Pengenalan
Laporan perubatan adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951-Perintah Fi (Perubatan) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut. (Petikan dari Guideline of The Malaysian Medical Council – Jan 2007).
Jenis-Jenis Laporan Perubatan Adalah Seperti Berikut:
- Laporan ringkas / pendapat oleh Pegawai Perubatan
- Laporan ringkas / pendapat oleh Pakar
- Pendapat lengkap oleh Pakar
Permohonan Laporan Perubatan Diterima Dari Pihak-Pihak Seperti Berikut:
- Pesakit
- Waris
- Majikan Pihak-pihak tertentu
Tujuan Permohonan Laporan Perubatan Adalah Untuk Seperti Berikut:
- Insuran
- Pampasan
- Perundangan
- Pemeriksaan lembaga perubatan
- Siasatan
- Kajian dan lain-lain.
Pengesahan Laporan Perubatan
Permohonan pengesahan laporan perubatan merupakan satu mekanisme untuk memastikan bahawa maklumat atau data yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seorang pesakit di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut adalah benar dan sahih. Ianya juga bagi mengelakkan sesetengah pihak mengambil peluang memanipulasikan salinan laporan perubatan bagi tujuan tertentu seperti penipuan maklumat dan sebagainya. Memandangkan laporan perubatan merupakan dokumen yang boleh melibatkan implikasi undang-undang, Pengesahan Laporan Perubatan perlu dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar yang dikenalpasti, ketua jabatan yang berkaitan atau Pengarah hospital dengan merujuk laporan Perubatan yang telah disediakan. Permohonan pengesahan laporan perubatan boleh dibuat secara pos atau datang sendiri ke kaunter Jabatan / Unit Rekod Perubatan Hospital dimana pesakit mendapakan laporan perubatan. Permohonan pengesahan laporan perubatan hanya akan diproses setelah permohonan lengkap secara bertulis dikemukakan bersama-sama salinan laporan perubatan. Diantara contoh pihak yang sering berurusan dengan pengesahan laporan perubatan adalah seperti pihak KWSP bagi tujuan permohonan pengeluaran caruman KWSP dibawah skim hilang upaya dengan menggunakan format borang pengesahan kesahihan laporan perubatan hilang upaya yang dikeluarkan oleh pihak KWSP.
Selain dari pihak KWSP, pihak lain yang sering memohon pengesahan laporan perubatan adalah pihak insuran bagi tujuan pengurusan tuntutan insuran. Sehinga kini, tiada sebarang caj pembayaran dikenakan bagi permohonan pengesahan laporan perubatan.
Rujukan
- Guideline of The Malaysian Medical Council – Jan 2007
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Semakan Akhir | : | 29 November 2014 |
Penulis | : | Pn. Noor Aznim Aini bt. Ahmad |
Akreditor | : | Pn. Siti Ajar bt. Baharim |