Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?
Kesihatan mental kanak-kanak yang normal didefinisikan sebagai seseorang itu dapat:
- Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
- Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
- Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
- Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya.
Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996 (Mental Health Problem in Children)
Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?
Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :
- Kognitif ( proses mental ) – memahami, membuat pengiraan, membuat pertimbangan, menyelaras fungsi motor, persepsi dan sebagainya.
- Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah tugasan ini termasuk :
- Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
- Belajar kawalan emosi
- Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
- Sosial – Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pengantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
- Moral – Melibatkan isu-isu betul atau salah.
Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?
Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:
-
- Tempat berlindung dan keselamatan
- Makanan
- Penjagaan fizikal
- Penjagaan Kesihatan
Keperluan asas kehidupan
- Keperluan psikososial dan rohani
- Keyakinan kepada tuhan
- Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
- Keselamatan dan kestabilan
- Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
- Bermain di bawah pengawasan yang mantap
- Pendidikan
- Bimbingan yang betul
- Ketegasan dan disiplin yang diatur
- Kebiasaan harian yang boleh dijangka
- Sikap keibubapaan yang sihat
Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.
Semakan Akhir | : | 10 Mei 2024 |
Penulis | : | Dr. Baizury binti Bashah |
Penyemak | : | Dr. Muhammad Fadzly bin Marzuki |