Pengenalan
Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.
Sebab-Sebab
Kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.
Tanda dan Gejala
- Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
- Denyutan jantung menjadi cepat
- Pernafasan cepat dan pendek
- Tekanan darah menurun
- Badan kering dan panas
- Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
- Rasa kepala berpusing
- Pening
- Rasa mual
- Sawan atau pengsan
Rawatan
Rawatan di tempat kejadian :
- Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
- Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
- Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
- Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
- Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Rawatan di hospital :
- Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
- Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
- Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.
Pencegahan
- Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
- Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Yusof b. Ismail |
Akreditor | : | Zulhelmi bin Abdullah |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |