Pengenalan
Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.
Faktor Penyebab
- Terdedah kepada panas yang melampau
- Lapar yang melampau
- Tekanan emosi
- Keletihan dan ketakutan yang melampau
- Dehidrasi
- Penyakit :
- Tekanan darah tiba-tiba menurun (hypotension)
- Anemia
- Degupan jantung tidak menentu
- Serangan penyakit di otak
- Serangan Migraine
Tanda dan Gejala
- Pucat
- Denyutan nadi cepat
- Berpeluh sejuk
- Rasa loya
- Kepala rasa berpusing
Rawatan
Rawatan di tempat kejadian :
- Sekiranya sebelum pengsan mangsa kelihatan pucat dan mengadu berasa pening, mual dan merasa seperti hendak pengsan, perawat hendaklah membawa mangsa ke tempat yang lebih selamat serta betulkan saluran pernafasan.
- Tenangkan mangsa, sekiranya mangsa terus pengsan alihkan benda di sekeliling yang berbahaya, baringkan mangsa dan tinggikan kaki untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak.
- Longgarkan pakaian mangsa.
- Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas.
- Jika mangsa sedar selepas beberapa minit, biarkan sehingga mangsa betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri.
- Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk menjalankan CPR sekiranya tahu.
- Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan, hubungi talian 999 :
- Mangsa mengalami kecederaan di kepala semasa pengsan.
- Pengsan lebih dari sekali dalam sebulan.
- Mangsa wanita mengandung atau menghidap sakit jantung atau penyakit kronik.
- Sebelum pengsan mangsa mengadu sakit dada, sukar bernafas, kecelaruan, kabur pandangan atau susah bertutur.
Rawatan di hospital :
- Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
- Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
- Penyiasatan darah akan dilakukan jika ada keperluan
Pencegahan
- Jangan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
- Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan.
- Elakkan berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama.
- Sekiranya dalam rawatan perubatan, pastikan mangsa mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
Rehabilitasi
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
- Ambil ubat yang telah diarahkan oleh doktor dan patuhi rawatan susulan.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Yusof b. Ismail |
Akreditor | : | Zulhelmi bin Abdullah |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |