Fakta Ubat
Ubat radioiodin adalah elemen iodin dalam bentuk radioaktif. Terdapat beberapa isotop radioaktif untuk iodin, seperti Iodine-131, Iodine-123, Iodine-124 dan Iodine-125, tetapi Iodine-131 merupakan isotop yang paling kerap digunakan di hospital. Ramuan berkesan dalam radioiodine adalah unsur sodium iodide.
Unsur ini telah digunakan dalam perubatan sejak 1950-an. Ianya selamat untuk kegunaan manusia apabila tindakan persediaan dan pemerhatian yang berkaitan telah diambil dengan betul. Sodium iodide digunakan untuk merawat penyakit tiroid seperti a) overactive thyroid (Graves disease, goitre) dan b) kanser tiroid di samping pembedahan dan rawatan ubat tiroid (seperti thyroxine dan carbimazole). Rawatan radioiodin hanya terdapat di Jabatan Perubatan Nuklear di hospital tertentu. Iodine-131 mempunyai half-life selama 8 hari, yang bermakna kuantiti radioaktifnya akan berkurangan setengah selepas 8 hari. Ianya mengeluarkan kedua-dua radiasi beta dan gama. Terdapat 2 bentuk Iodine-131 iaitu larutan atau kapsul. Dalam kebanyakan kes, dos yang rendah (5-30mCi) diberi secara rawatan Pesakit Luar. Dalam segelintir kes kanser tiroid, dos yang tinggi (50-150mCi) diberi dan pesakit akan dimasukkan ke dalam wad isolasi (tempoh penginapan wad adalah sehingga 1 minggu).
Rawatan radiodin yang sesuai akan diberi kepada setiap pesakit dan lain pesakit akan menerima jumlah dos dan bilangan rawatan yang berlainan. Selain itu, segelintir pesakit kanser tiroid dikehendaki menjalankan satu skan khas menggunakan kamera gama di Jabatan Perubatan Nuklear. Tujuan skan ini adalah untuk mengambil gambar tiroid dan mengesan jika kanser itu tersebar ke bahagian badan yang lain. Terdapat juga segelintir pesakit yang dikehendaki menjalankan thyroid uptake study sebelum rawatan radioiodin. Ujian ini akan digunakan oleh doktor untuk memilih dos radioiodin yang tepat untuk pesakit tersebut. Semasa ujian ini, dos radioiodin yang kecil akan diberi kepada pesakit dan suatu peralatan khas akan digunakan untuk mengira kuantiti radioiodin yang diserap oleh tiroid.
Bagaimana ubat bertindak
Seperti elemen iodine, radioiodin juga diserap oleh tisu tiroid. Dos yang kecil akan diserap oleh salivary glands, gastric tissues and it is also excreted in breast milk.
Tisu-tisu lain tidak akan menyerap radioiodine, kecuali tisu daripada kanser tiroid telah merebak ke bahagian badan yang lain. Radiasi beta yang dihasilkan oleh radioiodine akan membunuh tisu tiroid yang hyperaktif dan tisu-tisu kanser. Oleh itu, rawatan radioiodin merupakan targeted therapy kerana radioiodin tidak akan diserap oleh tisu yang sihat. Radiasi gama daripada radioiodin akan membenarkan kamera gama mengambil gambar tiroid dan tisu-tisu kanser tiroid.
Sebelum mengambil ubat ini
Doktor anda akan menyediakan suatu senarai tindakan persediaan dan menasihati anda sebelum bermula rawatan radioiodin. Anda mesti:
- Maklumkan kepada doktor:
- semua ubat yang anda sedang mengambil, termasuk ubat herbal dan ubat tradisional
- jika anda ada alahan kepada mana-mana ubat
- jika anda merasa susah untuk menelan
- Wanita mengandung tidak boleh menerima rawatan radioiodin. Semua pesakit wanita yang boleh hamil mungkin disuruh membuat ujian kencing sebelum menerima rawatan.
- Anda akan disuruh untuk berhenti ubat tiroid dan ubat herbal selama 1 bulan sebelum rawatan.
- Anda akan disuruh untuk berhenti makan makanan laut selama 1 minggu sebelum rawatan.
- Anda mesti puasa selama 2 jam atau tunggu 2 jam selepas makan untuk menerima rawatan.
- 6. Doktor akan memberitahu anda jika anda perlu dimasukkan wad atau anda perlu menjalankan ujian-ujian lain (seperti ujian darah, kencing, skan dengan kamera gama dan thyroid uptake study).
- Anda akan diberi tarikh temujanji yang akan datang sebelum menerima rawatan radioiodin. Anda mestu memberitahu doktor atau jururawat jika anda tidak diberitahu tarikh temujanji tersebut.
- Doktor akan mempreskrib ubat tiroid (jika perlu) dan memaklumkan bila anda mula memakan ubat tersebut. Anda mesti mengambil ubat tersebut daripada farmasi sebelum menerima rawatan radioiodin.
- Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda mesti tanya doktor atau jururawat sebelum menerima radioiodin
Cara pengambilan ubat
Doktor akan menetapkan dos radioiodin untuk setiap pesakit. Kedua-dua solution dan kapsul radiodin akan diberi dalam suatu bekas berlindung khas di Jabatan Perubatan Nuklear.
Radioiodin solution adalah cecair yang tidak berwarna, tidak berbau dan tiada rasa. Ianya diberi dengan air (lebih kurang 5-10ml) di dalam sebuah botol kecil. Anda dikehendaki memimum air radioiodin dengan menggunakan penyedut minuman plastik, dan kemudian minum sedikit air kosong. Untuk kapsul, anda dikehendaki menggunakan suatu bekas tiub plastik untuk meletak kapsul tersebut di dalam mulut, dan kemudian menelan kapsul itu dengan minum air kosong.
Semasa mengambil ubat air radioiodin atau kapsul, anda perlu berhati-hati supaya tidak tertumpah ubat tersebut.
Selepas mengambil ubat radiodin, anda dikehendaki meninggalkan klinik atau akan dihantar ke wad. Maka, jika anda ada apa-apa pertanyaan, anda perlu menanya sebelum mengambil ubat ini.
Masa pengambilan
Doktor akan menetapkan berapa dos radioiodin yang diperlukan oleh setiap pesakit. Temujanji yang seterusnya mungkin selepas 3 atau 6 bulan kemudian. Doktor akan menetapkan selepas setiap temujanji jika anda perlu mengambil dos tambahan radiodin.
Tempoh pengambilan
Doktor akan menetapkan bilangan dos yang diperlukan bergantung kepada keadaan penyakit anda dan keberkesanan rawatan radioiodin. Ada segelintir pesakit yang hanya perlu beberapa dos, tetapi ada juga pesakit yang perlu dirawat untuk beberapa tahun.
Semasa menggunakan ubat ini
Semua pesakit yang menerima rawatan radioiodin akan menghasilkan radiasi daripada badan mereka dan mesti mengikut arahan perlindungan radiasi yang diberi oleh doktor. Anda mesti menjalankan arahan tersebut selama 1 minggu selepas rawatan. Doktor akan mengeluarkan sijil sakit daripada kerja ataupun sekolah untuk tempoh itu. Anda perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan radiasi kepada persekitaran dan ahli keluarga anda:
- Jarakkan diri anda daripada orang lain untuk sekurang-kurangnya 1 meter (3 kaki).
- Jangan mendekati kanak-kanak, wanita mengandung dan bayi.
- Tidur berasingan dengan orang lain.
- Elakkan daripada tempat yang ada ramai orang, seperti parti, kumpulan dan tempat membeli-belah.
- Selepas gunakan tandas, curahkan air sebanyak sekurang-kurangnya 2-3 kali.
