Di Bahagian Manakah Ia Selalu Terjadi?
Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan. Tennis Elbow juga dinamakan Lateral Epicondylitis.
Sumber : lorenbonner.com |
Siapa yang sering mengalami masalah ini?
-
Umur : 30-60 tahun
-
Kekerapan berlakunya masalah ini, sama rata di kalangan lelaki dan perempuan bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Apakah Puncanya?
Pergerakan membengkok pergelangan tangan secara berulang. Contohnya :
-
Mengangkat objek yang berat.
-
Aktiviti harian yang memenatkan seperti mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bersukan (contohnya, bermain tennis, badminton dan lain-lain)
Sumber : tenniselbowexercises.com | Sumber : www.badmintonlink.com |
Apakah Tanda-tandanya?
-
Sakit-sakit yang semakin kuat apabila melakukan pergerakan dan hilang sewaktu rehat.
-
Referred pain – lenguh dan sakit yang mencucuk di bahagian luar lengan.
-
Pergerakan – pergerakan melawan pergelangan tangan arah ke luar amat menyakitkan.Kekuatan otot – normal tetapi akan menjadi semakin lemah apabila kurang menggunakan tangan yang sakit.
-
Tenderness– sakit apabila ditekan di bahagian luar sendi siku.
Bagaimana Ia Dirawat?
Rawatan Fisioterapi memainkan peranan yang penting dalam proses merawat masalah ini. Rawatan yang boleh diberi adalah seperti berikut:
-
Cryotherapy, ice pack atau ice massage di kawasan yang sakit.
-
Strapping di bahagian siku untuk menghalang pergerakan tendon yang terlibat.
-
Ultrasound therapy di bahagian yang sakit.
-
Senaman pergerakan secara aktif.
-
Senaman regangan dan senaman menguatkan otot lengan.
-
Pendidikan pesakit:
-
Menjelaskan tentang masalah tennis elbow.
-
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sewaktu melakukan pergerakan lengan.
-
Modifikasi aktiviti harian.
-
Senaman Regangan | Strapping |
Sumber : tenniselbowexercises.com | Sumber : medicalexpo.com |
Bagaimana Ia Boleh Dicegah?
-
Elakkan pergerakan yang berulang dalam tempoh masa yang lama sewaktu melakukan aktiviti seperti menggenggam atau pergerakan memusing menggunakan lengan. Contohnya, sewaktu mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bermain tenis atau badminton.
-
Pastikan pergerakan sendi siku dan pergelangan tangan dalam keadaan yang selesa sewaktu melakukan aktiviti.
-
Pastikan tidak memberi bebanan yang berat pada sendi lengan dengan mengangkat atau menjinjing objek yang berat dan tidak seimbang secara berterusan. Contohnya, mengangkat barangan yang berat seperti beras, plastik membeli-belah dan lain-lain.
Rujukan
-
Howorth, B. & Bender, F. A doctor’s answer to tennis elbow: how to cure it, how to prevent it. Retrieved from books.google.com.my/books?isbn=0877540527 [July 4, 2013]
-
Joshi, J. Essentials of Orthopaedics & Applied Physiotherapy. Retrieved from books.google.com.my/books?isbn=8181472152 [July 4, 2013]
-
Mangusan, D. (2011). Physiotherapy for Tennis Elbow. Retrieved July 4, 2013, from http://www.physiotherapynotes.com/
-
Johnson, K. (2012). American Academy of Orthopaedic Surgeons.’Study Questions Support Bands for Tennis Elbow’. Retrieved July 4, 2013, from http://www.webmd.com/
-
Adams, C. (2006). Tennis Elbow: Treatment & Prevention: Treatment and Prevention Options for Tennis Elbow. Retrieved July 4, 2013 from http://ergonomics.about.com/od/tenniselbow/a/tenniselbtp.htm
-
Thomson, A., Skinner, A., & Piercy, J. (1992). Tidy’s Physiotherapy (12th ed). Thomson Litho Ltd, East Kilbride, Scotland.
Sumber Imej
-
(January 2, 2013), Fast Tennis Elbow Cure: is it common to get Tennis Elbow in both arms. Retrieved July 4 2013. http://lorenbonner.com/
-
(2013) Tennis Elbow Symptoms. Retrieved July 4 2013. http:// tenniselbowexercises.com
-
(2011) Yonex Denmark Open-Lee Chong Wei. Retrieved July 4 2013. www.badmintonlink.com
-
(2013) Tennis Elbow Strap-all medical devices. Retrieved July 4 2013. www.medicalexpo.com
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Syarifah Nora binti Syed Husli |
Akreditor | : | Daaljit Singh a/l Harbacahan Singh |
Penyemak | : | Halimah bt. Hashim |