Apakah angin ahmar?
Angin Ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terganggu sama ada tersumbat dengan darah beku (strok iskemia) atau saluran darah otak pecah (strok pendarahan), yang menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien ke tisu-tisu otak. Ini menyebabkan sel-sel otak mati dengan cepat dan gangguan kepada kefungsian anggota badan. Angin ahmar merupakan punca ketiga terbesar penyebab kematian dan punca utama penyebab kecacatan di Malaysia.
Insiden angin ahmar di Malaysia
Tidak terdapat angka kebangsaan mengenai kejadian angin ahmar di Malaysia tetapi rekod hospital-hospital kerajaan menunjukkan kira-kira 2,500 kematian dan 12,000 strok di discaj setiap tahun. Purata umur pesakit strok di Malaysia adalah antara 54.5 dan 62.6 tahun.
Apakah kesan-kesan angin ahmar?
Kesan-kesan angin ahmar berbeza daripada satu pesakit dengan pesakit yang lain. Ia bergantung kepada di mana dan berapa banyak sel-sel otak yang cedera. Angin ahmar boleh melibatkan apa-apa bahagian dan beberapa kawasan dalam otak dan kesan-kesan yang biasa adalah :
Defisit fizikal 1. Kehilangan/kelemahan pergerakan di sebelah (hemiplegia) badan di mana strok itu berlaku. 3. Pertuturan dan keupayaan menelan terjejas. 4. Inkontinen (tidak boleh mengawal air kencing) Defisi (Kekurangan) kognitif Defisit (Kekurangan) spatial – persepsi |
Mengapa posisi yang betul penting bagi pesakit angin ahmar?
Faedah posisi badan dan anggota yang optimum boleh :-
1. Memodulasikan otot.
2. Mencegah kecederaan kepada anggota badan yang terjejas.
3. Menyokong dan menstabilkan segmen badan.
Cara posisi badan dan anggota yang paling disyorkan adalah seperti berikut :
i. Mengiring pada anggota yang normal.
ii. Mengiring pada anggota sebelah yang terjejas strok.
iii. Baring terlentang.
iv. Duduk di atas kerusi / kerusi roda.
Gambar 1 : Cara posisi mengiring pada anggota yang normal
|
Gambar 2 : Cara posisi mengiring pada anggota terjejas.(lemah)
|
Gambar 3 : Cara posisi baring terlentang
|
Gambar 4 : Cara posisi ketika duduk di atas kerusi / kerusi roda
|
Sokongan dengan menggunakan alat bantuan untuk bahu terjejas kerana angin ahmar.
Gambar 5 : Alat bantuan yang sesuai untuk sokongan bahu angin ahmar yang lemah.
|
Gambar 6 : Sokongan dengan Functional Taping untuk sendi bahu terjejas kerana angin ahmar.
|
Pendidikan pesakit
Ahli fisioterapi akan menerangkan kepentingan pengendalian posisi yang betul untuk pesakit strok. Penjagaan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan pada bahu terjejas strok yang akan menyebabkan kesakitan dan subluxation . Posisi yang betul juga akan mengelakkan kudis tekanan dan juga kontraktur otot – otot. Hubungi ahli fisioterapi yang terdekat untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar berkaitan positioning yang betul.
Rujukan
- Burden of stroke in Malaysia, Loo KW et al. Int J Stroke. 2012 Feb; 7(2):165-7.
- Consensus Statement On The Management Of Ischemic Stroke, Academy of Medicine, Malaysia
- Heart & Stroke Foundation 2014
- Positioning for stroke patients: a survey of physiotherapists’ aims and practices. Disability and Rehabilitation Volume 23, Issue 10, 2001
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Yew Su Fen |
Akreditor | : | Ismawi bin Ismail |
Penyemak | : | Halimah bt. Hashim |