Apakah Selesema Burung?
Selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza A (H5N1). Biasanya ia berlaku kepada burung sahaja. Selesema ini mudah berjangkit di kalangan burung dan boleh membunuh ayam, itik dan ayam Belanda. Burung yang dijangkiti mengeluarkan virus melalui air liur, lelehan air dari hidung dan najis.
Kenapa Selesema Burung berbeza daripada selesema biasa yang mudah menjangkiti manusia?
Virus yang biasa menjangkiti manusia adalah H1N1, H1N2 dan H3N2. Biasanya ia menyebabkan batuk dan selesema yang ringan walaupun kadangkala boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk kepada kanak-kanak dan warga tua, dan juga pada mereka yang menghidap penyakit-penyakit yang berkaitan. Kebanyakan manusia mempunyai ketahanan badan walaupun virus ini menular di kalangan manusia. Walau bagaimanapun tiada daya tahan semula jadi di kalangan manusia terhadap virus H5N1 memandangkan virus ini adalah virus yang baru ‘novel’ di kalangan manusia.
Bolehkah Selesema Burung menjangkiti manusia?
Beberapa kes jangkitan telah dikesan berlaku sejak 1997 di Kambodia, Indonesia, Vietnam, Hong Kong dan China.
Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
- Melalui kontak dengan burung liar
- Melalui kontak binatang ternakan yang dijangkiti dan juga dari hasil binatang ternakan
- pakaian, sarung kaki, kasut dan peralatan yang tercemar
- semasa memberi makan dan minum kepada burung yang dijangkiti
Tanda-tanda selesema burung pada manusia
Kanak-kanak yang terdedah dalam tempoh 2 hingga 8 hari akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
- demam
- batuk
- Sakit tekak
- Sakit-sakit sendi
- Kesukaran bernafas
- Suara menjadi garau
- Bunyi gemersik (crackling) ketika bernafas
- Najis berdarah
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan mata (sakit mata)
Bagaimana Selesema Burung dikesan?
Melalui ujian darah dan sampel akan diambil dari hidung dan tekak pesakit.
Bagaimana Selesema Burung dirawat? Adakah pengambilan antibiotik berkesan?
Pengambilan antibiotik tidak berkesan bagi penyakit viral. Penggunaan ubat antiviral seperti oseltamivir (dikenali sebagai Tamiflu) dan zanamavir boleh digunakan. Ubat ini boleh mengurangkan virus ini dari membiak didalam badan dan boleh memperbaiki peluang untuk hidup, sekiranya ubat ini diberi dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanapun ubat oseltamivir tidak digalakkan untuk diberi kepada kanak-kanak dibawah umur 1 tahun. Kebiasaannya ubat-ubat ini digunakan untuk influenza bermusim dan keberkesanannya dalam menentang selesema burung masih belum diketahui.
Adakah vaksin yang boleh menentang Virus H5N1?
Tidak ada vaksin pada masa ini. Walau bagaimanapun beberapa usaha telah diadakan sejak 2005 untuk menghasilkan vaksin yang boleh menentang virus ini.
Bolehkah vaksin influenza biasa melindungi anak saya dari avian influenza?
Tidak boleh.
Perlukah kanak-kanak memakai penutup mulut bagi mengelakkan Selesema Burung?
Pada masa ini penggunaan penutup mulut tidak digalakkan (seperti di tempat awam). Dinasihatkan untuk menggunakan penutup mulut jika berhubung rapat dengan mereka yang disahkan mempunyai Selesema Burung.
Bolehkah makan ternakan dan hasil ternakan ayam/burung dari kawasan yang mengalami wabak selesema burung?
Tiada bukti menunjukkan memakan daging ternakan dan telur yang dimasak dengan betul boleh menyebabkan jangkitan. Virus ini akan mati jika dimasak. Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan perlu diambil.
- Virus H5N1 boleh di dapati dalam telur sama ada di dalam (bahagian kuning dan putih) atau di kulit telur. Telur dari kawasan ternakan yang dijangkiti virus ini tidak boleh dimakan mentah atau separuh masak.
- Memasak daging, telur dan produk daging mengikut suhu yang betul boleh mengelakkan jangkitan silang berlaku. Diikuti dengan amalan pengendalian yang betul boleh mengelakkan penyakit bawaan makanan seperti salmonella:
- Basuh tangan dengan air suam dan sabun selama 20 minit sebelum dan selepas mengendalikan ternakan dan telur ternakan
- Basuh papan pemotong dan lain-lain perkakas dapur dengan sabun dan air panas bagi mengelakkan daging atau telur mentah mencemari makanan lain
- Papan pemotong boleh dibersihkan dengan campuran larutan 1 sudu peluntur klorox dan 1 gelen air
- Masak daging dengan suhu sekurang-kurangnya165 darjah Fahrehheit. Pengguna boleh memasak dengan suhu yang lebih tinggi.
- Telur hendaklah dimasak sehingga keras. Caserols dan lain-lain masakan yang mengandungi telur hendaklah dimasak dengan suhu 160 darjah Fahrenheit
Bolehkah selesema burung dijangkiti dari manusia ke manusia?
Jarang berlaku. Kadar Kematian yang berlaku akibat selesema burung memerlukan kekuatan H5N1 melebihi 50% (jangkitan dari manusia ke manusia jarang berlaku)
Bolehkah selesema burung menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak?
Kadar kematian memerlukan kekuatan virus H5N1 melebihi 50%.
Langkah-langkah pengawalan yang perlu diambil jika melawat kawasan yang dijangkiti H5N1 avian influenza (Garis paduan dari Centre Control and prevention, USA)
Sebelum lawatan:
- Layari laman web www.cdc.gov/travel/seasia.htm Diseases Control and Prevention (CDC) Travelers Health bagi kawalan dan pencegahan penyakit
- Layari lamat web www.cdc.gov/flu/aviab/index.htm bagi senarai kawasan yang dikenal pasti avian influenza dan lain-lain maklumat berkaitan
- Hubungi bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit di talian 03-8883388 atau layari www.dph.gov.my
- Membawa kit kesihatan
- Berjumpa doktor untuk nasihat
Semasa lawatan
- Elakkan dari mengendalikan ternakan, sama ada menyentuh ternakan yang hidup atau mati. Elakkan dari mengunjungi ladang ternakan dan pasar
- Sentiasa membasuh tangan dengan sempurna
- Masak daging dan telur dengan sempurna
- Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti demam, kesukaran bernafas dan batuk, segera berjumpa doktor.
Selepas lawatan
- Awasi kesihatan anak ada dalam tempoh 10 hari
- Berjumpa doktor jika anak anda jatuh sakit dalam tempoh ini.
Mengapa Selesema Burung merbahaya?
Walaupun selesema burung boleh menjangkiti manusia, tetapi tidak boleh merebak dari seorang ke seorang. Walau bagaimanapun virus ini boleh berubah mengikut masa. Jika ini berlaku akan menyebabkan epidemik yang teruk kerana imuniti semula jadi yang rendah di kalangan penduduk.
Rujukan
- Bird Flu, MedicineNet.com
- Avian Flu Facts, HealthyOntario.com
- Avian influenza- Fact sheet , World Health Organization
- Avian Flu, Pennsylvania Department of Health
- Bird Flu ( Avian Influenza ) : Common Questions and Current Answers, Aetna inc.
- Avian Flu FAQs , HTH Worldwide
- Avian Flu Fact sheet, International Federation of Red Cross Societies, India.
Semakan akhir | : | 02 Mei 2008 |
Penterjemah | : | Pn. Arizah Zainuddin |