Pn. Jamilah mempunyai pengalaman kerja selama 22 tahun dan merupakan Pegawai Sains Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau pernah bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Institut Kesihatan Umum dan sejak 2015 sehingga sekarang di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Pn. Jamilah terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa bagi merangka Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malausia KeTiga (2016-2025) dan sebagai Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Pemakanan Malaysia dan Ahli Kumpulan Kerja bagi Semakan Semula Recommended Nutrient Intake Sub Committee Energy and Macronutrients.