- Gunakan tuala, alas katil, alat makan dan pinggan mangkuk yang berasingan.
- Basuhkan baju anda berasingan dengan orang lain.
- Jangan buat ujian darah dan kencing selama 1 minggu selepas rawatan.
- Jangan buat skan lain (seperti ultrasound, ujian barium) selama 5 hari selepas rawatan.
- Elakkan aktiviti seksual selama 1 bulan selepas rawatan (tempoh ini mungkin dikurangkan, bergantung kepada dos radioiodin).
- Pesakit wanita tidak boleh hamil selama 6 bulan selepas rawatan.
- Ibu yang menyusukan bayi perlu berhenti untuk tempoh yang ditetapkan oleh doktor. Gunakan formula susu untuk tempoh tersebut.
- Minum banyak air untuk mengurangkan radioiodin di dalam badan.
- Makan makanan yang kurang bergaram dan elakkan makanan yang banyak iodin (seperti makanan laut, rumpai laut dan garam beriodin).
- Makan gula-gula akan minum air yang mengandungi asid sitrik untuk menggalakkan penghasilan air liur dan mengelak bengkak mulut.
- Ikut arahan doktor untuk cara memakan ubat tiroid (perlu henti untuk 5 hari hingga 1 minggu selepas rawatan).
Untuk pesakit yang dimasukkan wad, kadar radiasi akan dipantau dan anda mungkin discaj lebih awal jika kadar radiasi anda telah turun hingga paras yang selamat. Anda masih perlu mengikuti arahan di atas selama 1 minggu selepas discaj.
Kesan sampingan yang mungkin dialami
Kesan sampingan awal (dalam masa beberapa jam, hari atau minggu): Ruam kulit atau gatal-gatal atau curahan, bengkak muka, kesukaran bernafas, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut, bengkak tiroid, bengkak kelenjar air liur (yang boleh menyebabkan kesakitan, beberapa kehilangan rasa dan mulut yang kering) , tiroid terlalu aktif (tanda-tanda seperti selera makan meningkat, berdebar-debar, perasaan kebimbangan, kehilangan resah / berat badan atau berpeluh).
Kesan sampingan lewat (dalam beberapa minggu, bulan atau tahun): Tiroid tidak begitu aktif (tanda-tanda seperti rasa letih, kehilangan tenaga, rasa sejuk, kadar yang perlahan jantung, kelemahan otot, kekejangan, kulit tidak stabil kering, keguguran rambut dan berat badan), paratiroid tidak begitu aktif (tanda-tanda seperti ‘pin dan jarum’, kelemahan , kejang otot, gerenyet otot atau kekejangan seluruh, bergetar, membakar, kebas, masalah menumpukan perhatian, berasa pening atau cepat marah, sensitif kepada bunyi, otot lumpuh atau sawan / sawan).
Lain-lain kesan sampingan yang lewat:
Kemurungan sum-sum tulang (lebih mudah lebam dan berdarah untuk lebih lama), mungkin lebih berisiko untuk perut dan darah kanser, peningkatan yang kecil dalam risiko mendapat kencing dan kanser payudara.
Rujukan
- Iodine-131, Wikipedia.
- Theracap131 37MBq-5.55GBq capsules, hard (PL 00221/0102). Medicines and Healthcare products Regulatory Agency.
- Sodium Iodide (131I) 74MBq & 925MBq solution for injection (PL 00221/0113). Medicines and Healthcare products Regulatory Agency.
- Package leaflet for Theracap131TM 37MBq-5.55GBq capsules, hard. GE Healthcare.
- Technical Leaflet: Summary of Product Characteristics – oral sodium (131I) iodide solution.(December 2008) CIS bio international, France.
- Summary of Product Characteristics for Sodium Iodide (I131) Capsules T, hard capsules.(30 March 2011) Mallinckrodt Medical BV, The Netherlands.
Semakan Akhir | : | 05 Jun 2013 |
Penulis | : | Ng Yee Lian |