A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Krisis
  8. /
  9. 15 Indikator penghidap Kemurungan...

15 Indikator penghidap Kemurungan Tersembunyi

Kebanyakan kes kemurungan yang tidak dirawat, berakhir dengan pengakhiran yang tragik. Di antara 10% hingga 15% orang yang menghidap kemurungan yang teruk dan tidak dirawat mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mereka menyembunyikan atau menyimpannya sebagai satu rahsia gelap di mana mereka tidak mahu mendedahkannya.

 

Kebanyakan kes kemurungan yang tidak dirawat, berakhir  dengan pengakhiran yang tragik. Di antara 10% hingga 15% orang yang menghidap kemurungan yang teruk dan  tidak dirawat mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mereka menyembunyikan atau menyimpannya sebagai satu rahsia gelap di mana mereka tidak mahu mendedahkannya.
Sebagai tambahan, terdapat juga manusia yang mempunyai imej luaran yang berbeza daripada kehidupan peribadi mereka dan diri yang terseksa. Cabarannya adalah untuk melihat kepada tanda-tanda yang mungkin dan membantu mereka untuk mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu, bagaimana kita boleh mengenal individu yang mengalami kemurungan tersembunyi ini dan bagaimana kita boleh membantu mereka?

    1. Kelihatan tidak tertekan

Kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi tentang kelakuan dan penampilan sekiranya seseorang individu mengalami kemurungan. Lazimnya, kita membayangkan penghidap kemurungan adalah seorang yang jarang keluar bilik, tidak berpakaian kemas dan kelihatan sengsara. Namun realitinya, penghidap kemurungan tidak semuanya berkelakuan sedemikian. Setiap individu adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Ini termasuklah dari segi simptom dan keupayaan menghadapi kemurungan. Kebanyakan penghidap kemurungan tersembunyi zahirnya dapat mengekalkan  kesihatan mental yang baik untuk melindungi diri mereka dan langsung tidak kelihatan menderita sedikit pun ini kerana mereka boleh melakukannya.

    1. Kelihatan penat dan sentiasa mengadu cepat keletihan

Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua orang dengan gangguan ini dapat berjuang dengannya, tetapi ia adalah perkara yang sangat biasa. Begitu juga jika seseorang itu hidup dengan kemurungan yang tidak didiagnosis, punca keletihan boleh jadi mengelirukan. Mereka dapat tidur dengan secukupnya dan bangun pagi dengan perasaan seperti mereka hanya tidur beberapa jam. Lebih teruk lagi, mereka menyalahkan diri-sendiri, percaya ia berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah. Ini juga merupakan simptom yang sukar untuk disembunyikan kepada mereka yang telah didiagnosis kemurungan tetapi cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan kerana ia selalu memberi  kesan kepada bebanan kerja dan hubungan peribadi.

    1. Orang yang panas baran

Sikap panas baran sering dikaitkan dengan penghidap kemurungan. Kelakuan ini boleh ditafsirkan sebagai melankolik walaupun itu sebenarnya bukan apa yang mereka rasakan. Ini kerana kemurungan adalah masalah kesihatan yang tidak boleh dilihat atau diukur. Jika seseorang yang kita kenali mengetahui bahawa mereka murung dan berkongsi masalahnya dengan kita, kemungkinan pada awalnya kita akan keliru jika kelakuan sebelumnya tidak sesuai dengan tanggapan biasa orang mengenai kemurungan yang diiringi dengan sifat malu dan pendiam. Jika mereka cepat marah dan mudah  merasakan sesuatu perkara itu menjengkelkan, itu sebenarnya merupakan salah satu  kesan sampingan kemurungan.

    1. Sukar untuk bertindak balas kepada kasih sayang dan keprihatinan

Pemahaman negatif mengenai kemurungan seperti yang  dibayangkan  di atas melibatkan perasaan sedih. Sebaliknya, individu yang mengalami kemurungan cenderung  untuk tidak merasai apa-apa atau hanya sebahagian dan secara ringkasnya mengalami emosi. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengadu berasa hampir kaku dan perkara yang dekat dengan emosi yang mereka alami adalah kesedihan dan/atau kemarahan. Oleh sebab itu, sukar bagi mereka untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada isyarat badan atau perkataan yang menunjukkan kasih sayang atau mereka hanya tidak memikirkannya lagi. Mereka mungkin merasa jengkel atau marah dengan kita mengenai perkara ini, kerana akal mereka terlalu sukar untuk memproses dan bertindak balas kepada isyarat kasih sayang tersebut.

