Pengenalan
Penyakit kulit pekerjaan adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada agen atau bahan berbahaya yang terdapat di tempat kerja.
Contohnya seperti di dalam jadual dibawah.
Penyakit Kulit Pekerjaan |
Ciri-ciri |
Agen berbahaya yang sering menyebabkannya |
---|---|---|
Dermatitis Kontak Pekerjaan |
|
Bahan-bahan pewarna, getah, formaldehida, tepung, racun makhluk perosak, pelarut organik, simen, kimia pencuci, disel, minyak parafin dan bahan pencair. |
Kanser Kulit Pekerjaan |
|
Radiasi, jelaga, tar dan minyak pelincir mineral. |
Jerawat Pekerjaan |
|
Minyak dan gris. |
Leukoderma Pekerjaan (Vitiligo) |
|
Bahan mengandungi fenol dan hidrokinon. |
Pencegahan
Bagaimanakah cara untuk mencegah penyakit kulit pekerjaan?
- Elakkan dari menyentuh bahan merbahaya yang telah dikenalpasti menyebabkan penyakit kulit.
- Amalkan kebersihan diri. Basuh bahagian badan yang tersentuh bahan merbahaya di tempat kerja serta merta.
- Gunakan krim pelindung semasa bertugas di tempat terdedah kepada cahaya matahari.
- Pakai alat pelindung diri untuk menghalang sentuhan terus kepada agen berbahaya. Contohnya, sarung tangan, penutup muka, baju berlengan panjang, seluar panjang dan apron yang sesuai.
- Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan SEGERA jika mengalami penyakit kulit berkaitan pekerjaan.
- Laporkan SEGERA kepada majikan supaya langkah kawalan yang sesuai dapat dijalankan untuk memperbaiki keadaan tempat kerja).
Penyiasatan
Bagaimanakah penyakit kulit pekerjaan dapat disahkan?
- Penyakit kulit pekerjaan biasanya bertambah baik semasa bercuti dan bertambah teruk setelah kembali bekerja.
- Ujian yang khusus seperti ujian tampalan kulit dan ujian biopsi kulit diperlukan untuk pengesahan. (Spesimen daripada bahagian kulit yang terlibat diambil untuk pemeriksaan di bawah mikroskop).
Rawatan
Apakah rawatan bagi penyakit kulit pekerjaan?
Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan penyakit.
- Jenis penyakit kulit
- Penyakit kronik
Langkah paling penting ialah untuk mencegah berulangnya kejadian penyakit kulit pekerjaan adalah dengan mengelakkan pendedahan atau menyentuh agen berbahaya berkenaan. Rawatan perubatan boleh diberikan untuk menyembuhkan gejala gatal, ruam dan sebagainya. Pembedahan diperlukan untuk membuang kanser kulit.
Notifikasi
Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:
- Majikan
- Pengamal perubatan yang merawat
Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.
Alamat untuk dihubungi
Untuk keterangan lanjut, e-mail kepada: ohealth@dph.gov.my
Semakan Akhir | : | 25 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Sirajuddin Hashim |
: | Dr. Nor’Aishah Abu Bakar | |
: | Dr. Abu Hassan Shaari Abd Kadir | |
Penyemak | : | Datin Dr. Asmah Johar |