Pendahuluan
Sista ialah kaviti (ruang) tidak normal yang terjadi didalam tisu lembut atau tisu keras yang mengandungi cecair, separa cecair atau gas. Sista biasanya bersarung dan dilapisi tisu epitelium. Sista mulut biasanya berisi cecair.
Sista boleh terjadi di mana-mana bahagian mulut termasuklah di bibir, lantai mulut, gusi, lelangit, kerongkong, kalenjar liur atau dimana-mana tisu lembut. Sista di dalam tisu lembut kelihatan seperti benjolan kecil dan tidak sakit. Saiz sista biasanya berdiameter kurang dari 1 cm. Sista akan menjadi merah, bengkak dan sakit jika dijangkiti. Sista mulut yang besar yang tumbuh di dalam tulang akan menjadikan tulang lemah dan mudah patah. Kebanyakan sisita berpunca daripada tisu odontogenik (tisu yang membentuk gigi).Kejadian sista 3x lebih kerap di rahang bawah berbanding rahang atas.
Jenis-jenis sista
Sista dibahagikan kepada sista akibat keradangan dan sista perkembangan (developmental).
Sista akibat keradangan adalah yang paling kerap berlaku, ianya berkaitan dengan gigi mati(tak vital) seperti:-
- Sista Periapikal: terjadi akibat daripada jangkitan pada pulpa gigi. Sista jenis ini adalah yang paling biasa dikesan didalam mulut.
- Sista Residual- adalah baki sista periapikal yang tinggal selepas cabutan gigi.
Sista perkembangan(developmental).
- Sista DentigerusBerkait rapat dengan gigi yang tidak tumbuh dan berada di dalam tulang rahang. Ianya terjadi didalam kantong gigi dan tidak sakit menyebabkan ia jarang disedari oleh pesakit. Boleh menyebabkan gigi berdekatan sista teranjak atau berubah posisi. Biasanya melibatkan gigi geraham bongsu bawah dan gigi taring/kanin.
- Sista pertumbuhan dianggap sebagai sista tisu lembut yang paling minor. Biasanya ia pecah secara spontan.
- Sista tisu lembutMukosil: Muncul apabila tisu kelenjar liur dalam mulut mengalami iritasi atau tercedera. Ini adalah ketumbuhan yang biasanya tidak sakit yang cenderung untuk pecah sendiri dan sembuh dengan cepat tanpa gangguan. Jika tidak pecah, saiz sista akan membesar atau menjadi keras. Sista jenis ini di kenali sebagai ranula apabila terjadi pada lantai mulut
Penemuan klinikal
Tanda-tanda sista:
Sista mulut biasanya tiada simptom dan ditemui secara kebetulan melalui pemeriksaan radiograf. Ia membesar secara perlahan-lahan dan boleh mencapai saiz yang besar sebelum menjadi simptomatik seperti:
- Pengembangan /Pembengakakan tulang dengan mukosa yang normal diatasnya.
- Pembentukan sinus beserta discaj – biasanya kedalam mulut
- Kesakitan disebabkan jangkitan sekunder
- Gigi palsu menjadi longgar.
- Gigi teranjak atau berubah posisi atau kekuranagn bilanagan gigi daripada normal.
- Pengherotan struktur yang berhampiran sista
- Gigi goyang/gigi tak vital
Implikasi
Kesan sekunder pada rahang yang disebabkan oleh sista mulut adalah rahang tidak simetri, kepatahan secara patologikal pada rahang, jangkitan sekunder dan kebas (kalau saraf tertekan).
Diagnosa adalah berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan dan pemeriksaan klinikal, seperti test vitaliti pulpa, radiograf (luar dan dalam mulut), aspirasi dan analisa cecair sista dan pemeriksaan histopatologi(biopsi).
Rawatan
Pembuangan sista dilakukan dengan pembedahan sama ada secara teknik enukleasi, marsupialisasi atau eksisi sepenuhnya sista bergantung kepada saiz sista.
Enukleasi adalah pembedahan membuang lapisan sista secara keseluruhan, biasanya prosedur ini dilakukan dibawah bius setempat bagi lesi yang kecil dan dibawah bius umum untuk sista yang bersaiz besar.
Marsupialisasi adalah pembuangan sista secara separa. Ini adalah salah satu cara dari prosedur penyahmampatan untuk rawatan pada sista bersaiz besar. Jendela fenestrasi dibuat didalam tulang dan kandungan sista dibuang. Lapisan luar sista dibiarkan. Ruang yang kosong akan dipadatkan sehingga ia ditumbuhi oleh tulang secara perlahan-lahan. Antibiotik akan diberikan jika ada jangkitan pada sista.
Prosedur Membuang Sista Secara Pembedahan
1.Sista di bahagian hadapan maksila. Incise mengikut bentuk gusi.
|
2. Flap diangkat untuk mendedahkan sista.
|
|
3. Sista didedahkan dan dienukleasi.
|
4. Flap diposisi kembali dan dijahit.
|
|
5.Rongga yang terbentuk selepas pembuangan sista.
|
6. Gigi melekat kepada lapisan sarung sista. (Sista Dentigerus)
|
|
7. Gigi dan lapisan sarung sista (Sista Dentigerus)
|
8. Radiograf menunjukkan sempadan sista yang jelas.
|
Rujukan
- Oral and Maxillofacial Medicine. The Basis of Diagnosis and Treatment. Second Edition. Churchill Livingstone. Crispian Scully
- Oral and Maxillofacial PATHOLOGY. Second Edition. Elsevier. Neville Damm, Allen Bouquot
Semakan Akhir | : | 7 Ogos 2014 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Mohd Rosli b. Yahya |
Akreditor | : | Dr. Kok Tuck Choon |