Pengenalan
Penyakit pneumokokus adalah masalah kesihatan awam di seluruh dunia. Streptokokus Pneumonia adalah punca utama radang paru-paru yang teruk di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia menyebabkan lebih satu (1) juta kematian setiap tahun terutamanya di negara membangun. Jangkitan di negara-negara maju seperti negara perindustrian kerap berlaku dalam kalangan orang tua.
Agen penyebab:
Penyakit pneumokokus merujuk kepada sekumpulan keadaan klinikal yang disebabkan oleh bakteria Steptococcus pneumonia. Jangkitan pneumokokus invasif melibatkan radang-radang paru-paru (pneumonia), radang pada selaput otak (meningitis) dan demam disebabkan oleh bakteremia (bakteria dalam darah). Jangkitan jenis tidak invasif melibatkan otitis media (jangkitan telinga tengah), resdung dan bronkitis.
Cara jangkitan:
- Secara langsung dari orang kepada orang lain iaitu melalui rembesan mulut dan hidung yang terhambur keluar ke udara semasa pesakit batuk, bersin, bercakap atau mengadakan hubungan oral (ciuman mulut ke mulut); atau
- Secara tidak langsung iaitu melalui objek (contoh: tisu atau tuala). yang tercemar dengan rembesan mulut dan hidung
Tempoh pengeraman: Tidak menentu. Seawal 1 hingga 3 hari.
Pesakit kronik (seperti kegagalan renal, penyakit hati, diabetes, HIV / AIDS, immunosuppression selepas pemindahan organ, asplenia (limpa tidak berfungsi) dan lain-lain yang melakukan perjalanan adalah berisiko tinggi.
Tempat sesak atau situasi di mana berlaku kontak rapat dan dalam tempoh yang panjang dengan kanak-kanak meningkatkan risiko dijangkiti penyakit semasa melakukan perjalanan. Risiko jangkitan juga meningkat semasa musim sejuk apabila virus seperti Influenza merebak.
Tanda dan Gejala
Demam mengejut (seram sejuk atau menggigil dan/atau lain-lain gejala sistemik seperti myalgia (sakit pada otot), arthralgia (sakit pada sendi), sakit kepala, sakit pada selaput paru-paru (pleural), sukar bernafas, tachypnea (pernafasan yang cepat dan pendek) dan batuk berkahak yang berterusan (rusty sputum).
Komplikasi
Perubahan pada status mental dan boleh membawa maut.
Rawatan
Rawatan simptomatik
Antibiotik: Pneumonia yang teruk dirawat dengan Penisilin G atau Erythromycin. Manakala pneumonia yang kurang teruk, dirawat menggunakan antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin atau Ciprofloxacin.
Pencegahan
Vaksinasi sebagai Profilaksis.
Jenis vaksin: Polisakarida kapsul dari 23 valen vaksin pneumokokus (Capsular Polysaccharides of the 23 valent pneumococcal vaccine).
Bilangan dos: Satu (1) dos diberikan secara suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.
Imunisasi semula:
- Individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan maut pneumokokus seperti pesakit tanpa organ limpa (asplenic) – selepas 6 tahun.
- pesakit sindrom nephrotic, kegagalan buah pinggang dan penerima transplant – selepas 3 hingga 5 tahun.
Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.
Kesan buruk: Sederhana di kawasan setempat.
Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum berlepas.
Disyorkan untuk: Mereka yang berisiko tinggi (seperti yang dinyatakan di atas).
Langkah berjaga-jaga khusus: Tiada
Semakan Akhir | : | 14 November 2014 |
Penulis | : | Dr. Norhayati bt. Rusli |
Penterjemah | : | Noorhayati bt. Kassim |
Akreditor | : | Dr. Norhayati bt. Rusli |