Suhailey bt. Mohd Noor merupakan Pegawai Sains Forensik Di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Forensik.
Kerja-kerja beliau melibatkan analisa spesimen medikolegal di Makmal Perubatan Forensik.
Skop kerja yang lain adalah
- Membantu pakar dalam prosedur bedah siasat termasuklah pengendalian spesimen medikolegal .
- Menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.
- Terlibat dalam penggalian semula kubur untuk kes polis dan kes kebajikan.
- Membantu dalam Disaster Victim Identification (DVI) dalam bencana kematian ramai.
- Terlibat dalam aktiviti kualiti di jabatan seperti MSQH, EKSA, CPD dan KPI
Kepakaran lain termasuk pemprofilan biologi untuk kes antropologi forensik dan analisa diatom forensik untuk kes lemas.
Pengalaman kerja:
- 2007 – 2009 : Bertugas di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur
- 2010 – sekarang : Bertugas di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan
Semakan Akhir : 27 Januari 2017