Pengenalan
Adakah anak anda mempunyai masalah bermain? Berapa lamakah anak anda bermain? Tahukah anda jenis permainan yang sesuai untuk anak anda? Sebagai ibubapa pasti banyak persoalan yang anda ingin tahu tentang perkembangan anak anda. Mari kita bincangkan persoalan itu bersama-sama.
“Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengembaraan dan pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan.
Tahap dan Jenis Permainan
Permainan boleh diketogerikan kepada 5 jenis permainan mengikut tahap umur kanak-kanak.
UMUR |
JENIS PERMAINAN |
HURAIAN |
0 – 2 tahun |
Permainan Solitari / Individu |
Situasi dimana kanak-kanak bermain seorang diri. Contoh: 0 – 6 bulan :
6 – 12 bulan :
12 – 18 bulan:
18 – 2 tahun:
|
2 – 2.5 Tahun |
Permainan Spectator |
|
2.5 – 3 Tahun |
Permainan Selari |
|
3 – 4 Tahun |
Permainan Asosiatif/ Perkongsian |
Situasi kanak-kanak mula bermain bersama dengan mengembangkan kemahiran berinteraksi semasa bermain. Contoh:
|
4 – 6 Tahun |
Permainan Kerjasama |
Situasi dimana kanak-kanak berinterksi, mengambil bahagian dalam permainan, berkongsi, berkerjasama, berunding dan membuat keputusan dalam pemilihan permainan. Contoh:
|
Mengenalpasti Ciri-ciri Perkembangan Permainan yang Abnormal
Bermain juga adalah sangat penting dalam membentuk kemahiran intera personal dan sosial kanak-kanak. Sebagai ibubapa, anda perlu tahu mengenalpasti ciri kanak-kanak yang mengalami masalah bermain antaranya adalah:
-
Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.
-
Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.
-
Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.
-
Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.
-
Kurung tumpuan.
-
Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.
-
Kurang sosial interaksi atau komunikasi.
-
Bahasa pertuturan yang terhad.
-
Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.
-
Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau takut untuk menerokai permainan baru.
-
Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.
-
Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif dan tingkahlaku.
Pendekatan Pemulihan
Peranan ibubapa adalah sangat penting dalam meningkatkan kemahiran bermain. Sebagai orang dewasa antara peranan yang boleh membantu dalam perkembangan bermain adalah dengan memberi sokongan, tunjuk ajar, masa dan ruang untuk kanak-kanak mengembangkan kebolehan bermain mereka tanpa paksaan.
Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan permainan antaranya:
-
Dengan mengubah persekitaran menjadi lebih interaktif untuk kanak-kanak bermain contohnya permainan yang berwarna terang atau yang menghasilkan bunyi menarik minat kanak-kanak untuk menerokai permainan tersebut.
-
Meningkatkan permainan berupa pelbagai jenis sensori contohnya melompat, merangkak, membaling atau menangkap bola.
-
Mengalakan sokongan dengan mengalakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain.
-
Mengubah atau mengadaptasi permainan supaya kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti bermain.
-
Menyediakan kad bergambar dalam meningkatkan pemahaman kanak-kanak semasa bermain.
Di Malaysia, khidmat nasihat dan rujukan berkaitan perkembangan kanak-kanak boleh dilakukan di semua hospital kerajaan dan swasta. Antara profesional yang terlibat adalah Pakar Perubatan Pediatrik, Pegawai/ Jurupulih Perubatan Carakerja dan Jurupulih Perubatan Anggota.
Semakan akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Nurulhuda Binti Mohamad |
Akreditor | : | Norafizah Binti Mohamad Anuwar |
Penyemak | : | Tan Foo Lan |