Masalah pendengaran adalah salah satu daripada masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Masalah ini dikenalpasti melalui pelbagai situasi. Antaranya apabila kita kurang dengar atau tidak dapat mendengar langsung percakapan orang lain. Manakala seorang kanak-kanak tidak dapat bertutur dengan jelas kerana tidak boleh mendengar dengan baik. Kajian menunjukkan bagi setiap 1000 kelahiran bayi, kira-kira 1 hingga 6 bayi mengalami masalah pendengaran pada tahap sederhana hingga sangat teruk (1-6:1000) (6).
Sebab-sebab Masalah Pendengaran
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang mengalami masalah pendengaran. Sesetengahnya mendapat masalah pada peringkat awal perkembangan ketika dalam kandungan ibu, ketika usia bayi, kanak-kanak, usia dewasa atau pun ketika meniti usia tua. Masalah pendengaran dikategorikan kepada dua bahagian iaitu masalah yang wujud sejak lahir (congenital) atau selepas kelahiran iaitu bila-bila masa atas sebab-sebab tertentu (acquired). Contoh masalah congenital adalah jangkitan viral ketika ibu mengandung atau ketika proses kelahiran yang mengakibatkan masalah pendengaran pada fetus atau bayi. Masalah pendengaran acquired pula diperolehi akibat jangkitan kuman atau penyakit tertentu. Penyebab utama masalah pendengaran kekal bagi kedua-dua telinga biasanya adalah tidak diketahui (unknown) (2).
Faktor-faktor risiko untuk mendapat masalah pendengaran di kalangan bayi dan kanak-kanak:
Faktor Risiko | |
Keturunan * | Kerisauan ibubapa * |
Bantuan oksigen (ventilation) > 5 hari | Ubat-ubatan (ototoxic) |
Jaundis * | Jangkitan kepada ibu mengandung (in-utero infection) |
Penyakit neurodegeratives | Sindrom berkaitan * |
Kecederaan kepala | Meningitis * |
Low birth weight (<1.5 kg) | Skor APGAR pada 0-4 (1 minit) atau 0-6 (5 minit) |
Kecacatan craniofacial |
Faktor risiko yang ditanda * perlu diberi perhatian untuk masalah pendengaran yang mungkin dapat dikesan lambat (delayed-onset)(6).
Rajah 1: Struktur telinga (www.hearlife.com) |
Telinga luar (outer ear):
Telinga tengah (middle ear):
Telinga dalam (inner ear):
|
Pengkelasan Jenis Masalah Pendengaran
Terdapat 3 jenis masalah pendengaran yang utama iaitu konduktif, sensorineural dan bercampur. Sebab-sebab kepada setiap masalah pendengaran tersebut merujuk kepada di bahagian mana struktur telinga yang terlibat.
Masalah pendengaran konduktif
Berlaku pada bahagian telinga luar dan telinga tengah. Antara sebab-sebab masalah pendengaran konduktif;
- Ketidaknormalan struktur telinga (Rajah 2)
- Jangkitan dalam telinga tengah (otitis media) (Rajah 3)
- Gegendang telinga berlubang (Rajah 4)
- Salur telinga tersumbat (Rajah 5)
Rajah 2 (Stanford school of medicine) | Rajah 3 (healthfavo.com) |
Rajah 4 (www.souuthlakeent.com) | Rajah 5 (www.aafp.org) |
Otitis media
Otitis media adalah salah satu penyakit yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak (3). Penyakit ini terjadi di bahagian telinga tengah di mana terdapat cecair yang terkumpul di dalamnya iaitu di belakang gegendang telinga. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya halangan kepada sebarang bunyi yang masuk ke dalam telinga. Otitis media selalunya akan menyebabkan masalah pendengaran konduktif. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa penyakit otitis media yang berterusan boleh mengakibatkan masalah pendengaran sensorineural terutamanya bagi bunyi-bunyi berfrekuensi tinggi.(3)
Masalah Pendengaran Sensorineural
Berlaku masalah pada struktur telinga dalam sama ada pada organ pendengaran iaitu koklea atau saraf auditori. Antara sebab kepada masalah pendengaran sensorineural adalah;
- Terdedah kepada bunyi bising dalam tempoh yang lama
- Kecederaan kepala
- penyakit
- genetik/ keturunan
- faktor usia
- ubat-ubatan
Masalah Pendengaran Bercampur
Berlaku apabila individu mempunyai kedua-dua masalah konduktif dan sensorineural.
Kesimpulan
Terdapat banyak faktor penyebab kepada masalah pendengaran sama ada yang berlaku pada sistem pendengaran atau dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran. Ianya dialami oleh semua golongan masyarakat daripada bayi hinggalah orang dewasa.
Rujukan
- C Wilson, A Roberts, D Stephens: Aetiological investigation of sensorineural hearing loss in children: Arch Dis 2005; 90:307-309.doi: 10.1136/adc.2004.049197.
- Denoyelle F, Marlin S, Weil D, et al.: Clinical features of the prevalent form of childhood deafness, DFNB1, due to connexin-26 gene defect: implications for genetic counseling. Lancet 1999, 353:1298-1303
- Irit Gruss, Mira Berlin, Tally Greenstein, Yaron Yagil, Michael Beiser. Etiologies of hearing impairment among infants and toddlers: 1986-1987 versus 2001. Int. J. Pediatr. Otolaryngol. (2007), doi: 10.1016/j.ijporl.2007.06.019.
- Joanne Roberts, PhD et al.,: Otitis media, hearing loss, and language learning: controversies and current research. Developmental and behavioral pediatrics. Vol 25, no.2, April 2004.
- Joseph W.Hall III, PhD, John H. Grose, PhD, Amelia F. Drake, MD, and Harold C. Pillsbury, MD: Developmental consequences of mild hearing loss. Current Opinion in Otolaryngology & Head and Neck Surgery 2000, 8:431-435
- Guidelines for High Neonatal Hearing Screening. Ministry of Health Malaysia
- Sanjay Morzaria, Brian D. Westerberg, Frederick K. Kozak: Systematic review of the etiology of bilateral sensorineural hearing loss in children. Division of Pediatric Otolaryngology, British Columbia Children’s Hospital, 4480 Oak Street, Vancouver, BC, Canada V6H 3V4
- Sokol J, Hyde M: Hearing Screening. Pediatr Rev 2002, 23:155-161.
- Windmill, IM: Universal screening of infants for hearing loss: Further justification. J Pediatr 1998, 133: 318-319.
- www.hearingloss.org
- www.hear-it.org/hearing loss
- www.medicinenet.com
Semakan Akhir | : | 26 Mac 2014 |
Penulis | : | Norasuzi bt. Abdul Halim |
Akreditor | : | Nur Azyani bt. Amri |