang berat badan |
Cukup bulan |
Ibu |
Cukup bulan/pra-matang/kurang berat badan |
Cukup bulan |
Mengurangkan risiko:
|
Menyediakan jumlah darah yang mencukupi dan zat besi |
Tiada kesan ke atas pendarahan yang di alami ibu atau kepanjangan kelahiran peringkat ketiga |
Meningkatkan hemaglobin seawal usia 10 minggu |
Meningkatkan status hematologi (hemoglobin dan hematokrit) pada usia 2-4 bulan |
Mengurangkan keperluan:
|
Meningkatkan:
|
Petunjuk dari ujian ‘kord saliran’ yang mengisi darah plasenta darah, memendekkan kelahiran peringkat ketiga mengurangkan insiden plasenta dikekalkan |
Boleh menjadi manfaat kepada hasil perkembangan neuro pada bayi lelaki |
Meningkatkan status sehingga umur 6 bulan |
Meningkatkan:
|
|
|
|
|
Kelemahan
- Jika ada keperluan untuk memulihkan bayi secepat mungkin: Perancangan masa untuk pengapitan tali pusat bayi adalah relevan kepada langkah-langkah pemulihan bayi baru lahir. Kira-kira 25% daripada punca kematian bayi baru lahir di seluruh dunia adalah disebabkan “birth asphyxia”, yang ditakrifkan sebagai kegagalan untuk memulakan dan mengekalkan pernafasan sewaktu dilahirkan. Pemulihan yang efektif sewaktu kelahiran dapat mengelakkan sebahagian besar daripada kematian ini. Dalam banyak keadaan, pengapitan dan pemotongan tali pusat adalah diperlukan untuk memulakan protokol atau prosedur pemulihan untuk bayi, yang disebabkan oleh kedudukan peralatan pemulihan di dalam bilik bersalin yang memerlukan pemindahan bayi yang baru lahir. Tidak dapat dipastikan sama ada langkah pemulihan dengan tali pusat bayi yang masih bersambung ini suatu langkah yang baik [untuk bayi], walaupun ada kajian terkini yang mendapati ia adalah langkah yang berguna di dalam sesetengah keadaan.
- Pendarahan selepas bersalin dan kaitannya dengan masa untuk mengepit tali pusat : Tiada perbezaan ketara dari segi kadar pendarahan selepas bersalin yang teruk (>1000ml) atau pendarahan selepas bersalin biasa (>500ml) antara kumpulan yang mengepit tali pusat secara awal atau lambat. Tambahan lagi, untuk aspek masa yang diperlukan untuk pengapitan tali pusat, telah didapati bahawa ia tidak mendatangkan kesan ketara sewaktu tempoh ujikaji ini dijalankan, akan tetapi, untuk menangani isu ini (pendarahan selepas bersalin dan kaitannya dengan masa pengapitan tali pusat), lebih banyak ujikaji akan dijalankan.
- Jaundis (demam kuning) mungkin akan menjadi lebih lazim setelah pengapitan tali pusat lambat dijalankan, tetapi selagi ada rawatan fototerapi untuk jaundis, ia akan mendatangkan manfaat.
Untuk kelahiran “term” (cukup bulan/matang), ketika tali pusat masih bercantum, bayi itu boleh diletakkan pada abdomen atau dada ibu selepas kelahiran vaginal (biasa) tanpa mempengaruhi isipadu pemindahan plasenta. Dengan mengambil kira pengaruh graviti terhadap pemindahan plasenta, nasihat yang bagus ialah sewaktu tali pusat masih bercantum, bayi itu tidak perlu diangkat lebih tinggi.
“Timing” atau pengukuran tempoh masa bagi pengapitan tali pusat perlu direkodkan secara rutin dalam catatan perubatan.
Penggunaan ubat-ubatan “intramuscular uterotonic” (contoh: oxytocin) sebelum pengapitan tali pusat tidak akan mempengaruhi pemindahan plasenta dengan ketara.
Untuk kelahiran “preterm” (pra-matang), bukti-bukti berkaitan kesan pengapitan tali pusat adalah kurang jelas berbanding bukti-bukti yang sama untuk kelahiran “term”, walaupun data dari ujikaji ada menunjukkan bahawa menunda pengapitan tali pusat mungkin mempunyai kelebihan untuk kelahiran “preterm” jika dibandingkan dengan mengapit tali pusat dengan kadar segera.
Pemerahan tali pusat (cord milking) ialah alternatif untuk pemotongan tali pusat bertangguh, tetapi ia memerlukan lebih kajian dari segi manfaat dan risikonya sebelum ia dilakukan dalam amalan rutin.
Saranan WHO
- Untuk bayi-bayi “term” atau “preterm” baru lahir yang tidak memerlukan pemulihan (resuscitation), tali pusat itu tidak sepatutnya diapit lebih awal daripada 1 minit selepas kelahiran.
- Apabila bayi-bayi “term” atau “preterm” memerlukan pemulihan (resuscitation), tali pusat itu perlu diapit dan dipotong supaya pernafasan efektif (effective ventilation) dapat dijalankan.
- Bayi-bayi baru lahir yang tidak bernafas secara spontan selepas dikeringkan sepenuhnya perlu dirangsangkan dengan cara menggosok bahagian belakang mereka sebanyak 2-3 kali sebelum pengapitan dan memulakan pemulihan.
- Pengapitan tali pusat (dilakukan sekitar 1-3 minit selepas kelahiran) adalah disyorkan untuk semua jenis kelahiran, semasa memulakan penjagaan selepas lahir dengan secara serentak.
- Pengapitan awal tali pusat (kurang dari 1 minit selepas kelahiran) tidak disyorkan kecuali jika bayi baru lahir mengalami asphyxia (tidak mampu bernafas) dan perlu dipindahkan segera untuk tujuan pemulihan.
Rujukan
- The Royal College of Obstetricians and Gynecologists UK,
https://www.rcog.org.uk/globalassets/documents/guidelines/scientific-impact-papers/sip-14.pdf - The WHO: http://www.who.int/nutrition/publications/guidelines/cord_clamping/en/
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis/Penterjemah | : | Dr. Hj. Mohamed Hatta b. Mohamed Tarmizi |
Akreditor | : | Dr. Haris Njoo Suharjono |
Penyemak | : | Dr. Rafaie bin Amin |