Pengenalan
Audiologis adalah individu yang berkelayakan dari segi akademik sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, telah menjalani latihan klinikal, dan bertauliah untuk menawarkan perkhidmatan. Audiologis berkelayakan untuk menyediakan perkhidmatan professional yang komprehensif berkaitan tentang penilaian dan habilitasi atau rehabilitasi kepada individu yang mengalami masalah pendengaran dan keseimbangan, dan juga pencegahan terhadap masalah tersebut. Secara spesifik, audiologis mengkhusus dalam bidang:
-
Pendengaran normal dan bermasalah
-
Pencegahan daripada kehilangan pendengaran
-
Mengenalpasti dan menilai masalah pendengaran, vestibular dan keseimbangan
-
Habilitasi dan rehabilitasi kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran, vestibular dan keseimbangan.
Audiologis bukan sahaja berperanan melakukan kerja-kerja klinikal, tetapi juga bertindak sebagai terapis, pakar perunding, penyelidik dan juga pentadbir. Mereka biasanya bekerja di hospital kerajaan, hospital swasta, hospital universiti, pusat pendengaran sendiri, sekolah khas, dan industri. Fokus utama profesyen audiologi adalah untuk mengendalikan kes-kes masalah pendengaran seperti masalah pendengaran konduktif, sensorineural atau bercampur yang boleh memberi kesan yang besar pada komunikasi kita seharian.
Skop-skop Perkhidmatan Audiologis
-
Mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan dewasa
-
Terlibat sebagai koordinator dalam program saringan pendengaran pada bayi baru lahir dan kanak-kanak
-
Menilai, memilih dan mengesyorkan alat bantu pendengaran dan assistivelistening devices pada pesakit.
-
Memberi khidmat nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran dan assistive listening devices
-
Menjalankan latihan auditori bagi pesakit yang memakai alat bantu pendengaran.
-
Menawarkan khidmat runding cara mengenai konservasi pendengaran kepada syarikat-syarikat dan industri.
-
Memberi khidmat nasihat dalam pemilihan sistem amplifikasi bilik darjah untuk murid-murid bermasalah pendengaran. Ini meliputi alat bantu pendengaran peribadi dan sistem FM.
-
Bersama profesional lain memilih calon yang sesuai untuk implan koklea serta melakukan pemetaan koklea.
-
Menjalankan penilaian pesakit yang mempunyai masalah vestibular dan keseimbangan.
Penempatan di KKM
Hospital-hospital kerajaan yang menempatkan Pegawai Audiologis atau Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) adalah:
Wilayah Persekutuan: Hospital Kuala Lumpur Hospital Putrajaya Hospital Rehabilitasi Cheras | Kedah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Hospital Sungai Petani Hospital Kulim |
Selangor Hospital Sungai Buloh Hospital Selayang Hospital Ampang Hospital Serdang Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Perlis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar |
Perak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Hospital Taiping Hospital Teluk Intan | Pulau Pinang Hospital Pulau Pinang Hospital Bukit Mertajam |
Pahang Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Hospital Kemaman |
Negeri Sembilan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah | Kelantan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Hospital Kuala Krai |
Melaka Hospital Melaka | Sarawak Hospital Umum Sarawak, Kuching Hospital Sibu Hospital Miri |
Johor Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Hospital Batu Pahat | Sabah Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Hospital Duchess of Kent, Sandakan Hospital Tawau |
Semakan akhir | : | 10 Mac 2014 |
Penulis | : | Sitti Ladyia bt Mohd Salleh |
Akreditor | : | Nur Azyani bt. Amri |