A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penyimpanan Makanan Mentah

Penyimpanan Makanan Mentah

Download:

 

Tahukah anda salah satu punca keracunan makanan adalah disebabkan oleh penyimpanan makanan yang tidak betul. Jika makanan tidak disimpan dengan betul, bakteria boleh membiak pada makanan dan boleh membahayakan sesiapa sahaja yang makan makanan tersebut. Penyimpanan makanan secara selamat amatlah penting untuk mengelakkan makanan dari cepat rosak, basi dan seterusnya menyebabkan keracunan makanan.

Walaupun anda tidak boleh menghentikan kerosakan makanan, ada beberapa panduan yang boleh anda patuhi untuk mengawal nya. Sebaik-baiknya, sediakan makanan sejurus selepas dibeli untuk mengekalkan kesegarannya. Apabila anda membeli belah pastikan anda mengambil makanan berisiko tinggi ini yang paling akhir sebelum anda membayar nya dan simpan sebaik sahaja sampai di rumah . bagi mengelakkan makanan menjadi cepat rosak, anda seharusnya menyimpan makanan dalam keadaan penyimpanan dan suhu yang sesuai. Suhu di antara 5 – 62°C adalah zon berbahaya. Kuman boleh membiak dengan cepat pada suhu dalam zon tersebut.

Makanan yang berisiko tinggi seperti daging, ayam dan makanan laut hendaklah disimpan di ruang sejuk beku di dalam peti sejuk anda sejurus selepas dibeli. Pastikan suhu ruang sejuk beku anda adalah di bawah -18°C. Ini akan dapat memastikan bakteria tidak aktif dan membiak, seterusnya merosakkan makanan anda.

Makanan yang telah dimasak, sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah disimpan di ruang simpanan dingin di dalam peti sejuk anda. Pastikan suhu ruang tersebut adalah di bawah 5°C. Makanan yang sudah dimasak dan makanan yang sedia dimakan hendaklah disimpan berasingan daripada bahan mentah. Makanan tersebut juga perlu diletakkan di dalam bekas sebelum disimpan dalam peti sejuk. Ini dapat mengelakkan pencemaran silang daripada bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan daripada berlaku. Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hingga 4 hari.

Makanan dalam tin boleh disimpan di kabinet dapur pada suhu bilik. Walau bagaimanapun, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sebaik sahaja ia dibuka.

Anda harus ingat bakteria boleh membiak semasa makanan dinyahbeku. Cara yang paling selamat untuk anda menyahbeku makanan adalah dengan memindahkan makanan tersebut dari ruang sejuk beku ke ruang dingin peti sejuk atau dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Pastikan cecair daripada makanan yang telah dinyahbeku tidak mencemari makanan yang telah dimasak atau makanan yang sedia dimakan. Masaklah makanan tersebut sejurus selepas anda menyahbekukannya. Elakkan daripada membekukan semula makanan yang telah dinyahbeku. Bakteria di dalam makanan mungkin boleh hidup dan membiak pada makanan tersebut.

Bagi makanan yang telah dimasak dan ingin dihidangkan, pastikan makanan tersebut sentiasa ditutup untuk mengelakkannya daripada tercemar. Makanan yang tidak ditutup boleh dicemari oleh udara, habuk, air dan bahan cemar lain yang turut mengandungi kuman berbahaya. Makanan tersebut tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu bilik melebihi dua jam. Kekalkan juga suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 62°C sebelum dihidangkan.

P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Penyediaan Makanan Secara Selamat

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Pre-Menstrual Tension

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

 

Artikel Berkaitan

Selesema Burung

Apakah Selesema Burung? Selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza

Teknik Mengangkat & Mengalih Warga Emas (di Katil)

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/wargaemas/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR.flv[/flv] Download: Transkipsi V.O Mengangkat warga emas yang terlantar memerlukan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,671

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia