A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Dada

Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan.

Kesakitan atau rasa tidak selesa pada bahagian dada berlaku apabila dada terasa berangin, perut sebu, terasa sesak, berat atau rasa seperti ditekan’.

Sakit dada merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut termasuklah sakit pada bahagian belakang atas badan, tekak, rahang, bahu dan kedua-dua lengan.

Sakit dada merupakan satu keadaan yang perlu diambil perhatian serius memandangkan ia boleh membawa maut.

Punca

Sakit dada tidak semestinya dikaitkan dengan seseorang yang mendapat serangan penyakit jantung. Ramai juga pesakit yang mendapat sakit pada dada ini tidak mengalami serangan jantung.

  • Serangan jantung (penyakit koronari jantung) berlaku apabila terdapat saluran darah ke jantung tersumbat.
  • Lain-lain jenis penyakit jantung seperti masalah injap jantung.
  • Pedih ulu hati yang disebabkan oleh gangguan asid dari perut.
  • Sakit di bahagian perut hingga ke dada.
  • Sakit di bahagian luar dada seperti otot, sendi dan rusuk.
  • Penyakit berkaitan dengan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Kecederaan pada dada disebabkan oleh kemalangan atau terjatuh.
  • Gangguan emosi seperti kebimbangan, panik dan tekanan
  • Sakit belakang.

Rawatan

Sakit dada yang berlaku di kalangan orang muda yang sihat biasanya tidak merbahaya jika :

  • kadar kesakitan berubah mengikut perubahan posisi badan
  • kadar kesakitan bertambah teruk apabila batuk atau ketika menarik nafas dalam-dalam
  • sakit yang sama sebelum ini dan penyakit jantung telah dikenalpasti.

Selain dari faktor di atas, sila dapatkan nasihat doktor anda bagi mengenalpasti jika anda ada tanda-tanda penyakit jantung. Ini kerana rawatan segera dan agresif dapat dibuat untuk menyelamatkan nyawa.

Jika sakit dada yang disebabkan oleh faktor yang lain, pemeriksaan yang rapi perlu dibuat.Ujian yang mungkin diperlukan adalah ujian X-Ray, endoskopi (ujian untuk melihat keadaan tidak normal pada saluran penghadaman) atau fungsi paru-paru.

Anda boleh mencuba ubat Antiasid bagi mengurangkan kesakitan pada ulu hati.

Jika keadaan bertambah teruk, berjumpalah dengan doktor.

Bila Masanya Untuk Berjumpa Dengan Doktor?

Berjumpa dengan segera apabila :

  • Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
  • Sakit yang kuat.
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
  • Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
  • Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
  • Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
  • Sakit yang berubah sifat.
    • contoh: sakit yang semakin kerap.

Langkah Pencegahan

Ia bergantung kepada punca kesakitan dan pemeriksaan yang telah dibuat :

  • Cegah daripada mendapat sakit jantung – amalkan cara hidup sihat; bersenam, tidak merokok, ambil makanan seimbang.
  • Cegah daripada mendapat sakit ulu hati.
  • Urus secara baik stress anda.

Bagaimana Sakit Dada Diketahui Sebabnya/didiagnosa?

Apabila anda mendapat sakit dada dan berada di Wad Kecemasan, doktor biasanya dapat mengetahui punca sakit anda tersebut dengan segera dengan melakukan ujian ECG (ujian merekod fungsi jantung secara grafik) dan ujian darah.

Harus diingatkan, hasil ujian ECG yang normal tidak semestinya menunjukkan anda bebas daripada penyakit berkaitan jantung terutamanya apabila anda ada tanda-tanda penyakit jantung yang ketara.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Jamilah Abdullah
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Kesukaran Untuk Menelan

Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher.

Tiroid

Pengenalan Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di

Alahan Ubat

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,129

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia