Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan ortodontik?
Rawatan ortodontik adalah rawatan kepakaran untuk mencegah atau membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.
Jenis-jenis aplians ortodontik
Aplians yang digunakan bergantung kepada masalah yang dialami oleh individu. Terdapat 2 jenis aplians ortodontik iaitu :
Kepentingan rawatan ortodontik
Rawatan ortodontik boleh :
- menambah penampilan supaya lebih cantik.
- mencegah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip.
- membetulkan gigitan.
- membantu mengunyah makanan dengan baik.
- mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi.
Bilakah rawatan ortodontik boleh dimulakan?
Rawatan ortodontik boleh dimulakan tanpa mengira umur mengikut masalah maloklusi. Kebanyakan remaja menerima rawatan ketika berumur 10-12 tahun.
Berapa lama anda perlu memakai aplians ortodontik?
Jangka masa rawatan bergantung kepada kerumitan masalah yang dialami. Kebiasaannya aplians ortodontik dipakai selama 18 bulan hingga 30 bulan.
Apa yang boleh dilakukan jika terjadi komplikasi semasa memakai aplians ortodontik?
Jika berlaku komplikasi, anda perlu segera berjumpa pakar ortodontik. Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik :
-
- Braket (bracket) longgar
- Jangan cuba menanggalkannya. Tutup braket yang longgar dengan lilin lembut jika ia mengganggu.
- Braket (bracket) longgar
-
- Wayar (wire) terjulur / terkeluar
- Jangan cuba mengeluarkan wayar yang terjulur. Tutup wayar yang terjulur dengan lilin lembut.
- Wayar (wire) terjulur / terkeluar
-
- Cangkuk elastik terjulur
- Gunakan pensil untuk masukkannya semula.
- Tutup cangkuk dengan lilin lembut
- Cangkuk elastik terjulur
- Sakit gigi
- Makan makanan lembut
- Ambil ubat penahan sakit
Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan rawatan ini berjaya?
Untuk memastikan rawatan ini berjaya, anda perlu :
- Memakai aplians ortodontik sebagaimana yang diarahkan oleh pakar
- Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan flos setiap kali selepas makan
- Elakkan makan makanan keras, melekit serta makanan yang tinggi kandungan gula dan asid
- Menepati temujanji dengan pakar ortodontik
- Elakkan tabiat menghisap jari, menggigit kuku, pensil dan sebagainya
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Azillah bt. Mohd Ali |
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar | ||
Penyemak | : | Dr. Hjh. Rashidah bt. Dato’ Hj. Burhanudin |