Pengenalan
Pesakit yang menghidap sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) atau dijangkiti Virus Human Immunodeficiency Syndrome (HIV) adalah seperti juga insan lain yang bebas dari HIV / AIDS. HIV dan AIDS telah dikategorikan sebagai isu global yang boleh mengancam kesejahteraan manusia sejagat.
Sebahagian besar pesakit HIV / AIDS tidak memerlukan penjagaan atau rawatan rapi di hospital tetapi lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga, komuniti mahupun masyarakat. Justeru itu, sokongan sosial adalah sangat penting bagi pesakit HIV / AIDS untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Kefahaman, sokongan dan penjagaan yang diberi dapat menyedarkan pesakit bahawa masih ada yang mengambil berat mengenai mereka sekaligus memberi harapan serta semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.
Masalah Yang Dihadapi Pesakit HIV / AIDS
Masalah Yang Dihadapi Oleh Pesakit HIV / AIDS iaitu:
1. Stigma
Pesakit disisihkan oleh ahli keluarga, rakan mahupun jiran tetangga.
Terdapat juga pesakit yang diarahkan meninggalkan rumah keluarga kerana keluarga tidak sanggup dipulaukan oleh masyarakat.
2. Diskriminasi
Pesakit HIV / AIDS dihalang dari mendapat penjagaan dan rawatan yang sepatutnya. Mereka juga dihalang dari mendapatkan pendidikan atau menjalani kehidupan normal.
Di tempat kerja, majikan memberi pelbagai alasan untuk memberhentikan mereka atau tidak membenarkan mereka bekerja.
Selain Itu, Pesakit HIV / AIDS Turut Mengalami Masalah Berikut:
1. Masalah Emosi
- Tekanan
- Kebimbangan
- Kecewa
- Takut tidak diterima
- Rendah diri
- Kemurungan
- Penafian
- Kesunyian
2. Masalah Keluarga
- Kurang / tidak mendapat sokongan keluarga
- Menjadi beban keluarga
- Keluarga menjauhkan diri
- Tanggungjawab menjaga pesakit secara berterusan dan menimbulkan konflik
3. Masalah Kewangan
- Bebanan kos rawatan di hospital dan pengangkutan
- Tidak mampu membeli peralatan perubatan yang diperlukan (jika ada)
- Tidak mampu menyara keluarga – sara hidup / persekolahan anak
4. Masalah Kefungsian Diri
5. Masalah Perhubungan
6. Masalah Psikologi Dan Emosi
Sokongan Sosial Yang Diterima
- Sokongan professional contoh; pakar perubatan, pakar psikiatri
- Sokongan keluarga
- Sokongan komuniti
Kriteria Pesakit Yang Layak Menerima Bantuan
Jenis-Jenis Bantuan Kepada Pesakit
Terdapat Dua Jenis Bantuan Yang Boleh Diberikan Kepada Pesakit HIV / AIDS Iaitu:
1. Terapi sokongan
Terapi sokongan melibatkan;
- Sokongan emosi / motivasi / khidmat nasihat dan perundingan
- Intervensi Krisis
- Kaunseling individu / keluarga
2. Bantuan Praktik
Bantuan praktik melibatkan;
- Bantuan kewangan segera
- Bantuan peralatan perubatan
- Bantuan implan / prostesis
- Mengesan waris
- Penempatan di Institusi Kebajikan
Prosedur Mendapatkan Bantuan
Sila rujuk kepada Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan yang merawat di hospital.
Sumber-Sumber Bantuan
Terdapat beberapa sumber bantuan yang terdapat di Malaysia, antaranya:
- Yayasan Aids Malaysia
- Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Yayasan Kebajikan Negara
- Baitulmal / Pusat Zakat / Pejabat Agama
- Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak / Malaysia Assosiation Children Aids Support (MACAS)
- Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Institusi kebajikan untuk pesakit HIV / AIDS
Rujukan
- http://www.ptfmalaysia.org
- http://www.mac.org.my/v3/
Semakan Akhir | : | 31 Januari 2017 |
Penulis | : | Pn. Rosalina Binti Sabirin |
Akreditor | : | Dr. Rosanida Binti Anang |