A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Forensik
  6. /
  7. Pengurusan Mayat Tidak Dituntut

Pengurusan Mayat Tidak Dituntut

Mayat dikategorikan sebagai mayat yang tidak dituntut apabila segala usaha mencari identiti mayat telah dilaksanakan oleh pihak berwajib tetapi masih tidak diketahui identitinya, atau waris si mati tidak dapat dijumpai/dihubungi

Pengenalan

Mayat dikategorikan sebagai mayat yang tidak dituntut apabila segala usaha mencari identiti mayat telah dilaksanakan oleh pihak berwajib tetapi masih tidak diketahui identitinya, atau waris si mati tidak dapat dijumpai/dihubungi. Ada juga keadaan pihak polis menghantar mayat reput atau tinggalan rangka (skeletal remains) yang memang mustahil untuk diperolehi identiti dalam tempoh masa yang singkat. Akibatnya, mayat yang tidak dituntut ini akan berada lama dalam simpanan Jabatan Perubatan Forensik.

Berdasarkan praktis semasa di Jabatan Perubatan Forensik, semua mayat yang tidak diterima di jabatan, baik dari dalam hospital mahupun dari luar, akan didaftarkan di dalam Buku Daftar Kematian. Ia termasukkan mayat tanpa identiti.

Mayat Dipercayai Beragama Islam Semasa Hidupnya

Bagi mayat Islam, mayat disimpan di dalam jabatan dalam masa 3 hari. Dalam tempoh ini dan selepasnya, identiti si mati termasuk waris dikenal pasti secara hebahan menggunakan perkhidmatan pihak polis, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak Kedutaan yang terlibat.

Sekiranya mayat tidak dituntut selepas tiga hari dari tempoh masa penerimaan mayat, ia diklasifikasikan sebagai mayat tidak dituntut. Dalam tempoh ini, kes akan dirujuk ke Pengarah Hospital untuk Pengebumian Hospital (Hospital Burial) sekiranya tiada waris atau identiti tidak dikenal pasti. Kes diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk tujuan pengebumian.

Mayat Bukan Islam

Untuk mayat bukan Islam, mayat disimpan dalam masa 2 minggu (14 hari). Dalam tempoh ini dan selepasnya identiti si mati termasuk waris dikenal pasti secara hebahan melalui perkhidmatan pihak polis, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak Kedutaan yang terlibat.

Selepas tempoh ini, kes akan dirujuk kepada Pengarah Hospital untuk Pengebumian Hospital (Hospital Burial). Sekiranya tiada waris atau identiti dikenalpasti. Kes diserahkan kepada persatuan-persatuan agama yang dipercayai terlibat untuk urusan pembakaran mayat yang akan dilakukan di krematorium.

Penyerahan Kepada Universiti Bagi Tujuan Akademik

Kriteria kesesuaian mayat untuk didermakan kepada universiti bagi tujuan pembelajaran atau penyelidikan adalah seperti berikut:

  • Mayat bukan mayat orang Islam.
  • Mayat tidak dituntut lebih daripada 14 hari.
  • Si mati semasa hidupnya atau waris si mati tidak membantah akan kenyataan bahawa jasad si mati akan digunakan bagi maksud pembelajaran atau penyelidikan perubatan.
  • Ia tidak melibatkan mayat yang dibedah siasat atau yang terlibat dengan ‘inques’ atau dijalankan penyiasatan berkenaan dengan kematian di bawah Kanun Acara Jenayah.
  • Tiada waris si mati yang masih hidup untuk menuntut mayatnya dari Jabatan/Unit Perubatan Forensik.

Prosedur penyerahan mayat kepada pihak universiti adalah mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 5/2008 Garis Panduan Penyerahan Mayat Yang Tidak Dituntut Di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Kepada Fakulti Perubatan Universiti Tempatan Bagi Maksud Pendidikan Atau Penyelidikan Perubatan.

Rujukan

  • Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 5/2008 Garis Panduan Penyerahan Mayat Yang Tidak Dituntut Di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Kepada Fakulti Perubatan Universiti Tempatan Bagi Maksud Pendidikan Atau Penyelidikan Perubatan MOH/P/PAK/164.08 (GU)

 

Semakan Akhir : Februari 2024
Penulis : Salina bt. Hisham
Penyemak : ChM. Dr. Khairul Adli bin Nikman

Artikel Berkaitan

Perawatan Fisioterapi Bagi Terseliuh Buku Lali Kaki

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera. Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,993,650

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia