A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Sindrom Terowong Karpus

Sindrom Terowong Karpus

Download:

  • Bila timbul rasa-rasa kebas di jari-jari (kecuali jari kelingking) dan tangan, semasa memegang streering kereta, telefon atau suratkhabar, atau
  • sakit di pergelangan tangan yang mungkin menular hingga ke bahu atau tapak tangan dan jari-jari selepas pergerakan tangan yang berulang-ulang, atau
  • rasa lemah di tangan menyebabkan benda yang dipegang terlepas dari tangan

Itu adalah tanda-tanda seseorang sedang mengalami sindrom terowong korpus.
Penyebab kesakitan
Simptom di atas terjadi kerana saraf yang melalui terowong korpus yang sempit ini telah ditekan oleh struktur disekelilinganya seperti tendon
Ia biasanya terjadi pada mereka yang membuat aktiviti yang menggerakkan pergelangan tangan secara berulang-ulang
Misalnya menaip, menulis atau menggunakan alat yang bergetar seperti drilling machine
Sindrom ini juga boleh berlaku pada penghidap diabetes, arthritis, masalah tiroid , ibu mengandung di bulan-bulan akhir sebelum kelahiran, mereka yang mempunyai berat berlebihan dan selepas kecederaan pada pergelangan tangan
Rawatan

  • Bagi yang mempunyai tanda-tanda ringan , rasa tidak selesa boleh dikurangkan dengan merehatkan tangan dengan lebih kerap dan memakai splint di pergelangan tangan.
  • Ubat anti radang atau ubat penahan sakit atas nasihat doktor untuk mengurangkan kesakitan.
  • Sekiranya rasa sakit dan kebas berlarutan lebih daripada 6 bulan, pembedahan mungkin pilihan terbaik.
  • Segera dapatkan rawatan sebelum ia boleh menggangu pergerakan anda.

Langkah pencegahan
Kerap rehatkan tangan dan pergelangan tangan

  • Elakkan pergerakkan pergelangan tangan berulang-ulang khas nya membengkok
  • Kekerapan memerah kain
  • Mengangkat plastik beg di lengan
  • Menulis jangka masa yang lama
  • Menaip dengan jangka masa yang lama
  • Pastikan posisi badan dan pergelangan tangan adalah betul
  • Elakkan daripada duduk membongkok kerana ia boleh menganggu saraf dan menyumbang kepada kesakitan kepada tangan, pergelangan tangan dan jari-jari
  • Elakkan lengan berada terlalu rapat atau jauh daripada badan anda.
  • Ketika menggunakan papan kekunci, pastikan kedudukannya sama paras dengan siku.

Senaman regangan

  • Dalam keadaan selesa gengam kedua belah tangan lepaskan gengaman da luruskan pergelangan tangan dan rehatkan anda dan jari-jari anda .
  • Lakukan dalam kiraan 5
  • Bengkokkan pergelangan tangan supaya jari-jari mengadap ke atas dan regangkan, tahan gerakan dalam kiraan 5
  • Dalam keadaan selesa luruskan tangan anda dan jari ke hadapan
  • Tarik ibu jari anda supaya anda dapat merasa ketegangan di pergelangan tangan
  • Ulang langkah-langkah di atas sebanyak 10 kali vii. Akhir sekali rehatkan tangan dalam keadaan lurus di sisi tubuh anda
S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat
Sakit Sendi
Saringan Pendengaran
Sawan
Senaman
Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal
Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)
Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)
Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)
Shaken Baby Syndrome
Sindrom Terowong Karpus
Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)
Stroboscopy
Seksual & Reproduktif
Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Artikel Berkaitan

Z

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,434

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia