Sebelum korona gigi dan jambatan gigi dibuat, pastikan gusi adalah sihat bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik dan dalam jangka waktu yang panjang. ...
Rawatan keseluruhan pesakit dengan karies dan penyakit periodontal, termasuk dengan penyakit yang berkaitan (misalnya lesi pulpal dan lesi periapikal, pergerakan gigi, kehilangan gigi) boleh dibahagikan ke dalam tiga fasa yang berbeza tetapi sering bertindih ...
Kajian mendapati ada kaitan antara penyakit periodontitis dengan penyakit sistemik seperti kencing manis (diabetes mellitus), penyakit jantung, kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan serta masalah obesiti ...
Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan ...
Penyakit gusi ataupun “Gingivitis “ ini dicirikan dengan gusi yang membengkak dan mudah berdarah ...
PengenalanSenyuman yang menawan merupakan satu ciri estetik yang menjadi idaman ramai orang. Menjelang abad ke-21 ini, semakin banyak penekanan diberikan kepada kesihatan mulut dan kepentingannya sebagai satu komponen utama kesihatan umum. Gigi yang tersusun cantik tanpa ruang diantaranya adalah menjadi matlamat yang cuba dicapai oleh kebanyakan anggota masyarakat. Oleh yang ...
Tolong doktor, kenapa gigi saya semakin panjang? Ini adalah antara aduan yang sering dilontarkan oleh pesakit yang dirujuk ke Unit Pakar Periodontik. Betulkah gigi kita boleh memanjang seperti yang dikatakan? (gambar 1a menunjukkan contoh gigi panjang) 1a : Gigi panjang Secara umumnya gigi kita terbahagi kepada bahagian korona gigi, leher ...
Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak sepatutnya diabaikan oleh semua. Pendarahan gusi boleh disebabkan oleh faktor yang pelbagai (multifaktorial). Ianya boleh berlaku pada peringkat permulaan jangkitan gusi seperti gingivitis, atau sebagai tanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih serius. Faktor-faktor Risiko dan Penyebab Kepada Gusi Berdarah Pendarahan ...
PengenalanKepentingan gigi kebiasaannya hanya disedari selepas ianya hilang. Gigi palsu merupakan aplians pergigian boleh tanggal yang dapat menggantikan gigi yang hilang. Ia dapat membantu mengembalikan kualiti kehidupan dengan membantu fungsi seharian seperti pengunyahan, pertututran dan estetik. Gigi palsu penuh digunakan dalam kes kehilangan semua gigi di kedua-dua rahang atas dan ...
Rawatan pengekalan adalah satu fasa rawatan yang penting dan biasanya bermula selepas selesai rawatan aktif bagi penyakit gusi. Rawatan ini berterusan selama hayat gigi tersebut ...
PengenalanSetiap daripada kita pasti pernah mengalami gigi goyang, terutama ketika pada zaman kanak-kanak, di mana gigi susu mula longgar dan gugur. Keadaan ini merupakan proses fisiologi di mana gigi susu akan memberi ruang untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu atau kegigian primer akan mengalami proses pelesapan akar secara perlahan-lahan, dan ...
Venir gusi adalah prostesis yang dipakai di bahagian hadapan gigi atas, bertujuan untuk mengembalikan rupa bentuk mukogingiva dan estetika di kawasan dimana tisu-tisu periodontal adalah kurang ...
Gigi yang sihat dipegang kuat di dalam tulang rahang oleh periodontium, iaitu struktur yang terbentuk daripada gusi, tulang sokongan, simentum dan ligamen penyokong gigi.Penyakit PeriodontiumPenyakit periodontium atau penyakit gusi pada umumnya adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria untuk jangka masa yang panjang. Ia dicirikan oleh kemusnahan gusi dan tulang ...
Gigi anda diselimuti di atas oleh tisu gusi (juga dipanggil gingiva). Di bawahnya adalah ligamen periodontium yang melitupi bahagian akar gigi dan mengikat akar gigi kepada tulang alveolus (tulang rahang yang mengelilingi gigi).Bila pendakap ortodontik mengenakan tekanan di gigi anda, regangan ligamen periodontium akan berlaku pada sebelah dan dimampatkan disebelah yang lain. Proses ini akan melonggarkan gigi. Proses pergerakkan gigi mendorong sel tulang untuk meresapkan tulang di arah pergerakan gigi dan menghasilkan tulang baru dibahagian belakangnya. Tulang akan terbentuk disekitar posisi baru gigi (ini dipanggil bone remodelling). Kesemua ini berlaku disebabkan tekanan ringan pendakap ...
Abses periodontium/gusi terjadi hasil daripada bakteria yang berkembang biak dalam poket periodontium/gusi.Poket periodontlum terjadi dengan adanya penyakit periodontium, di mana tisu gusi dijangkiti bakteria dan menjadi renggang dari permukaan gigi. Ini menyebabkan sulkus gusi (ruang antara gigi dan gusi) menjadi lebih dalam iaitu melebihi tiga milimeter. Sulkus gusi yang dalam ...
PengenalanTerdapat beberapa ubatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mulut.. Riwayat perubatan yang menyeluruh adalah amat penting bagi pengamal pergigian untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi termasuklah kesan ubatan pada kesihatan mulut seseorang pesakit.. Kesan sampingan yang biasa ditemui dalam tisu mulut adalah gusi berdarah, pembengkakan gusi, mulut kering dan reaksi ...
Tahukah anda, mengandung merupakan proses perubahan fisiologi badan seseorang wanita? Apabila mengandung, wanita akan mengalami perubahan ketara daripada aspek fizikal dan rohaninya, termasuklah kesihatan secara menyeluruh. Di dalam konteks ini, kesihatan mulut juga tidak terkecuali.Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi ...
Dengan kemajuan sains dan teknologi, pegawai pergigian mampu untuk merawat dan membasmi penyakit periodontium serta menyelamatkan sejumlah gigi yang ada. ...
Seseorang yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah menahan jangkitan, seperti HIV, Down Syndrom, penyakit auto imun, leukemia dan beberapa penyakit darah yang lain, amat mudah diserang penyakit gusi ...
Penyusutan gusi telah memberi kesan ke atas peratusan besar golongan warga tua. Disebabkan terdapat pendedahan akar, golongan ini lebih cenderung untuk mendapat karies dan penyakit gusi ...
Orang yang merokok menghadapi risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis) berbanding orang yang tidak pernah merokok ...
Pengenalan Terlalu banyak glukos (gula) dalam darah akibat diabetes boleh mangakibatkan jangkitan dan masalah lain dalam mulut. Mulut anda merangkumi gigi, gusi, rahang, tisu seperti lidah, lelangit dan lantai mulut serta bahagian dalam pipi. Glukos hadir dalam air liur iaitu cecair yang membasahkan mulut. Apabila diabetes tidak terkawal, paras gula ...
Pengenalan Terdapat begitu banyak kuman di dalam mulut kita. Dengan penjagaan mulut yang baik, kuman-kuman ini berada dalam keadaan yang terkawal dan tidak mendatangkan masalah. Penyakit gusi adalah jangkitan kuman apabila penjagaan mulut tidak memuaskan. Jangkitan kuman ini akan menghasilkan keradangan pada gusi dan pemahaman terakhir mengenai kaitan penyakit gusi ...
Pengenalan Penyebab utama penyakit gusi ialah bakteria dalam bentuk lekitan dan pembentukan plak tidak berwarna yang sering terdapat pada leher gigi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi atau menyumbang kejadian penyakit gusi. Tanda dan Gejala Penyakit Gusi Penyakit Gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat ...