Tanda-tanda berikut dapat membantu anda menilai samada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi;
- Bayi membuang air kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari.
- Bayi membuang air besar 2 hingga 5 kali sehari, najis lembut berwarna kuning.
- Air kencing berwarna kuning jernih dan bukan kuning pekat atau oren.
- Berat badan meningkat secara konsisten selepas berumur 1 minggu.
- Bayi tidur dengan lena.
- Apabila terjaga dari tidur bayi kelihatan cergas dan sihat.
Semakan akhir | : | 10 April 2009 |
Penulis | : | Zalma bt. Abdul Razak |
Zuhaida bt. Harun | ||
Nazli Suhardi b. Ibrahim |