    1. Tidak bersemangat dan kerap menolak aktiviti yang pernah mereka gemari

Kurangnya minat dalam melakukan aktiviti dalam satu tempoh masa yang panjang boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kemurungan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, kemurungan yang sama ada melibatkan beban fizikal dan mental menjadikan perkara yang pernah mereka gemari sukar untuk dilakukan. Aktiviti-aktiviti yang pernah mereka gemari secara umumnya akan hilang kerana kemurungan ini selalunya membuatkan ia sukar untuk dinikmati dan merasa puas.

    1. Melahirkan tabiat makan yang tidak normal

Tabiat makan yang tidak normal berpunca daripada 2 sebab: sebagai satu bentuk penerimaan atau kesan sampingan kepada kurangnya penjagaan diri. Makan terlalu sedikit atau terlalu banyak adalah merupakan tanda  kemurungan yang biasa. Apabila makanan dijadikan sumber kepuasan bagi orang yang mengalami kemurungan, mereka  cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan atau terlalu sedikit. Hal ini berlaku kerana mereka tidak sedar untuk mengawal sesuatu memandangkan  penyakit ini tidak boleh dikawal. Jika seseorang itu tidak didiagnosis atau tidak berkongsi masalah ini, orang lain akan menganggap tabiat pemakanan sedemikian sebagai kesalahan peribadi dan menghukum mereka, dimana ia boleh membuatkan mereka berasa lebih teruk dan merasakan diri tidak berguna

    1. Mula memerlukan lebih daripada kita

Orang yang mengalami kemurungan secara amnya tidak bertindak seperti manusia biasa. Akan ada perkara yang tidak mampu untuk dilakukan sebanyak atau sekerap yang mungkin. Mengusik atau memalukan mereka mengenai perkara ini akan hanya menyakitkan dan langsung tidak membantu. Jika mereka merahsiakan kemurungan ini, ia akan lebih sukar untuk berurusan dengan orang lain kerana mereka tidak boleh melaksanakan sesuatu perkara itu setanding dengan manusia biasa.

    1. Ada hari yang buruk dan baik

Kemurungan ada pasang surutnya. Jika seseorang itu mengalami kemurungan yang tersembunyi atau tidak didiagnosis, mereka akan kelihatan seperti memiliki perasaan yang berubah-ubah bergantung kepada tahap kemurungan. Perubahan ini kelihatan seperti tanpa sebab tetapi ia adalah cara bagaimana sesetengah peghidap kemurungan meluahkannya. Jika kita mengetahui seseorang itu mengalami kemurungan, kita tidak seharusnya percaya yang mereka sudah sembuh sepenuhnya hanya kerana beberapa hari yang baik. Manakala, adalah sesuatu yang bagus  jika mereka mempunyai  hari yang lebih baik daripada sebelumnya, kita  membiarkan mereka memberitahu  aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari tersebut.

Kesimpulannya, kita haruslah menyokong dan membantu rakan atau ahli keluarga kita yang mengalami kemurungan dan biarkan mereka meluahkan masalah yang dihadapi atau kata lain menjadi pendengar yang setia.

    1. Merupakan seorang yang ceria dan mudah bergaul

Penyelidik-penyelidik di Universiti of Rochester Medical Center mendapati penghidap kemurungan sukar untuk dikenalpasti apabila mereka berada dalam keadaan yang ceria terutamanya dalam kelompok orang dewasa. Kita tidak seharusnya mengambil ringan bahawa orang yang ceria dan pandai bergaul mungkin imun daripada kemurungan. Jadi, kita sepatutnya  mencari beberapa petunjuk dan paling penting sekali  menjadi pendengar yang empati.

    1. Sembunyikan  kemurungan

Terdapat beberapa kajian  menarik yang berkaitan dengan sikap kemurungan orang Eropah dan Australia. Begitu banyak stigma yang dikaitkan dengan kemurungan di Australia sehingga membuatkan mereka bertekad untuk tidak mendedahkannya. Mereka mungkin berasa malu atau takut akan kehilangan pekerjaan dengan berpandukan kepada bilangan cuti sakit yang diambil kerana masalah kesihatan mental. Rakyat Australia mengambil cuti 14 hari manakala orang Eropah menggunakan 36 hari mengubati kemurungan.

    1. Memerlukan penyembuhan/penutupan daripada trauma yang lalu

Bayangkan kehidupan yang sempurna seperti mempunyai anak-anak yang hebat, kerjaya dan perkahwinan yang stabil. Sebaliknya, masih ada lagi kisah duka lampau yang masih belum sembuh atau masih terpendam. Ahli psikologi menggambarkan mereka sebagai PHDP (Perfectly-Hidden-Depressed Person). Keyakinan dan kebahagiaan yang ditunjukkan berbeza dengan apa yang dialami. Masalah ini sering diabaikan terutamanya kepada penghidap yang akhirnya cuba untuk membunuh diri. Hal ini berlaku disebabkan oleh tiada siapa yang dapat melihat tanda-tanda atau penghidap tidak berani untuk menceritakan masalah yang dialami. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti apabila rakan atau orang yang kita sayang bercerita mengenai keletihan dan kebimbangan.

    1. Tabiat makan yang tidak normal

Pakar percaya bahawa kemurungan dan gangguan makanan berkait rapat antara satu sama lain. Ini merupakan dua penyakit yang berasingan, walaupun satu boleh mempengaruhi yang lain atau berlaku dengan serentak. Saban hari, bilangan manusia yang mengalami gangguan makanan semakin bertambah. Ini mungkin disebabkan oleh tekanan media, bentuk badan, senaman dan kemurungan. Jika kita mendapati orang yang kita sayang mengalami perubahan selera makan, cuba pujuk dan gesa mereka untuk mendapatkan rawatan. Kemurungan  tersembunyi mungkin penyebab kepada perubahan tabiat ini.

    1. Tidak ambil kisah dengan kebahagiaan mereka

Penghidap kemurungan tersembunyi acap kali tidak bersemangat melakukan perkara yang mereka suka. Jika mereka  mendakwa sudah  tidak lagi murung, tetapi sebenarnya mereka tidak ambil peduli lagi, ini mungkin  merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda membaca buku 10 Steps to Take Charge of Your Emotional Life, anda akan mendapati lebih banyak contoh bagaimana kekuatan diri dapat  mengatasi kemurungan dan kebimbangan. Selain itu, terdapat juga bab yang berguna seperti bagaimana kaunseling, ubatan atau rawatan alternatif yang boleh dijadikan rawatan pilihan. Jadi, langkah pertama untuk mendapatkan rawatan ialah penghidap kemurungan ini perlu menceritakan dan meluahkan masalah mereka.

    1. Menunjukkan kemarahan dan tidak sabar

Kita selalu menghubungkan kemurungan dengan sikap sambil lewa, tidak berdaya. pemikiran melankolik dan kesedihan. Tetapi ada juga simptom kemurungan di mana selalunya sukar untuk dikenal  pasti kerana dianggap ledakan emosi sementara. Ia dianggap gangguan yang tidak penting dan boleh diabaikan.  Kemarahan merupakan  cara orang memanifestasikan kemurungan yang dialami dan kebanyakkan daripada kita menggunakan cara ini untuk meluahkannya.

    1. Tidak mendapat tidur yang mencukupi

Jika orang yang kita sayangi mengadu  tidak dapat tidur yang secukupnya (atau terlebih tidur), ini mungkin merupakan tanda amaran menunjukkan ada sesuatu yang kurang baik berlaku. Masalah-masalah tidur ini mungkin hanya tanda luaran kepada sebab yang lebih dalam dan penuh bermasalah di mana boleh menyebabkan kebimbangan, kurang aktif atau kemurungan. Masalah-maslah tidur dan kemurungan selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Penyelesaikan secara perlahan-lahan selalunya berguna untuk mengetahui apakah sebab yang mungkin, jika seseorang itu besedia untuk meluahkanya.

Semakan Akhir : 18 Januari 2017
Penulis : Pn. Khadijah Minhat
Akreditor : Pn. Ruhana bt. Mahmod

Artikel Berkaitan

Generalized Anxiety Disorder (GAD)

if your worries and fears are so intense and consistent up to a point if affects your normal daily function and ability to relax, you may have Generalized Anxiety Disorder (GAD).

Delirium / Meracau

Pengenalan ‘Delirium’ adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,126

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia